Salam. Bila rindu. Bila lagu raya Aman Shah 'Kepulangan yang dinanti' menampar-nampar telinga saya berulang-ulang kali, tewas la saya. Nak menitik air mata ni (sedih ok lagu tu!). Tidak mengapa, walaupun lagu raya itu menyedihkan, saya suka juga dengar banyak-banyak kali. Dah tau homesick, lagi mahu layan itu perasaan homesick. Bila sudah rasa rindu pada rumah, saya ingat mak, saya ingat abah, atuk, nenek, along, kak lin, kak ina, boja, boboy and the anaks buah. Bila sudah ingat pada mak, saya teringat pada kuih-muih yang mak suka buat dan saya pun suka makan. Bila teringat pada kuih-muih, mula la ada rasa mahu makan kuih muih itu kan. Kalau dah ada rasa mahu makan, mesti la kita nak makan kan. Tak pernah pula saya jumpa gerai kat Christchurch jual kuih seri muka dengan karipap pusing (gerai pun tak dak). Kerana kasihankan perut, dan rindu pada emak yang membuak2, saya buat juga la kuih muih yang saya suka makan tu. Kuih seri muka ok lagi la nak buat. Tade la mengambil masa ber...
Comments