Posts

Showing posts from September, 2007

Cupcake ke muffin eh?

Image
Salam. Ini cupcake ke muffin eh? Mungkin muffin, sebab ini resipi muffin. Hehehe. Percaya tak, muffin ini saya buat. Kalau tunjuk kat kakak-kakak saya ni, mesti berpusing-pusing mata mereka kerana tidak mahu mempercayai (gurau je.jangan ambil hati). Penimbang berat di Briscoes Petang tadi, setelah puas bermalas-malasan dengan sang bubuk, saya keluar untuk membeli cocoa powder dan brown sugar. Bukan itu saja, saya sempat singgah di Briscoes, dan membeli penimbang berat. Kenapa beli penimbang berat? Satu,s ebab penimbang berat yang saya beli letaknya di bahagian clearance. Tekala berapa harga penimbang tu. Kalau betul tekaan anda, saya belanja makan muffin buatan saya (hahaha.gila kedekut). Kedua, sudah 2 bulan saya tidak timbang berat. Konon2 dulu, berat turun mendadak, tapi sekarang berat naik menggila2. Aquaman Saya singgah Jay Jay's untuk melihat2 t-shirt kegemaran yang tak terbeli lagi. Sedih, punah, hati pecah. T-shirt aquaman dah tiada!!!!! Ada satu je yang tinggal kat bahagia...

Syukur itu...

Syukur. Bersyukur pada Allah swt bukan hanya ketika dapat A+ dlm subjek kegemaran, bukan hanya ketika mendapat duit scholarship tiap2 bulan di kala tengah pokai. Bukan juga hanya ketika mendapat makanan free. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada dan disekeliling kita. Bersyukur kerana ada tempat untuk kita tidur malam ni, tidur atas tilam pula tu. Bersyukur kerana ada selimut untuk menahan sejuk. Syukur juga kalau-kalau ada heater untuk memanas kan badan sedikit, walaupun heater tu heater radiant aja. Syukur juga kerana tadi dapat mandi. Kalau tak mandi, busuk. Syukur lagi kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu. Bersyukur la juga kerana diberi nikmat berjalan. Bersyukur juga kerana diberi nikmat penglihatan, walaupun ada yang rabun (masih boleh pakai cermin mata). Bersyukur juga ada baju untuk menutupi badan. Bersyukur juga ada kasut untuk melindungi kasut. Bersyukur juga lah kita kerana ada meja study dalam bilik. Bersyukur juga kerana rumah kita ada tingkap (kalau kurang tingkap...

Haus.

1.49 am. Saya terbangun dari tidur kerana rasa haus yang amat sangat. Saya bangkit dari katil, terus ke dapur. Paip ayor terus saya buka, tadah air sampai penuh dalam cawan fav saya, dan minum. Ha..habis plak satu cawan tu. Nikmat rupanya minum air paip ketika kehausan. Hehe. Jarang-jarang saya minum air kosong/putih/mati = air paip sampai satu cawan. Saya tak suka sangat air paip ni. Kalau minum pagi2, boleh membuatkan saya sakit perut selepas itu. Nenek Seriah dan botol air Saya takut sebenarnya. Saya jarang rasa haus, walaupun ketika sedang berpuasa. Yang rasa haus itu, selepas berbuka. Saya takut, sebab mak pernah cakap, kalau selalu rasa haus, itu tanda-tanda penyakit kencing manis. Saya percaya apa yang mak cakap. Dulu-dulu kan (tade la lama sgt, 3-4 years back), saya selalu menemankan nenek saya berterawih di surau Jalan Sekolah Lama. Surau lama dan kecil sahaja. Yang meramaikan, nenek-nenek dan datuk-datuk orang lain juga. Setiap kali ke sana, saya pasti berjumpa dengan nenek S...

Mana pergi sifat manusia kau?

Salam. Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih boleh menghirup udara segar, mahupun tidak segar dikala ini. Menghirup udara Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Hadiahkah Al-Fatihah pada adik Nurin Jazlin, semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sebelum ini, saya hanya membaca akhbar utusan online mengenai kes adik Nurin Jazlin. Tapi pada pagi ini, menitis air mata saya melihat video-video, slot berita mengenai Allahyarham adik Nurin Jazlin. Tidak juga saya men'judge' ibu bapanya yang pada mulanya enggan mengakui mayat itu mayat anak mereka. Keadaan fizikal mayat itu sangat memilukan, dan mungkin kerana dek seksaan yang teruk, hingga mengubah fizikal sebenar Allahyarham adik Nurin Jazlin. Daripada kanak-kanak riang yang pipinya berisi, mayat ditemui sangat cengkung dan kurus. Tidak diberi makan kah? Tubuh lebam2, kaki calar balar. Tak sanggup untuk saya bayangkan penyeksaan2 yang diterima oleh Allahyarham adik Nurin Jazlin. Rektum pecah. Yang ini memang sa...

Hey mister, jangan seksa kawan saya.

Mister, Ini bulan baik tau. Tapi kan Mister, kenapa asyik ter'sakit'kan hati kawan saya? Mister, Mister dah besar tau tak. Mister patut tahu dan patut dah boleh agak benda2 yang akan sakitkan hati kawan saya. Ish ish mister ni. Mister jangan bikin saya marah tau. Itu kawan, paling baik sama saya. Kalo mister sakitkan hati dia, sama macam sakitkan hati saya juga. Kalo saya sakit hati, saya boleh bikin mister sakit hati juga. Tapi, ini bulan baik. Tak boleh bikin orang sakit hati. Tapi, saya mintak pada Mister, tolong jangan buat dia sakit hati. Kawan saya punya hati bukan hati batu macam saya punya. Dia punya hati ada sikit lembut. Hihiihi. Eh Mister, u dont deserve my laughter la, saya tarik balik itu gelak. Mister, saya tak tau samaada mister akan baca tulisan ini atau tidak. Kebarangkalian untuk baca sangat tipis, kita bukan kenalan la mister. but, if you read this, tolong paham ye mister. saya mintak, jangan bagi pedih pada kawan saya. ok mister, kita jumpa lain kali. selama...

Tolong aku, tenangkan aku, temankan aku.

Tolong aku sahabatku Dengarkan jerit hatiku Tentang dia, tentang dia, masih slalu tentang dia Ajak aku bersamamu Kemanapun engkau mau Tenangkan aku, tenangkan aku, sabarlah tenangkan aku Dia pernah membuatku merasa sempurna Hingga akupun menjanjikan slamanya Namun ternyata mimpi yang dia punya berbeda, berbeda… Aku takkan bisa hidup tanpa dia Dia yang membuat aku bahagia Tolong aku untuk melupakan dia Sungguh hanya itu yang aku pinta Lagu : Tolong Aku - The Rain Sumber lirik : Lirik Lagu Indonesia Esok, saya ada 1 test dan 1 final exam.Di kala bertungkus lumus membaca buku (hehe), lagu ini terngiang2 dalam kepala saya. Saya suka lagu ini. Erm.lagi apa ye? Oh, saya perlu solat dan kembali ke ruang tamu secepat mungkin. Masa makin suntuk kerana ketika masa lapang, saya hanya berfoya-foya. Wassalam

"Eh, mak aku cakap boleh makan sampai abis azan"

Salam kawan-kawan ku. Hari ni, saya dah tau dah banyak sebenarnya perkara2 yg ditokok tambah dlm ibadah puasa dlm masyarakat kita ni. Tadi En Napie, dah huraikan banyak perkara2 common yang ditokok tambah, dia ada tulis dalam blog, tp bila dia cakap, saya lagi paham. Jadi, lawati la blog En Napie ni ha http://bicaraqalbi.blogspot.co m. Lepas baca, korang x bleh la nk buat lawak cam 'berbuka puasa dgn mengorek hidung'.Hehe. Korekan hidung tak membatalkan puasa tau.. Dan malam ni, saya re-post balik entry saya tahun lepas mengenai 'waktu bersahur di ssp'. Sekarang saya yakin yang puasa kami pada hari itu sah, sbb boleh je makan lepas waktu imsak.hehehe. Dan kepada semua, selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini, lebih baik dan memberi penuh makna dari Ramadhan yang lepas. Selamat berpuasa! dan maafkan segala salah silap saya. Saya kadang2 laser mulut ni, tp sy gurau2 je tu.Kepada sapa2 yang ada amik hati, saya mintak maaf.betul.Saya mintak maaf. Saya secara x sengaja menya...

Aku tak bisa menyentuh cintamu.

Ini benar. Tak kisah berapa ramai yang mentertawakan. Tak kisah. macam 'Aiman tak kisah...'. Benar. Memang benar. Aku suka pada kamu. Aku mengagumi kamu. Akan tetapi, Aku tanyakan pada hati ku. "Layak kah aku menerima cinta itu?" Hati ku diam. Lalu, Aku hampir-hampir menyentuh cinta kamu. Sampai satu saat, aku ngerti sendiri. Pengertian yang aku sahaja paham. Kamu tidak paham. Apatah lagi orang-orang lain. Sungguh!! bukan seperti yang kamu, kamu, kamu dan kamu fikirkan. Di kejauhan malam ini, Aku doakan semoga kamu bahagia. Semoga kamu gembira sentiasa. Semoga kamu baik-baik aja. Dan maafkan aku di atas keterlanjuran aku. Maafkan aku kerana aku manusia bodoh.

Kisah Laily yang tidak mendengar kata.

Salam. Tajuk post ala2 macam cerita dalam sastera melayu tingkatan 4, 'Kisah Bayan yang tidak mendengar kata'. Saya tidak mahu mengeluh, tapi mulut ni dah terbiasa mengeluarkan keluhan. Saya cuba la untuk act cool, tapi, tak boleh.Walaupun saya cuba cool, saya kesal dan menyesal. Saya menyesal kerana tak mendengar kata dari orang2 sekeliling saya. Agaknya, kalo mulut boleh berbuih, dah berbuih mulut mereka menasihati saya. Walaupun, hampir semua yang saya lakukan sekarang serba tak kena, serba salah, saya degil jugak, tak mendengar nasihat. Akibatnya, external hard drive sy 100GB, rosak. Saya pokai, sebab shopping banyak sangat. Mungkin xd card saya rosak jugak, sbb laptop dan card reader dah x boleh baca. Ape lagi? Haaa..mixer saya rosak jugak, mungkin sudah ajal mixer tu. Saya mungkin patut mengguna kan barang2 saya dengan lebih cermat. Bila dah rosak, baru saya sedar yang, barang2 itu tinggi nilainya. Dan saya perlukan barang2 itu dalam kehidupan saya. Sedih.esp pasal extern...