Cupcake ke muffin eh?

Salam.

Ini cupcake ke muffin eh? Mungkin muffin, sebab ini resipi muffin. Hehehe. Percaya tak, muffin ini saya buat. Kalau tunjuk kat kakak-kakak saya ni, mesti berpusing-pusing mata mereka kerana tidak mahu mempercayai (gurau je.jangan ambil hati).


Penimbang berat di Briscoes
Petang tadi, setelah puas bermalas-malasan dengan sang bubuk, saya keluar untuk membeli cocoa powder dan brown sugar. Bukan itu saja, saya sempat singgah di Briscoes, dan membeli penimbang berat. Kenapa beli penimbang berat? Satu,s ebab penimbang berat yang saya beli letaknya di bahagian clearance. Tekala berapa harga penimbang tu. Kalau betul tekaan anda, saya belanja makan muffin buatan saya (hahaha.gila kedekut). Kedua, sudah 2 bulan saya tidak timbang berat. Konon2 dulu, berat turun mendadak, tapi sekarang berat naik menggila2.

Aquaman
Saya singgah Jay Jay's untuk melihat2 t-shirt kegemaran yang tak terbeli lagi. Sedih, punah, hati pecah. T-shirt aquaman dah tiada!!!!! Ada satu je yang tinggal kat bahagian clearance gak, saiz XXL kot.Benci! Ofa kate beli la t-shirt lain yang berwarna biru sbb hero kat t-shirt biru tu pn seakan2 Aquaman, tak mahu la saya. Kat t-shirt biru tu tertulis SHAZAM! Apa benda SHAZAM pun saya tak tau. Mungkin la hero tu namanya SHAZAM. Baik letak nama hero tu NIZAM. kalau NIZAM, mungkin saya akan beli. Saya ada jiran yang namanya Nizam, boleh bagi t-shirt biru kat dia. Dan SHAZAM itu tidak sehensem dan sehebat Aquaman. Aquaman.... saya akan terus menangisi ketiadaan t-shirt aquaman (sobs..sobs..)

Cupcake & Muffin
Aquaman!!!!!!
Saya nak t-shirt aquaman.
Back to the kitchen ye (selamat tinggal aquaman).
Saya try 2 recipe malam ni. Satu untuk cupcake, dan satu lagi muffin. Senang je nak buat, resipi untuk orang bujang ni. Antara 2 resipi ni, saya prefer resipi muffin ni. Sedap! Nyum nyum. Walaupun resipi asal menggunakan kukus, tapi boleh je guna oven.Hehe. asalkan masak. Disebabkan senang, saya mahu letak itu resipi di sini. Resipi ini juga khas buat sesiapa yang mintak muffin/cupcake dari saya (aku dah letak resipi, jangan mintak kat lagi, gi buat sendiri.hehehe)

Choc muffin kukus ( tak payah kukus la.guna oven je eh. tok soh guna mixer juge)

Bahan-bahan.

Bahan A
2 cups of flour
1/2 cup of cocoa powder
1 teaspoon of baking soda
1 teaspoon of baking powder
sedikit garam

Bahan B
2 cups of full cream milk
2 cups of brown sugar
1 cup of melted butter
1 egg
1 teaspoon vanilla essence

cara-cara
1. Ayak bahan A. (saya biasa ayak 3 kali.sbb along saya selalu pesan ayak tepung 3 kali.hehe)
2. Campurkan susu dengan butter yang dah cair tu dalam mangkuk lain. Kacau sikit-sikit.
Dah kacau, masuk la telur tu. Kacau sikit2 lagi. Pastu masukkan gula. Terus kan kacau. kacau guna senduk kayu best! Jangan korang pakai mixer plak. Dah rasa puas kacau, masukkan la vanilla essence tu. Kacau lagi sikit.
3. Ok.Masukkan milk + butter mixture ke dalam tepung mixture. Terus kan kacau, sampai sebati la.
4. Last sekali, masukkan la campuran bahan-bahan tu dalam muffin tray. Bakar pada suhu 200 degree 15 -20 min. jangan overbake.


*sukatan ni, boleh dapat 24 ketul muffin.
*sebelum stat ayak tepung, panaskan la oven dulu.
*kot kot la kalo ada orang yang tak tau lagi, 1 cup is equivalent to 250g/250ml.
*kalau kukus, mungkin lagi sedap sebab lagi lembut kot. Kalo nk guna oven, letakkan sebekas air/semangkuk air di bawah muffin tray ketika membakar. Wap air boleh bagi kelembapan pada muffin tersebut, lalu membuat muffin lebih lembut dari biasa.hehe.
*resipi ini saya ambil dari mamafami.fotopages.com
*Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri nusantara.

Wassalam

Comments

ainishamsi said…
cik laily!! saye mahu cupcake! tak mahu resepi sahaja.

apekah yg kau merapu aquaman la, shazman la, nizam la.

tapi nak cupcake gak!! nak nak nak nak nak!!

malas buat sendrik. :P

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya