Saya berlari.

gambar ihsan dari flickr.


Kelmarin, saya masih lagi berjalan.
Semalam, saya lari setempat pula.
Baru nak warming up.
Hari ini saya berlari.
Larian saya kali ini lancar.
Kaki bersuara, " Tu sebab aku suruh ko warming up dulu.Hehe. Aku coach yang best.Setuju?!".
Masuk bakul angkat sendiri.
Saya hanya gumamkan dalam hati.
Kaki memberhentikan langkah saya.
Saya cuba maju ke depan.
Kaki degil.Kaki duk diam2 di situ.
"Ye, kau coach paling best.
Kalau bukan kerana kau, aku tak mungkin berlari,".

Saya berlari semula.
Kurang asam punya Kaki.
Bila berlari,
Saya dongak ke atas.
Langit itu biru dan luas.
Kosong.
Saya bingung.
Dari mana datang idea kosong ini?
Mungkin kerana larian saya tidak ada matlamat.
Betul??
Untuk apa saya lari sebenarnya?
Untuk apa yang sebenarnya?
Saya bingung seketika.
Tapi, saya suka berlari sekarang.
Rasa kosong itu baru sahaja menjengah.
Sebelum ini,
Rasa puas.
Rasa menang.
"Itu sebab kau berlari. Bila kau berlari, orang-orang yang mentertawakan kau dahulu telah kalah. Mereka KALAH! Dan kau menang.
Sudah lama mereka KALAH,
tetapi sekarang, mereka KALAH teruk,".
Kaki bernada sinis.
Mereka KALAH teruk?
Dan saya menang?
Hehe.
Saya suka idea kalah-menang itu.
Senyum lebar.
Mungkin sampai ke telinga.
"Oi.oi.jangan nak riak lebih-lebih,".

Comments

Anonymous said…
jom lumba lari jom.

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya