Dua jalan.
Tiba-tiba saya teringat poem 'The road not taken'. Puisi yang saya belajar ketika di menengah 4. Seingat saya, penulis poem ini dalam dilema untuk memilih di antara dua jalan. Samada jalan yang biasa orang lalu, atau jalan yang jarang-jarang dipilih orang. Seingat saya, penulis memilih jalan yang jarang-jarang dilalu orang, dan di akhir puisi mengatakan dia tidak menyesal dengan jalan yang di pilih.
"Kenapa kau tiba-tiba mendalami poem Robert Frost ni Lely?".
Seperti biasa saya tidak sendiri ketika saya merasakan perlu untuk bersendirian. Kaki di sini lagi.
"Aku rasa macam aku ni watak dalam poem tu,".
Sekejap saya dengar Kaki ketawa. Saya tak boleh mencernakan apa-apa yang lucu dari apa yang saya katakan tadi. Kaki berdehem.
"Haha. Kau memang kelakar Lely. Tak sama lansung,".
Oh. Tak sama dan saya ini kelakar. Mungkin Robert Frost juga bukan orang yang kelakar.
" Tak sama kerana, dalam poem itu penulis seorang pengembara yang perlu memilih di antara 2 jalan. Kau pula, bukan seorang pengembara. Dan dua jalan yang konon kau kata dalam dilema ini, bukan jalan yang asing. Kau dah pernah cuba 2-2 jalan ini. Paham? ".
Saya hanya boleh tersengih. Jawapan Kaki sangat solid, dan tidak ada yang tidak benar.
" Kau hanya akan mengulangi kesilapan yang sama jika kau pilih jalan-jalan ni. Tak ada yang akan berubah. Kau sendiri tahu mana penyudah 2 jalan ini,".
Saya memang hanya boleh tersengih. Dan otot muka saya hampir kejang. Benar. Tak ada yang salah pada kata-kata Kaki. Saya memang arif dengan destinasi kedua-dua jalan tersebut.
" Tapi Kaki, aku tak ada pilihan jalan lain,".
Saya dengar Kaki ketawa. Saya sengih lagi, kurang tangkap kalau-kalau ada jenaka tersembunyi.
"Kau jangan pura-pura ye Lely cakap tak ada pilihan. Kau ada pilihan untuk tak pilih mana-mana jalan. Duduk diam kat simpang jalan tu,".
Haha. Saya gagal meyakinkan Kaki. Dan mungkin Kaki berjaya menggagalkan hasrat saya untuk memilih di antara dua jalan.
"Tapi Kaki, tak apa ke kalau aku duduk diam saja di simpang jalan tu?".
Yela. Saya perlu memilih di antara dua jalan untuk terus ke depan. Kalau saya statik di persimpangan jalan, ibarat saya tidak membuat apa-apa progress. Plateau.
"Lely, ada orang cakap hidup ni berkenaan membuat pilihan yang betul. Tapi kita perlu ubah, 'membuat pilihan yang betul, pada masa yang betul'. Kan ada yang cakap, 'Good things happen to those who wait'. In your case, kau kena tunggu helikopter datang di simpang jalan, dan bawa kau ke jalan selain dari jalan-jalan yang ini.haha,".
Wah. Sampai begitu sekali. Tapi saya suka. Saya pun belum pernah menaiki helikopter, even dalam mimpi.
"Tapi Kaki, kalau helikopter tak datang-datang macam mana?".
Kaki tertawa kecil.
" Maknanya, masa yang betul belum sampai lagi. Keyword di sini ialah sabar. Ok?".
Ok. Tapi bagaimana pula kalau masa yang betul memang tak sampai-sampai?
" Keyword Lely, keyword. Patience! ".
Memang saya hanya mampu sengih kali ini. Sabar adalah perkara terbaik yang saya boleh lakukan saat ini.
" Fine Kaki, fine,".
" Eh Lely while you wait, try imagine Neal Caffrey yang datang jemput kau dengan helikopter.It will help.Haha,".
This brilliant idea of Kaki really make me smile ear to ear la.
" Forever I'll wait Kaki :D,".
p/s : Kita sentiasa ada banyak pilihan. Here's my choice, heeeeeeeeeeeeeeeee
Comments