Si Bulan..
Salam.
'Bulan' telah saya war-warkan dalam entry yang lepas. 'Bulan' diwar-warkan setelah saya mendengar lagu Broery Marantika; Biarlah Bulan bicara.
Kenapa bulan? Kenapa bulan yang perlu berbicara pula?
Saya secara tidak sedar telah menganalisis lirik lagu itu. Saya kasihan dengan bulan. Tapi manusia tiada pilihan lain selain dari menyuruh Bulan yg menjawab segala persoalan.
Kerana apa? Kerana manusia sudah penat dan bosan untuk menjawab persoalan sendiri. Persoalan yang dah lama berlegar2 dalam hidup manusia itu. Manusia tersebut mungkin sudah tahu jawapan kepada semua2 persoalan nya. Tetapi, manusia tidak mampu lagi untuk menerima kenyataan. Mungkin kenyataan itu terlalu pedih baginya.
Jadi, manusia berpura2 tidak tahu jawapan, dan menyuruh Bulan yang menentukan.
Kerana manusia pasti, yang Bulan pasti tak boleh bersuara. Manusia lebih rela hidup dalam keadaan tidak menerima kenyataaan daripada melara seketika.
Saya pula? Walaupun gemarkan lagu Biarlah Bulan Bicara, saya tidak mahu hidup dalam keadaan tidak menerima kenyataan.
'Bulan' saya boleh berbicara ketika saya betul2 buntu. Terima kasih 'Bulan'.
'Bulan' bagi saya adalah orang2 yang berada di sekeliling saya, yang mahu saya melangkah garisan merah itu. Ramai la 'Bulan' tu. Saya telah langkah garisan merah itu.
Buat 'Bulan-Bulan',
terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Ketika saya hilang arah, kamu semua yang memimpin saya agar saya tidak sesat. Kamu semua yang menyaksikan betapa murah nya air mata saya dalam tempoh itu. Saya mungkin telah membuatkan kamu berasa bersalah kerana tidak mampu memberhentikan tangisan saya. Maafkan saya.Saya ingat semua itu. Dan saya menggeleng2 kan kepala skrg, mengingatkan betapa lemah nya saya ketika itu (korang boleh gelakkan aku sekarang.aku x kisah.haha.)
Kamu, 'Bulan-Bulan',
tidak pernah berhenti memberikan kata semangat supaya tidak terus berputus asa.Sebahagian daripada kamu berkata, 'Percaya kepada yang lebih baik', 'Allah lebih tahu apa yang baik untuk hambaNya', 'Bersangka baik dengan Allah, dan sandarkan harapan kepadaNya', 'Bersabarlah'. Segala usaha kamu berhasil. Langkah saya yang setapak itu untuk melangkah garisan merah, adalah kerana kamu 'Bulan'. Mana mungkin saya kecewakan kalian. Tidak perlu sy senaraikan siapa yang saya anggap Bulan itu, kerana kamu tahu sendiri jika kamu baca entry ini.
Dah lama saya mahu tutup kisah ini di blog ini.Mungkin ini yang terakhir, kerana kesemua rasa dulu telah tiada. Percaya ye. Percaya lahhhhh..Jangan risau-risau pasal saya lagi. Jika jumpa saya sekarang, kamu akan lihat saya sentiasa tersenyum. Sampai ramai plak menegur yang saya suka tersenyum sekarang (Haz, aku mmg suke senyum tau.dari kecik lagi aku suke senyum.hehehe).
TERIMA KASIH BULAN!

Comments