Laut, senyum la.

Saya tidak pernah jemu untuk senyum pada laut. Saya harap laut tidak jemu dengan senyuman saya. Dan saya juga tidak jemu menanti laut membalas senyuman saya.

"Senyum pada laut? Haha. Nanti ada orang kata kau tidak siuman,".
Saya senyum saja mendengar kata-kata Kaki.

"Senyum pada laut itu sebagai  tanda penghargaan,".
Saya dengar Kaki mendengus kecil. Mungkin Kaki tidak bersetuju dengan saya.

"Layanan yang sama seperti manusia. Bila aku ingin berterima kasih, aku sertakan dengan senyuman.
Adil la begitu bukan? Laut banyak memberi ketenangan, jadi aku berterima kasih dengan senyuman,".
Kaki diam. Mungkin Kaki dia sedang menghadamkan keterangan saya tadi.

"Lely, pernah tak kau rasa laut tu balas senyuman kau?".
Saya perlu masa untuk berfikir. Bagaimana untuk saya tahu yang laut sedang tersenyum. 

"Tak,".

"Bagaimana jika laut tersenyum pada kau?". 
Jika laut senyum pada saya? Saya cuba bayangkan perasaan itu. Saya ingin senyum. :)

"Erm, rasa yang sama jika kita menaruh hati pada orang yang sangat kedekut dengan senyuman, dan tiba-tiba dia senyum pada kita. haaaaaaa.Kau bayangkan perasaan itu Kaki. Bayangkan!".
Hahaha.Kelakar. Kaki diam sahaja. Mungkin dia kurang bersetuju dengan perumpamaan saya atau mungkin juga Kaki sendiri tak dapat membayangkan perasaan yang saya katakan tadi. . Kaki sendiri mungkin juga sepi.

"Oi! Ini bukan masa untuk membuat ulasan tentang aku,". 
Ada bunyi tegas dalam suara Kaki. Saya mungkin keterlaluan bila mengatakan Kaki sepi. Maafkan aku Kaki.

"Kau tak sendiri Kaki. Kau sentiasa ada aku,". 
Kaki diam lagi. 1 minit. 2 minit. Saya dengar Kaki tarik nafas panjang-panjang.  Saya tunggu.

"Kau tahu kenapa laut tidak balas senyuman kau?".
Saya geleng-geleng kepala. Sungguh saya tidak tahu mengapa dan saya tidak ada teori untuk itu.

"Mungkin laut tidak mahu kau hanyut bila dia mula tersenyum,".
Hanyut? Hanyut?! 

"Iya.Hanyut, lupa pada tanggungjawab dan mungkin mula melarikan diri dari masalah. Laut mahu kau tetap dengan diri sendiri.Tanggungjawab dan masalah itu membuatkan kita sedar diri,".
Laut mahu saya berdiri dengan kaki sendiri. Laut mahu tahu yang dia tidak mampu menghilangkan bebanan. Hanya mampu melupakan bebanan buat seketika.

"Sama seperti perumpamaan yang kau beri tadi. Si dia yang kau suka itu mungkin sifatnya bukan kedekut dengan senyuman. Tapi si dia tahu yang kalau dia mula memberikan senyuman, kau akan jadi cair dan mula hilang kawalan. Sebetulnya kau patut berterima kasih pada si dia kerana membiarkan kau dalam keadaan terkawal,".
Tegas juga bunyi Kaki. Tapi saya ingin ketawa!

"Kaki, nasihat ini bukan untuk aku. Untuk kau maybe??? :X,".
Kaki mendengus kecil. Tapi nasihat itu saya simpan juga elok2 dalam hati. Hehe.

"Jangan lupa cakap terima kasih pada laut,". 

"Terima kasih laut!!!!!!!!!!!!!!!!".
Saya jerit sekuat hati. Lega.

"Bagus! Kau nak tunggu laut senyum lagi?".
Erm. Erm. Erm......

"Nak! Kot-kot laut senyum dan aku hanyut, ada hero hensem datang selamatkan aku,".
Saya dengar Kaki tergelak kecil.

"Cute maybe?".



Comments

Anonymous said…
mabuk laut ke aini?
lalalalala...
Laily Abdullah said…
alamakk..ubat batuk dah habis la aini.kalo tak, dah bleh bagi ko minum.

aalim : kita bukan berada di laut skrg.tak relevan kalo kata dia mabuk laut.haha =P
Anonymous said…
ade benar kate kau..huhu skang aku xmau khayal lg..;)
Anonymous said…
fuiyoo..aku mmg respek dan suspek la citer ko bersama kaki..
Anonymous said…
owh... ok~ :D
Laily Abdullah said…
nicky : :D (tak tau nk ckp ape).

jiran rumah sebelah :suspek eh? haha

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya