Lompong I
Cuaca sekarang tak menentu. Kadang-kadang panas dan kadang-kadang sejuk. Kadang-kadang bila angin menyapa badan, sejuk. Kadang-kadang bukan sahaja badan berasa sejuk, hati juga. Sejuk dan ngilu seoalah-olah hati ada lompong. "Lompong itu apa Lely?". Kaki di sini rupanya. Rindu juga kadang-kadang dengan Kaki. Cuma sejak akhir-akhir ini saya sibuk dengan pelbagai urusan. Saya sudah kurang masa untuk diri sendiri. "Ye.Semua orang sibuk. Lompong itu maksudnya apa?" . Kaki mengeluh. Saya sebenarnya kurang pasti maksud lompong.Cuma lompong itu saya rasakan sesuai untuk menggambarkan hati saya. "Lompong tu rasanya seperti lubang kosong, atau tempat kosong.Betul ke?". Saya dengar Kaki ketawa. "Bagi contoh yang boleh aku gambarkan,". Saya fikir rasa ngilu lompong.Rasa ngilu itu familiar. Oh ya! "Ha macam ini. Rasa ngilu kalau kita ada gigi yang berlubang. Bilu kita minum atau makan minuman atau makanan yang sejuk, kan rasa ngilu. Macam tu la! Hehe,...