Kadang-kadang kan......
Assalamualaikum wbt. Hari ini, hari Jumaat. Selamat hari Jumaat. Hari ini, hari terakhir saya bersekolah di Canterbury Uni. Hari ini, saya perlu menyiapkan lab report, tapi due date dah kena extend sampai Isnin depan. Hari ini, hari yang saya rasa saya nk update blog.hehe.
Jeng jeng jeng....
Kadang-kadang kan, dalam hidup kita yang sentiasa sibuk mengejar dunia ataupun kurang sibuk atau tidak sibuk lansung, kita sering terlepas pandang sesetengah perkara.
Memang la terlepas pandang, tapi kadang-kadang bila sudah terlepas pandang, kita cari alasan lain untuk men' justify' kan perkara yang sudah terlepas pandang itu. No good. No good.
Untuk apa justify??
Supaya kurang rasa bersalah? Supaya kita sahaja yang nampak betul di mata orang?
Kadang-kadang, kita rasa kita punya banyak waktu. Jadi kita mula berlagak seperti kita banyak waktu. Betul-betul pasti ke kita ini punya waktu? Apa jadi kalau waktu kita tinggal seminit dua? Apa jadi kalau dalam masa 10 saat Tuhan akan cabut nyawa kita? Waktu itu sendiri itu bukan kepunyaan kita. Betul tak?
Kadang-kadang, kita rasa ramai orang sayang kita. Mungkin betul ramai yang sayang. Kadang-kadang kita kurang menghargai kasih sayang orang beri sehingga kita tergamak menyakiti hati orang yang sayang pada kita. Kadang-kadang, bila sudah disakiti, orang itu akan pergi dari kita. Bila orang itu sudah pergi, barula kita mula rasa kesan kasih sayang dalam hati kita. Terkadang, kita akan pergi mencari orang yang sudah pergi itu dan berharap dia akan sayang kita seperti dulu.
Kadang-kadang, kita menyesal dengan apa yang kita buat. Kenapa menyesal? Terlalu banyak kesilapan sampai tiada apa yang boleh dibaiki lagi. Kadang-kadang kita berharap kita tidak buat kesilapan itu. Kita selalu rasa yang sebagai manusia kita tidak boleh lari dari membuat silap. Lalu dengan jayanya kita terus kan membuat kesilapan demi kesiilapan. Kadang-kadang kita memang tidak pernah belajar dari kesilapan. =(
Kadang-kadang kita suka menjadi degil. Kadang-kadang kita rasa degil itu sikap yang comel. Mungkin kita tak sedar yang kadang-kadang ayah ibu kita rasa pening dengan sifat degil kita. Bukan setakat ibu ayah, orang sekeliling pun mungkin rasa pening kepala.
Kadang-kadang, bila kita terlalu gembira, kita susah nak nampak bahaya di hadapan (seperti incident melanggar pintu shower ketika sedang mabuk gembira). Kadang-kadang kita jadi buta dengan kegembiraan itu sendiri. Dan kadang-kadang kita susah nak mengaku yang kita ini buta.
Bila buta, saya tak paham kenapa kita susah untuk menerima pertolongan dari orang lain. Kita ego mungkin?
Dan kadang-kadang saya sendiri merasa kelakar bagaimana perkara baik akhirnya mengundang bahaya atau menjadi kurang baik. haha.
Kadang-kadang, kita tersilap menilai manusia lain. Haha (pls la jgn judge orang). Kita fikir, kita sudah kenal dia dalam-dalam. Kadang-kadang bila sedar yang kita salah, kita jadi marah. Kadang-kadang kita fikir, 'kenapa dia bukan seperti yang aku sangka kan?" dan banyak lagi la dialog yang boleh bermain di kotak fikiran. Kadang-kadang yang perlu kita buat ialah memaafkan diri sendiri kerana tersalah nilai orang dan menerima manusia itu seadanya dan juga mengakui yang kita sememangnya tidak pandai./kurang berpengalaman dalam menilai manusia.
Kadang-kadang, kita berperang dengan diri sendiri. Saya sudah nampak logiknya phrase 'you yourself is the biggest enemy' (lebih kurang mcm tu la bunyi nye). Berperang dengan diri sendiri memang seperti tiada kesudahan. Menidakkan apa yang ada, dan mengiyakan apa yang tiada. Erm.susah-susah. =P
Kadang-kadang, saya memang suka menggunakan perkataan 'kadang-kadang'. Kenyataannya, bukan kadang-kadang saya gunakan perkataaan itu, saya gunakan hampir setiap masa.
Banyak lagi ayat yang boleh buat dengan menggunakan perkataan 'kadang-kadang' di depan ayat. Erm, entri ini berterabur, tapi kadang-kadang saya mmg biarkan sesetengah entri berterabur. Semoga saya dan kawan-kawan & semua orang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita. =) (saya betul2 senyum ni.hehe).
Wassalam
Laily, Bubuk & Esahbeli.
Comments
sebab tu, Islam kata, 'jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu sendiri'.
Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayangi...
Kalau tak nak guna kadang-kadang, ko boleh ganti dgn 'khabi-khabi'. Hehe.
*aku super ngantuk, tp kalau tido skang no open house for me*
betul betul betul~
Kabhie kushi kabhi gham la...haha
p/s: Esah pls jangan mengantuk...aku x nk pegi open house dgn separuh hati.haha
dan Merasa butuh kepada yang dicintainya,
Namun ia tidak menyebutnya kecuali sekali sebutan saja
Tetapi,
Paling tidak seseorang yang berada dalam pusaran cinta
Tidak akan melupakan untuk mengingat yang dicintainya.
(Koment kadang2 ) nov 23,’08