Thursday, May 28, 2009

Kembali

Al-fatihah untuk sepupu ipar saya, Abang Man yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Dari Allah kita datang, kepada Dia jua kita akan kembali.
T_T

Tuesday, May 26, 2009

Bulat.

Saya peluk Bulat. Kemudian, saya cium Bulat. Wangi bau Bulat. Segar.Nyaman. Saya bertanya khabar Bulat. Bulat senyum sahaja. Bisu. Saya seronok jika Bulat berlawan cakap dengan saya, saya yakin amat menghiburkan. Tapi, Bulat hanyalah Bulat. Walaupun Bulat hanyalah Bulat, saya tetap sayang Bulat.

Bulat

p/s: oh ye, 20 may hari jadi saya.terima kasih kepada semua yang telah meraikan, menghantar ucapan hari jadi dan lain2 lagi.

Monday, May 4, 2009

Hari-hari pun boleh makan sambal.

Ha serbuk cili babas ni serbuk cili ajaib. Keajaiban nya baru saya sedari 2 minggu yang lepas. Rupa-rupanya serbuk cili ni kalau dibancuh dengan air, jadila ia seperti cili mesin (cili yang dah diblend dgn blender).  Adoiii mak aii! Punya la slow aku ni sampai aku baru tau kegunaan serbuk cili babas (aduhh memang slow gila).

Sebelum ni, pernah juga tgk kawan2 guna serbuk cili babas ni, tapi diorang main tuang je dalam kari ke rendang. Masa tu saya fikir, serbuk cili hanya untuk bagi rasa pedas (mmg tu pun kegunaan dia).
Yang pentingnya, sekarang dah tak ada masalah untuk saya makan sambal tiap2 hari. Sungguh mudah, bubuh serbuk cili dalam mangkuk, pastu bubuh sedikit air. Kacau-kacau sedikit, taraaaaaaaaa jadilah seperti cili mesin dan sedia untuk dimasak.
Menggunakan serbuk cili babas juga amat memudahkan dan menjimatkan waktu saya utk memasak sambal atau asam pedas. Sebab, kalau guna cili kering, proses2 nya adalah seperti (mengikut urutan)
1. gunting cili untuk buang biji
2.rebus cili 
3.basuh cili yang direbus (ni yang bagi pijar tangan ni. tapi kena basuh, cuba perhatikan air rebusan, sungguh hitam. hitam sbb habuk, dan cili ni dok kena pijak dgn org sebelum dipaketkan..haa sila basuh cili ye kawan2).
4.blend cili rebus
5.basuh blender 

Proses di atas menyebabkan saya malas masak sambal atau asam pedas sebelum ni. haa banyak sangat benda kena buat dan memakan masa. Sekarang asyik buat sambal je (hihihi).

Senang dan memudahkan serbuk cili babas ni kan kan kan? Selain dari itu, serbuk cili babas tidak la sepedas cili2 yang terdapat di sesetengah kedai cina yang berdekatan (tak pedas lansung pun serbuk cili ni).Kawan-kawan juga jangan terpengaruh dengan saiz cili ye, kadang2 cili yang bersaiz sederhana juga mampu meletupkan perut kita semua. Tidak mengapa, sekarang dengan adanya serbuk cili babas kita semua boleh menikmati sambal tumis tanpa perlu mengalirkan air mata. 

Excited dengan serbuk cili babas, saya pun telefon Pn Siti Hawa untuk beritahu keajaiban serbuk cili babas. Selamba je Pn Siti Hawa reply "la.tak tau ke serbuk cili tu bila bancuh dengan air boleh substitute cili mesin?". Sabar je la.

Ok saya sajikan anda semua dengan gambar sambal tumis petai. Oh ye. Saya sertakan resipi sambal tumis sekali supaya kawan-kawan boleh cuba di rumah ye.Hehe.

Bahan-bahan

Bawang besar 2 biji 
Serbuk cili babas 4 sudu (bancuh dengan air, jgn sampai cair plak)
Semangkuk air asam jawa (ikut citarasa, kalau nk masam, guna asam jawa banyak)
Garam
4 sudu besar minyak 

Cara-cara

1. 1 biji bawang besar diblend atau dipotong halus. 1 biji lagi dipotong bulat dn nipis.
2. Tumis bawang yang sudah diblend atau dipotong halus sampai naik bau.
3.Masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh. Goreng sehingga garing. 
   p/s : kalau tak garing, x sedap, boleh buat orang sakit perut. Untuk cili menjadi garing, mungkin ambil masa dalam 10-15 minit. Jadi, bersabar la.
4. Setelah cili betul2 garing, masukkan air asam jawa. Kalau ada udang atau sotong, masukkan sekali.
5. Garam secukup rasa. 
6. Apabila sambal sudah hendak kering, masukkan bawang yang telah dipotong bulat dan nipis2  tadi. 
7. Tutup api, dan jangan lupa bersihkan dapur selepas memasak. 



Sekian untuk kali ini.
Salam sayang,
Laily, Bubuk, Esahbeli & Bulat.

Tuesday, April 28, 2009

"Jalan cerita kita berbeza"

Sekarang saya rasa tertekan. Tertekan kerana saya tidak ada pilihan lain melainkan perlu menyiapkan lab report untuk di hantar esok hari. Beberapa hari yang lepas, saya ada pilihan 1.siapkan report 2. tidak perlu berusaha untuk report kerana ada beberapa hari lagi sebelum Rabu. Pada hari ini, iaitu hari Selasa,  saya memang sudah tidak ada pilihan no 2 melainkan saya ingin mempunyai pilihan seperti 1.tidak mahu menghantar report 2. hantar report lambat. Saya tak mahu 2-2 pilihan tersebut. Mak saya kata saya perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh supaya saya boleh berjaya dengan lebih cemerlang semester ini. 

"Oi!".
Damn! Itu suara Kaki. 
"Apa kau buat kat blog ni? Kata perlu berusaha, kenapa tak teruskan membuat report?".
Saya diam. Saya mempunyai pilihan untuk tidak menjawab soalan Kaki. Betul tak? Hihi.
Saya dengar Kaki mengeluh.
"Yela-yela. Aku sekadar bertanya, bukan sengaja untuk menghentam kau Lely,".
Ok.
"Aku di sini untuk melepaskan tekanan,".
Betul. Saya menulis untuk melepaskan sedikit tekanan supaya ketegangan dalam badan kurang.
"Tak ada cara lain? Kau suka minum coke,".
Coke? Telah 2 minggu berturut2 saya minum coke tiap2 hari sehingga rasa kurang sihat. 
"Tak mo minum coke zero. Begini la Kaki, setiap orang ada cara tersendiri untuk menghilangkan tekanan. Ok?".
Saya tidak dengar balasan dari Kaki.  Mungkin Kaki cuba memahamkan apa yang saya cakapkan.
"Aku cukup paham Lely. Bukan setakat tekanan,  setiap orang hidup dengan cara yang tersendiri. Mungkin ada lebih kurang sama, tapi aku yakin ada yang berbeza,".
Ye. Bagi saya,  kita (orang)  hidup dengan cerita kita. Samaada, meneruskan cerita lama, memulakan cerita baru atau menamatkan sesebuah cerita.  Cerita jalan hidup saya, sememangnya berbeza dengan cerita jiran saya mahupun adik-beradik saya sendiri. 
"Betul. Kau mungkin bersekolah di sekolah yang sama dengan kakak-kakak kau. Tapi kau berbeza dengan kakak kau kerana kau suka mee goreng makcik kantin, manakala kakak kau suka nasi lemak makcik kantin,".
Haha.Mee goreng 20sen memang kegemaran saya. Tapi saya tidak pasti samaada Boja suka nasi lemak Mak Anjang atau tidak. 
"Yela.Aku bagi contoh,"
Kaki mendengus. 
"Cerita kita mungkin berakhir dengan ending yang sama, tapi jalan yang kita tempuh pasti berbeza. Ha, aku bagi kau lagi satu contoh. Aku dan Anis pakai berus gigi brand sama, tapi kami beli di tempat yg berbeza dan juga tarikh beli pun berbeza.haaaaa,".
"Lely, aku dah paham konsep 'jalan cerita kita berbeza itu',".
Saya tahu Kaki paham. Tapi ada sesetengah orang tidak paham. Mereka fikir kita ini sesama manusia, jadi kebolehan untuk mencapai sesuatu itu sama. Keupayaan mungkin boleh sama, tapi  kesan dari jalan cerita yang kita lalui mungkin tidak sama. Ada orang, jalan ceritanya mudah, tidak memenatkan jadi sampai ke destinasi/impian dengan senang. Ada orang, jalan ceritanya susah, payah, memeritkan untuk dia mengakhirikan sesebuah cerita dlm hidupnya. 
"Perlu fleksibel,".
"Siapa?".
"Mereka yang tidak paham itu. Mereka itu ketat. Perlu longgar sedikit,".
Haha. Ada sedikit lucu di situ.
"Mereka tidak tahu apa itu 'memberi peluang'. Kadang-kadang mereka terlalu kejam, sehingga sanggup menyusahkan orang yang sudah sediakala susah,".
Saya dengar Kaki tergelak. Saya tidak melawak di saat ini.
"Bunyi kau seperti marah Lely. Tidak mengapa. Tidak ada apa yang adil di dunia ini. Jadi, sila lah sambung report anda. Kita cakap kemudian,".
Saya mengeluh lagi dan menyambung usaha untuk menyiapkan report. 



Saturday, March 21, 2009

Tenanglah dirimu.

Langit itu warnanya biru.Saya suka langit biru. Langit itu kadang-kadang kelabu kerana ada awan kelabu yang melitupi warna biru langit. Seseorang pernah mengajar perkara itu pada saya.

"Hari ni langit kelabu Lely,".
Itu suara Kaki. Kaki masih menemani saya di sini tanpa jemu. Saya dongak ke langit, memang betul langit kelabu hari ini. 

"Kau tahu Kaki? Kalau dahulu, aku akan bersedih bila melihat langit kelabu,".
Langit kelabu membawa mood gloomy pada saya.  

"Ah kau memang senang dipengaruhi dengan cuaca. Mengapa mesti rasa sedih atau gloomy, dah cuaca ditakdirkan jadi begitu,".
Saya hampir tergelak mendengar kata-kata Kaki.

"Haha.Ye, aku mengaku dulu aku mmg begitu,".
Langit kelabu tadi sudah menjadi hitam.Mungkin hujan akan turun tak lagi nanti. 

"Sekarang sudah tidak begitu Lely?".
Saya senyum. 

"Tidak,".
Untuk seketika Kaki diam juga, sampai satu saat saya ingin tersenyum lagi.

"Kau tahu kenapa aku tidak begitu lagi?". 

"Tak. Kau tak pernah bercerita lagi pasal langit kelabu. Selalu cerita pasal berlari, pasal bintang, pasal bunga, pasal laut, dan benda2 lain selain langit kelabu.Haih,". 
Saya tak tahu kenapa Kaki perlu mengeluh. Saya sememangnya punya hak untuk bercerita pasal apa sahaja yang saya mahu ceritakan. Dan saya fikir Kaki pendengar yang setia.

"Iya-iya aku pendengar setia kau. Sekarang kenapa dengan langit kelabu?".
Saya dengar Kaki mengeluh lagi.Hehe.Mahu tak mahu, Kaki memang terpaksa jadi pendengar setia. 

"Dulu bila aku tengok langit kelabu, aku terus kecewa kerana tidak ada biru pada langit itu. Kau tahu kan aku suka lihat langit biru? Langit biru bawa ketenangan,".
Saya tarik nafas. Kaki juga diam sahaja. Saya hembus nafas.

"Bila fikir-fikir balik Kaki, langit biru itu sentiasa ada di sebalik awan kelabu. Langit biru tetap di situ. Ketenangan untuk aku sentiasa ada situ,".
Saya tarik nafas lagi. Sedikit lelah bila berbicara dengan satu nafas sahaja.

"Lagi?".

"Jadi, kenapa perlu bersedih? Sedangkan kita tahu yang langit biru itu sentiasa ada untuk beri ketenangan. Sama saja dengan kehidupan kita Kaki,".
Ye, sama saja. Kadang-kadang, ada peristiwa yang membuat kita bersedih. Kadang-kadang kita bersedih terlalu lama untuk peristiwa itu. Episode sedih itu sama seperti awan kelabu. Yang terkadang kita terlupa, untuk melihat episode gembira di sebalik episode sedih itu. 

"Kaki, kita mungkin tidak punya kuasa untuk menggerakkan awan kelabu ke tepi untuk melihat langit biru. Tapi, kita boleh tukar episode sedih kepada episode gembira bukan?".
Kaki masih diam. Mungkin Kaki masih berfikir jawapan. Seketika saya terdengar Kaki tergelak kecil.

"Kaki?".

"Ehem..Sekarang aku paham. Tak susah untuk menukar episode sedih ke episode gembira. Dan tak susah untuk menukar awan kelabu ke langit biru. Ia seperti menanggalkan cermin mata hitam dari pandangan mata asal kau,".
Cermin mata hitam? 

"A PRADA maybe?".
Kaki gelak lagi. Awan kelabu sudah mula menurunkan hujan. Moga-moga, selepas hujan ini, saya dapat melihat langit biru. =)


p/s : Semoga senyum sentiasa hadir di dirimu. 


Saturday, January 17, 2009

Saya pergi kerja kat Roxburgh

Assalamualaikum wbt.

Kehadapan kawan-kawan yang menganggap saya telah menyepi,
saya sebenarnya memang menyepi sambil membawa diri ke Roxburgh untuk mencari sesuap nasi (hahaha ayat ini melebih2 ya).
Apa-apa pun, saya sihat2 sahaja, makin membulat dan tidak memanjang. Banyak yang saya ingin tuliskan, tapi lain kali sahaja kerena saya sendiri masih malas untuk menaip panjang2.

Wassalam

Laily (Bubuk, Esahbeli takde di sini).

Wednesday, November 12, 2008

Sumner November 2008


Sumner November 2008, originally uploaded by laily-abdullah.