Tempoh masa untuk menghasilkan graph di atas Julai 2010-Februari 2012. Tikus yang terkorban - tak terkira banyaknya. Mixed feelings. Laily (still no Bubuk and the rest).
Satu petang. Saya hanya duduk saja atas pangkin sambil memerhati ombak laut. Saya rasa rindu dengan Kaki. Entah berapa lama saya tidak berbicara dengan Kaki. Saya rindu Kaki. "Aku fikir kau tak perlukan aku Lely,". Itu suara Kaki. Saya senyum sahaja. Untuk berkata-kata, hati saya terasa berat. "Kau sihat Lely?". Ada bunyi-bunyi risau di hujung suara Kaki. "Sihat. Kalau tak sihat, mesti aku di hospital kan,". Saya dengar Kaki ketawa. Lama. "Tak sangka kau pandai berseloroh lagi. Hati sihat? Otak sihat?". Itu rupanya maksud Kaki. Malang sekali, hati dan otak saya tidak begitu sihat. "Aku sedih Kaki. Kadang-kadang rasa macam putus harapan,". Saya dengar Kaki mendengus. Mungkin Kaki tidak suka dengan apa yang saya baru katakan. Jujurnya itu yang saya rasa. Jika tidak lama dahulu, saya sering merasakan hidup saya indah dan saya memang tidak punya banyak masalah, cuma masalah kecil-kecilan yang boleh saya persetankan sahaja. Kini, jika hi...
Comments