Biarlah Bulan bicara sendiri.

Segala persoalan,
ajukan pada si Bulan.
Diri ini tidak lagi punya jawapan pada semua persoalan.
Biarlah Bulan saja yang berbicara.
Hitam kata Bulan, hitam la.
Putih kata Bulan, maka putih la.
Buat diri ini,
cukuplah sampai di sini saja.
"Oi! Bulan mana boleh bercakap!".
Kenapa si Kaki ni suka menyampuk?
Geram pun ada.
Saya diam sahaja.
"Jangan lari dari kenyataan.
Langkah garisan merah ini ----------------------.
You'll be fine.Trust me,".
Kaki.
Kaki berkata yang betul.
Saya mahu lari dari kenyataan.
Saya tidak berani melangkah garisan merah itu.
Melangkah bermaksud,
sisa-sisa, serpihan-serpihan akan lenyap.
Mungkin juga berterbangan meninggalkan saya.
"Satu tapak saja lagi Laily.Bulan itu tidak bersalah.
Kenapa Bulan pula yang perlu menjawab semua persoalan kau?
Mentang-mentang la Bulan tak boleh bercakap".

Satu tapak lagi.
Satu tapak lagi.
Satu tapak lagi.
Satu tapak lagi.
"Laily, langkah setapak lagi.
Cukup derita kamu sampai di sini,".
BULAN!
Bulan akhirnya bicara juga.
Kaki nampak terkejut.
"Kaki, ada Bulan yang boleh bercakap juga tau.
Hehehe,".
Kaki bengang.
Gembira juga dapat buat Kaki bengang.
Saya langkah garis merah itu.
Selamat tinggal derita.For good.
"Lely, siapa Bulan?".
Saya senyum.

Comments

Anonymous said…
laily ku..o laily ku..
ape kahabaq?
meh la nombor tepon meh..ape cite kat melaka?ana tak bole amek lesen la...mak tak bagi la ely..

sadis sungguh..
ok..take care


ana

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya