Posts

Showing posts from July, 2011

Happy Ramadhan!

Image
Salam semuanya! Bulan puasa datang lagi. Yeahhhhhhh! Dan saya, tiba-tiba ada mood nak update blog walaupun progress report slide presentation tak siap lagi. Sebenarnya saya tak ada mood dah nk siapkan slide. Macam otak tepu. Oh, disebabkan ketepuan otak, otak saya berfikir bermacam-macam cara untuk mengurangkan ketepuan otak. Saya sudah berkaraoke sendirian dengan lagu Ungu --> "Dan izinkan akuuuuuu, memeluk dirimu kali ini sajaaaaaaaaaaaaaa, ku ucapkan selamat tinggal untuk selamanyaaaaa Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimuuuuuuuu" Dah semestinya itu lagu Cinta Dalam Hati. So sweet. Btw, saya baru check saya punya statcounter untuk blog ni. Dah bertahun tak check, tapi ada entry yang menangkap mata saya. Entry dari UPM campus network. Everyweek check blog saya? Are u a fan/pan? (ala-ala artis korea pronounce fan) Malangnya saya tak update blog tiap-tiap minggu ye. Ada la sedikit2 kawan kat UPM tu. Ko ke Asie? Ko ke Shira? Kalau saudari bukan kawan saya, sila la...

Saya seekor kucing.

Lewat petang saya berjalan pulang dari fakulti. Perjalanan saya itu memerlukan saya berjalan di hadapan sederet kedai-kedai yang terdiri daripada kedai perabot, kedai dobi, kedai cetak dan juga hotel murahan. Selalunya tika jalan di deretan kedai itu, saya hanya pandang ke hadapan sahaja. Kata kawan saya, abang-abang di kedai perabot itu suka mengusik. Yang pasti sejak saya menggunakan laluan itu, hampir tiap hari, tidak ada yang mengusik. Al maklum saja lah, saya tak secomel kawan itu. Tapi, hari ini, ketika melewati kedai perabot, saya ternampak seekor kucing di celah-celah pasu. Kelihatan kucing itu seperti sedang menguis-nguis. Saya fikir, kucing mahu melepaskan hajat. Ternyata tidak, kucing seterusnya merebahkan badan seperti senang-senang aja mahu berehat. Itu kucing. Saya jadi cemburu dengan kucing. Walaupun saya boleh saja merebahkan badan dan berehat-rehat gaya kucing itu, namun rasanya fikiran saya tidak boleh berehat. Adakah kucing itu fikirannya kosong? Adakah kucing tak fi...