Lompong I


Cuaca sekarang tak menentu. Kadang-kadang panas dan kadang-kadang sejuk. Kadang-kadang bila angin menyapa badan, sejuk. Kadang-kadang bukan sahaja badan berasa sejuk, hati juga. Sejuk dan ngilu seoalah-olah hati ada lompong.
"Lompong itu apa Lely?".
Kaki di sini rupanya. Rindu juga kadang-kadang dengan Kaki. Cuma sejak akhir-akhir ini saya sibuk dengan pelbagai urusan. Saya sudah kurang masa untuk diri sendiri.
"Ye.Semua orang sibuk. Lompong itu maksudnya apa?".
Kaki mengeluh. Saya sebenarnya kurang pasti maksud lompong.Cuma lompong itu saya rasakan sesuai untuk menggambarkan hati saya.
"Lompong tu rasanya seperti lubang kosong, atau tempat kosong.Betul ke?".
Saya dengar Kaki ketawa.
"Bagi contoh yang boleh aku gambarkan,".
Saya fikir rasa ngilu lompong.Rasa ngilu itu familiar. Oh ya!
"Ha macam ini. Rasa ngilu kalau kita ada gigi yang berlubang. Bilu kita minum atau makan minuman atau makanan yang sejuk, kan rasa ngilu. Macam tu la! Hehe,".
Itu rasa ngilu lompong dalam hati saya. Tepat sekali persamaan ngilu gigi berlubang dan ngilu lompong hati saya. Tapi Kaki diam sahaja.
"Kaki, tak faham lagi?".
Kaki ketawa. Berdekah-dekah. Rasa nak sepak Kaki.
"Lely, aku cuba untuk faham. Tapi aku memang tak boleh bayang bagaimana rasa ngilu minum air sejuk jika gigi berlubang,". Kaki tergelak besar lagi. Ya tak ya. Bagaimana saya boleh lupa Kaki tidak ada masalah gigi berlubang. Dan bukan semua orang ada masalah gigi berlubang.
"Tapi Lely, macam mana gigi boleh berlubang? Gigi kau yang kena cabut dulu tu sebab gigi berlubang kan? ".
Senyum simpul dibuatnya dengan soalan Kaki. Proses gigi berlubang sehingga gigi dicabut adalah satu zaman yang memalukan.
"Begini. Secara general-nya, gigi boleh berlubang jika kita tidak menjaga gigi dengan baik. Contoh; tidak floss gigi, tidak gosok gigi sebelum tidur, makan makanan yang memudaratkan terlalu banyak seperti air coke dan coklat,".
Sebenarnya ini adalah penyebab gigi saya terpaksa dicabut. Kesannya terasa sampai sekarang. Mungkin sampai ke akhir hayat. Kerana gigi itu kurniaan dari Tuhan, setiap kurniaan adalah nikmat. Jika kurniaan itu hilang sama seperti nikmat itu ditarik balik. Kesannya, saya terpaksa ubah cara saya mengunyah, dan juga ubah cara saya senyum.
"Haha. Simpati juga dengan kau Lely. Tapi itu semuakan salah diri sendiri? Hati lompong juga salah kau sendiri, sama saja seperti kisah gigi kau yang berlubang itu,".
Hati lompong. Kenapa hati lompong? Salah saya? Mungkin. Langit memang gelap. Awan nampak sarat dengan air. Sekali lagi angin menampar badan saya. Hati ngilu lagi.


This entry was posted by Laily Abdullah. Bookmark the permalink.

2 thoughts on “Lompong I”