Haus.

1.49 am.

Saya terbangun dari tidur kerana rasa haus yang amat sangat. Saya bangkit dari katil, terus ke dapur. Paip ayor terus saya buka, tadah air sampai penuh dalam cawan fav saya, dan minum.
Ha..habis plak satu cawan tu. Nikmat rupanya minum air paip ketika kehausan. Hehe.
Jarang-jarang saya minum air kosong/putih/mati = air paip sampai satu cawan. Saya tak suka sangat air paip ni. Kalau minum pagi2, boleh membuatkan saya sakit perut selepas itu.

Nenek Seriah dan botol air

Saya takut sebenarnya. Saya jarang rasa haus, walaupun ketika sedang berpuasa. Yang rasa haus itu, selepas berbuka. Saya takut, sebab mak pernah cakap, kalau selalu rasa haus, itu tanda-tanda penyakit kencing manis.
Saya percaya apa yang mak cakap. Dulu-dulu kan (tade la lama sgt, 3-4 years back), saya selalu menemankan nenek saya berterawih di surau Jalan Sekolah Lama. Surau lama dan kecil sahaja. Yang meramaikan, nenek-nenek dan datuk-datuk orang lain juga. Setiap kali ke sana, saya pasti berjumpa dengan nenek Seriah. Tempat fav dia, di tepi dinding. Di tepi dinding tu, mesti ada satu botol air. Kadang-kadang air oren, kadang-kadang air sirap. Selesai je 2 rakaat, dia bersandar tepi dinding, dan minum air dari botol air dia. Memang itu rutin yang nenek Seriah buat. Saya lihat, dia minum macam orang haus betul, tangan dia terketar-ketar. Kadang-kadang, baru 4 rakaat, air dalam botol air dah habis pun. Begitu haus dia.
Saya kepelikan. Saya tanya pada nenek dan mak, kenapa nenek Seriah begitu, nenek cakap 'dio ado koncing manihh', mak pulak cakap ' nenek Seriah tu tak sihat dah. Kencing manis dia teruk. Tu sebab die selalu rasa haus'. Betul atau tidak, saya tak tahu. Tapi, Nenek Seriah betul ada kencing manis.

Coke

Saya suka minum coke. Sejak dari sekolah menengah lagi (sekolah rendah jangan haraplah, tak kan dibelinya coke oleh mak saya. Mak cakap, air bergas tak elok.banyak gula sangat). Tiap kali weekend, saya minum air coke. Kadang2 hari sekolah pn minum jugak.
Selepas sekolah, saya ke Taylor's college plak. Tabiat minum coke masa weekend sudah dihapuskan. Saya tukar kepada minum coke ketika rasa stressed time buat homework. Ajaib nya, lepas minum coke, mesti saya dapat selesaikan homework dengan jayanya. Erm. Saya dan coke selepas itu sukar dipisahkan. Ada homework ke tade homework ke, saya minum coke jugak. Bila saya rasa sedikit tertekan, saya minum la coke banyak-banyak. Ada rasa kurang tekanan itu.
Sehingga satu masa,
ada seorang yang prihatin tentang tabiat minum coke saya. Katanya, minum coke tidak elok untuk kesihatan. Coke ada banyak gula. Kalau boleh, kurangkan minum.
Disebabkan saya begitu mendengar kata, saya kurangkan minum coke. Sampai sebulan pun ada saya tak minum coke. hehehe.

Disini, saya rasa coke murah. Kalau tgh sale kat pak n save tu, botol 1.5 L harganya $0.99. Murah kan. Namun begitu sekali-sekala saya minum coke. Kalau ada sale, baru saya beli. Saya tak mahu dikatakan addicted to coke plak kan (gile x best).
Beberapa bulan yang lepas, ade satu macam ribut tsunami melanda diri saya. Saya kembali pada coke. Saya minum coke macam orang gila. Coke coke coke coke dan coke. Sehari sampai setengah botol yang besar tu, bukan 1.5 L tp 2.25 L kot. Gila. Saya berhenti minum hanya kerana kad eftpos hilang. Tak boleh nak keluarkan duit.
Ramai yang nasihat, saya tak peduli juga. Hingga Mr J kot, dia cakap kawan kepada emak dia kena diabetes sebab minum coke hari-hari. Sejak dari hari itu, saya kurangkan pengambilan coke. Saya dah kurang minum coke..................
Minggu ni tak beli coke pun lagi.
Sekarang cuak sendiri, takut-takut kalo dah merosakkan cell pancreas. Saya minta dijauhkan dari penyakit sebegitu. Saya takut.................

Jangan minum coke

Oleh itu kawan2, jangan minum coke. Saya suka coke -zero.Konon2 tade sugar kan, tapi company coke gantikan dengan sweetener. Sweetener punya effect lagi teruk dari sugar. Jadi, jangan minum coke lansung la. Ini sebagai prevention.hehe. Mak saya selalu pesan (smp skrg mak saya tatau saya gila minum coke), jangan minum air bergas banyak, badan tu lama lagi nak pakai (kalau panjang umur la kan.hehe).
Laaa. panjang gila aku taip ini entry.hehe.
Selamat berpuasa pada hari ini dah hari seterusnya. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Jangan minum coke.

tatatatata.

Wassalam







Comments

^^, said…
erm...entah2, nenek seriah tu dulu kuat minum coke gak dlu...huhu.

ko tulis entry ni time tengah pose ye?
Laily Abdullah said…
hehe. nenek seriah suka minum air sirap je kot. dolu2 dah ada coca-cola ke? ape kena mengena entry ni dgn aku time aku berpuasa ke tidak?
ish ish ish..
NMZ said…
in 2004, i was so stressed up. ms tu tgh ramadhan. tak buka puasa dgn makanan pun. minum coke satu botol beso. release! rasenye ade mnde yg addictive la dlm coke ni..

tp skrg, da tak minum caffeine da..minum air kosong sudeyy~

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya