Posts

Showing posts from July, 2007

Pasti tumbuh kembali.

Image
seperti biasa.gambar ihsan dari flickr Saya mahu tanam bunga. Bunga ros. Boleh? "Mestilah boleh. Kau suka ros.Aku tau. Kedengaran gelak gedik si Kaki. Bingung. Di luar rumah saya, ada 3 pasu bunga ros yang masih anak. 3 warna. Kuning, merah dan putih. Saya paling suka ros yang warnanya putih. Suatu ketika dulu, saya sukakan ros kuning. Ahhh~ Pilihan berubah2 mengikut peredaran masa. PLANGGGGG! Bunyi itu datang nya dari luar rumah. Oh.Si Tukang cat jatuh tangga. Kasihan. Dia sudah bangun. Tetapi, ada yang lagi kasihan. Anak bunga ros putih telah rosak. Tunas nya mungkin patah Pasu itu sudah lari dari paksi terdahulu. Tanah dari pasu tertumpah ke lantai. Saya sedikit kecewa. "Lely! Bunga ros putih kesukaan kau dah tergolek kejam!". Tergolek kejam? Siapa kejam? Siapa yang kejam di sini? Seseorang perlu kejam. "Tukang cat!!!!!!! Kamu kejam!". Saya nampak si tukang cat terkejut. Muka nya berkerut. Tukang cat letak pasu bunga ros putih ke tempat asal. "Kamu kat...

Saya berlari.

Image
gambar ihsan dari flickr. Kelmarin, saya masih lagi berjalan. Semalam, saya lari setempat pula. Baru nak warming up. Hari ini saya berlari. Larian saya kali ini lancar. Kaki bersuara, " Tu sebab aku suruh ko warming up dulu.Hehe. Aku coach yang best.Setuju?!". Masuk bakul angkat sendiri. Saya hanya gumamkan dalam hati. Kaki memberhentikan langkah saya. Saya cuba maju ke depan. Kaki degil.Kaki duk diam2 di situ. "Ye, kau coach paling best. Kalau bukan kerana kau, aku tak mungkin berlari,". Saya berlari semula. Kurang asam punya Kaki. Bila berlari, Saya dongak ke atas. Langit itu biru dan luas. Kosong. Saya bingung. Dari mana datang idea kosong ini? Mungkin kerana larian saya tidak ada matlamat. Betul?? Untuk apa saya lari sebenarnya? Untuk apa yang sebenarnya? Saya bingung seketika. Tapi, saya suka berlari sekarang. Rasa kosong itu baru sahaja menjengah. Sebelum ini, Rasa puas. Rasa menang. "Itu ...

'Biasa-biasa' aja.

Rumah baru saya, baru dicat suku dari saiz sebenar. Itu pun di luar rumah sahaja. Dalam nya memang belum disentuh cat. Apatah lagi dengan hiasan-hiasan. Tidak mengapa. Saya kurang gemar dengan hiasan yang berlebih-lebihan. Saya suka kan yang 'biasa-biasa' sahaja. "Ala...kau memang macam tu. Sikit-sikit, 'biasa-biasa' je. Kalau boleh, semuanya kau describe 'biasa-biasa' je,". Itu dia Kaki. Banyak yang bercanggah dengan saya. Ada yang tak puas hati lagi la tu. "Awat? jangan jadi macam penembak curi". Saya dengar Kaki tarik nafas yang panjang. Seketika, dia diam lagi. Saya tunggu.Sabar. "Kau patut hidup dengan lebih meriah lagi. Jangan terbiasa dengan 'biasa-biasa'. Jadi la yang sedikit luar biasa. Boleh?". Kaki kedengaran seperti mengeluh. Saya rasa lucu. Kaki ini berlagak seperti mak saudara pula. ha ha ha. "Dan aku begini orang nya, senang berasa gembira jika aku berjaya menguntumkan senyuman di bibir manu...

Si Bulan..

Salam. 'Bulan' telah saya war-warkan dalam entry yang lepas. 'Bulan' diwar-warkan setelah saya mendengar lagu Broery Marantika; Biarlah Bulan bicara. Kenapa bulan? Kenapa bulan yang perlu berbicara pula? Saya secara tidak sedar telah menganalisis lirik lagu itu. Saya kasihan dengan bulan. Tapi manusia tiada pilihan lain selain dari menyuruh Bulan yg menjawab segala persoalan. Kerana apa? Kerana manusia sudah penat dan bosan untuk menjawab persoalan sendiri. Persoalan yang dah lama berlegar2 dalam hidup manusia itu. Manusia tersebut mungkin sudah tahu jawapan kepada semua2 persoalan nya. Tetapi, manusia tidak mampu lagi untuk menerima kenyataan. Mungkin kenyataan itu terlalu pedih baginya. Jadi, manusia berpura2 tidak tahu jawapan, dan menyuruh Bulan yang menentukan. Kerana manusia pasti, yang Bulan pasti tak boleh bersuara. Manusia lebih rela hidup dalam keadaan tidak menerima kenyataaan daripada melara seketika. Saya pula? Walaupun gemarkan lagu Biarlah Bulan Bicara, s...

Biarlah Bulan bicara sendiri.

Segala persoalan, ajukan pada si Bulan. Diri ini tidak lagi punya jawapan pada semua persoalan. Biarlah Bulan saja yang berbicara. Hitam kata Bulan, hitam la. Putih kata Bulan, maka putih la. Buat diri ini, cukuplah sampai di sini saja. "Oi! Bulan mana boleh bercakap!". Kenapa si Kaki ni suka menyampuk? Geram pun ada. Saya diam sahaja. "Jangan lari dari kenyataan. Langkah garisan merah ini ----------------------. You'll be fine.Trust me,". Kaki. Kaki berkata yang betul. Saya mahu lari dari kenyataan. Saya tidak berani melangkah garisan merah itu. Melangkah bermaksud, sisa-sisa, serpihan-serpihan akan lenyap. Mungkin juga berterbangan meninggalkan saya. "Satu tapak saja lagi Laily.Bulan itu tidak bersalah. Kenapa Bulan pula yang perlu menjawab semua persoalan kau? Mentang-mentang la Bulan tak boleh bercakap". Satu tapak lagi. Satu tapak lagi. Satu tapak lagi. Satu tapak lagi. "Laily, langkah setapak lagi. Cukup derita kamu sampai di sini,...

Berpura-pura.

Berehat-rehat di balkoni bersama Kaki. Rumah saya sudah siap. Cuma belum bercat. Tiada hiasan lagi dalam rumah ini. Sekarang, saya senang begini. Hidup saya lebih tenang. Saya sudah boleh tersenyum seperti dulu. Gelak saya bunyi nya sudah menyamai gelak yang dulu. Memang ini yang patut saya lakukan dari dulu. Namun begitu, sesekali memori itu menjengah juga di fikiran saya. Bukan memori indah, tapi hanya memori hodoh sahaja. Mungkin memori indah takut untuk melawat saya. Takut dijerkah agaknya. "Lely, kau rasa adakah kau akan menyesal satu hari nanti?". Eh si Kaki ni.Tiba-tiba tanya begitu pula. "Apa yang aku nak kesalkan? hahaha.Aku tak suka menyesal tau,". Betul.Saya tidak suka menyesal. "Aaaa.Kau tak menyesal ke menjauhkan diri daripada 'manusia' tu? Mana lah tau kot kot 'manusia' itu mahu kembali". Nak tergelak pun ada. Kaki ni buat-buat tak paham pulak. "Aku pilih jalan ini. Dan 'manusia' itu suruh aku pilih jalan ini j...

I wish you love.

Salam. BERSATU games kali ini menambahkan kenalan2 saya.Salah sorang nya Nab.Nab kawan Myto.Hehe.Sekarang, Nab juga kawan saya. Dari Nab saya kenal Rachael Yamagata.Saya suka lagu ini.Comel.sebab lirik lagu ni ada bluebird, lemonade, dan juga snowflakes.comel bangat. Sayang nya lagu ni terlalu sweet untuk ditujukan kepada manusia itu. Dan juga, saya tak perlu susah2 nak lepaskan manusia itu, dia pergi dengan sendiri.Jadi, tak payah la saya beriye sangat nak wish dia apa2, since dia sendiri yang pilih jalan itu.Cuma sekarang, saya setuju dengan orang lain, yang saya x boleh bersama2 dengan dia.Phewww..Akhirnya. Baik saya enjoy lagu ni sorang2.hehehe.Dan bagi peluang kepada kamu untuk enjoy juga.Enjoy! Eh sebelum terlupa, terima kasih Nab.Aku suka lagu2 macam ni. I Wish You Love - Rachael Yamagata I wish you bluebirds in the spring To give your heart a song to sing And then a kiss, but more than this I wish you love And in July a lemonade To cool you in some leafy glade I wish you healt...