Mana pergi sifat manusia kau?

Salam.

Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih boleh menghirup udara segar, mahupun tidak segar dikala ini. Menghirup udara Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.
Hadiahkah Al-Fatihah pada adik Nurin Jazlin, semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sebelum ini, saya hanya membaca akhbar utusan online mengenai kes adik Nurin Jazlin. Tapi pada pagi ini, menitis air mata saya melihat video-video, slot berita mengenai Allahyarham adik Nurin Jazlin.

Tidak juga saya men'judge' ibu bapanya yang pada mulanya enggan mengakui mayat itu mayat anak mereka. Keadaan fizikal mayat itu sangat memilukan, dan mungkin kerana dek seksaan yang teruk, hingga mengubah fizikal sebenar Allahyarham adik Nurin Jazlin.
Daripada kanak-kanak riang yang pipinya berisi, mayat ditemui sangat cengkung dan kurus. Tidak diberi makan kah?
Tubuh lebam2, kaki calar balar. Tak sanggup untuk saya bayangkan penyeksaan2 yang diterima oleh Allahyarham adik Nurin Jazlin.
Rektum pecah. Yang ini memang sangat kejam. Adik Nurin Jazlin hanya berumur 8 tahun. 8 tahun! bukan nya 18 tahun, bukan 118 tahun. Apa yang kau dapat dengan memasuk kan terung dengan timun ke tempat tu? Memang pembunuh kejam, zalim dan sudah semestinya bengong. Tahu tak, timun dengan terung kat sini mahal gile tau!! Sebijik mahu nye $4. Makan terung pn, adalah 3-6 bulan sekali. kalau kau pembunuh, bagi terung dan timun tu kat aku, aku dah boleh buat nasi lemak, nasi ayam, dengan terung sambal (untuk pembunuh, bahasakah diri aku). Mungkin peniaga2 kat malaysia patut naikkan harga timun dengan terung. Sebab dah murah sgt, perkara2 zalim plak yg diaplikasi kan dengan timun dan terung.

Hurm.Saya sedih.dan saya tahu ramai yang sedih juga. Kenapala pembunuh itu sangat kejam? Kenapa kau mendera kanak-kanak itu sehingga dia meninggal dunia kerana terseksa. Kenapa? Kenapa?
Kau memang psycho kah? Arghh.Kalau kau psycho sekali pun, kenapa sampai mendera ha? Kau dera manusia lain. Budak kecil yang kau dera tu. Kenapa tak dera diri sendiri kalau sudah begitu psycho? Dera la diri sendiri. Baru la psycho betul.
Pembunuh, jangan berasa puas, atau bangga dengan apa yang kau lakukan. Kau mungkin gelak terbahak2 sekarang, kau mungkin berasa penuh bangga kerana semua orang tertanya2, semua orang tercari-cari siapakah pembunuh Allahyarham adik Nurin Jazlin.
Kau mungkin boleh terlepas dari hukuman dunia, kau mungkin boleh lepas dari cengkaman polis, tapi kau tak akan pernah sekali-kali lepas dari hukuman Allah swt. Jangan lupa kita ada Hari Akhirat, di sana nanti, kau rasa la balasan atas kekejaman yang kau lakukan. Kepada yang lain, kita jangan risau kerana pembunuh ini akan menerima balasan yang paling adil.
Kau ni memang manusia yang yg bersifat binatang. Memang animal (skrg sy dah tahu penggunaan word animal untuk manusia).
Walaupun kau animal, kau bertaubat la. Jangan guna alasan kau psycho jadi kau tidak mahu bertaubat. Bertaubat la.Jangn buat kejam, jangan buat zalim lagi.

Hari sudah pagi.
Saya ada berbual di alam maya dengan rakan perempuan saya mengenai kes Allahyarham adik Nurin Jazlin. Katanya ' haih..takutla aku macam ni.Macam mana la kalau kita dah ada anak nanti.' Balas saya, tidak perlu tunggu ada anak baru ingin berjaga2, kita jaga diri kita sendiri dahulu kerana kita perempuan.
Jadi, kepada kawan-kawan perempuan saya, berhati-hati la dari sekarang. Bukan budak kecil saya yang menjadi target, kita pun boleh dijadikan target. Elakkan la keluar seorang diri, pastikan berteman.
Haih. Apa nak jadi la manusia sekarang.Sifat kasih sayang telah terkikis dari dalam diri. Mohon dijauhi dari perkara sebegini.

wassalam



Comments

^^, said…
orang bodoh tu lebih teruk dari binatang...binatang pun tak seteruk dan tak sebodoh makhluk yang bersalah ni. mengecewakan.

oh maaf,emo.tapi semua org pun emo dengan kisah makhluk bodoh ni.betul kata makcik, dia akan dpt balasan dia.

semua jaga diri leklok. baca doa sebelum keluar.amalkan lah bacaan2 yang patut pagi dan petang...semoga semua berada dalam lindunganNya...
ainishamsi said…
kalau kau tanye aku.. aku dah mati akal. tatau nak kate ape.
aku dah xde perasaan. tatau nak kate ape.

aku dah sakit hati sangat2. tatau nak kate ape.

kita doakan roh allahyarhamah dicucuri rahmat, dan semoga dia menjadi pelindung untuk family dia di akhirat sana.

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya