Posts

Showing posts from October, 2008

Laut, senyum la.

Saya tidak pernah jemu untuk senyum pada laut. Saya harap laut tidak jemu dengan senyuman saya. Dan saya juga tidak jemu menanti laut membalas senyuman saya. "Senyum pada laut? Haha. Nanti ada orang kata kau tidak siuman,". Saya senyum saja mendengar kata-kata Kaki. "Senyum pada laut itu sebagai  tanda penghargaan,". Saya dengar Kaki mendengus kecil. Mungkin Kaki tidak bersetuju dengan saya. "Layanan yang sama seperti manusia. Bila aku ingin berterima kasih, aku sertakan dengan senyuman. Adil la begitu bukan? Laut banyak memberi ketenangan, jadi aku berterima kasih dengan senyuman,". Kaki diam. Mungkin Kaki dia sedang menghadamkan keterangan saya tadi. "Lely, pernah tak kau rasa laut tu balas senyuman kau?". Saya perlu masa untuk berfikir. Bagaimana untuk saya tahu yang laut sedang tersenyum.  "Tak,". "Bagaimana jika laut tersenyum pada kau?".  Jika laut senyum pada saya? Saya cuba bayangkan perasaan itu. Saya ingin senyum. :)...

Bila exams dah dekat...

Image
my workspace , originally uploaded by laily-abdullah . Coke jadi peneman setia (Lift plus buat saya pening..tamo) Jajan sabahat sejati (tiada dalam gambar). Kertas-kertas penyeri kehidupan. Ini gambar dengan olympus-trip 35. Ada dua biji kamera ni, tp satu tu rewinder tu stuck kat frame 18 (rugi 6 keping film kalo guna 24 exposure). Satu lagi tu, dah memutuskan satu roll film, so tak tau la boleh pakai ke tidak. hurmmmmmm..tapi saya suka kamera ni. Ok2..saya patut kembali belajar walaupun bio-stats ni bosannnnnnnnnn!

Kadang-kadang kan......

Assalamualaikum wbt. Hari ini, hari Jumaat. Selamat hari Jumaat. Hari ini, hari terakhir saya bersekolah di Canterbury Uni. Hari ini, saya perlu menyiapkan lab report, tapi due date dah kena extend sampai Isnin depan. Hari ini, hari yang saya rasa saya nk update blog.hehe. Jeng jeng jeng.... Kadang-kadang kan, dalam hidup kita yang sentiasa sibuk mengejar dunia ataupun kurang sibuk atau tidak sibuk lansung, kita sering terlepas pandang sesetengah perkara. Memang la terlepas pandang, tapi kadang-kadang bila sudah terlepas pandang, kita cari alasan lain untuk men' justify' kan perkara yang sudah terlepas pandang itu. No good. No good. Untuk apa justify?? Supaya kurang rasa bersalah? Supaya kita sahaja yang nampak betul di mata orang? Kadang-kadang, kita rasa kita punya banyak waktu. Jadi kita mula berlagak seperti kita banyak waktu. Betul-betul pasti ke kita ini punya waktu? Apa jadi kalau waktu kita tinggal seminit dua? Apa jadi kalau dalam masa 10 saat Tuhan akan cabut nyawa ki...

Nasi lemak lemak lemak!

Image
Selamat pagi/petang/tghari/malam, apo2 je la yang sesuai dengan keadaan anda di sana. Disebabkan Nicky warned saya supaya tidak meletakkan gambar makanan masa bulan puasa, saya turutkan juga. Jadi, dah selesai bulan puasa, boleh la kan letak gambar makanan. Hehehe. Pagi ini, kami makan nasi lemak dengan sambal udang petai.. nyummmmmmmmmmm! Tak ramai yang makan petai.Tapi disebabkan tahun ni x makan lagi petai, jadi saya buat juga la sambal petai.hehehe. Menurut sumber yang tak berapa pasti, petai bagus untuk menghilangkan/membuang toxin dalam badan, tapi too much petai boleh hasilkan toxic waste dalam badan. Tatau la betul ke tak. Apa-apa pun bersederhana sahaja ketika makan, jangan terlampau sedikit sampai orang sebelah rasa segan nak makan, dan juga jgn la terlalu banyak sampai perut jadi boroi (hihihi). Dan pagi ni byk plak masa lepas main SingStar, jadi saya edit sket gambar nasi lemak ni bagi ada tulisan2 sket.hehe. Itu sahaja. Selamat menjalani hari dengan jayanya. Ingatku dalam ...

Biar saja aku sebegini.

Jumaat & lab. Hari ini hari Jumaat. Kalau la lab BIOL351 saya pada hari Isnin & Selasa, saya dah free dah time ni. hehe. Tapi, takpe, hari ni hari last lab. Minggu depan tiada lab lansung, minggu depan-depan depan depan depan pun tiada lab dah. Mungkin ini juga lab terakhir dalam sejarah hidup saya sebagai undergrad. =) Visa update. Belum dapat visa lagi. Perkembangan baik ialah saya dah dapat appointment dengan tuan doktor. Itu pun lambat, 28 Oktober, dan the dateline for providing the medical reports is on the 30th. Erm, moga-moga sempat la sampai kat Immigresen tu. Kalau tak, memang sah la saya ni PATI ke PATA ke. hehe. Saya mmg stay sini at least sampai bulan 12. Banyak lagi tempat saya tak pegi. Sebagai contoh, Akaroa, Hanmer Springs, Kaikoura untuk melihat ikan paus, Milford Sound dan juga Port Hills untuk ber'picnic'. p/s : i'm counting on you to go to these places.Jangan ngada2 tiba2 tak nak pergi plak. What else eh? Raya? Yep2. This year raya's celebrat...