Come with me for the best is yet to be!
This is the day.
A real holiday. One day on my own. Haish I am not comfortable writing in full English la.haha.Sentimental jadinya. Kembali kepada bahasa.
Saya bangun lambat hari ni. Heaven. Tak perlu mandi awal. Rasa sangat comfy dalam baju tidur. Bergolek-golek satu dua round, saya capai buku, dan terus membaca. Heaven juga. Satu chapter habis, saya bangun untuk minum nescafe. Pasang lagu John Mayer. Sambung membaca lagi tepi pintu. Angin memang sepoi-sepoi bahasa, ditambah dengan sedikit matahari. Boleh buat iklan nescafe tak kalau macam ini? Hehe. Ini bukan hari yang tipikal untuk saya. Tapi, hari ini sebegini sangat tipikal semasa saya undergrad. Perasaan 'heaven' itu selalu ada masa saya undergrad. But, thank you Allah for today. I really enjoyed my morning time till noon. The good old days. Haha. Bukan nak cakap these days are no good, but these days, I wish I could have more 'the good old days'.
And now, the day has become 'half of the day'. How la kan?
Rasa macam nak pergi Aquaria. Rasa macam nak pergi tengok movie Real Steel. Rasa macam nak pergi makan kek. Rasa nak rasa cahaya matahari on my skin. Yet, tak boleh keluar lagi. Efek nescafe terlalu hebat. Tangan saya tak berhenti menggigil lagi dan jantung rasa macam nak meletup. Jadi, di sini la saya menghabiskan masa untuk hari ini untuk bercakap mengenai favourite subject.Haih.
Hari-hari yang saya lalui, saya berjumpa ramai orang. Saya kenal ramai orang. Saya perhatikan ramai orang. Orang fascinate me.
Ada seorang Makcik cleaner. Mari kita ringkaskan kepada Makcik C, sebab saya tak pernah memperkenalkan diri kepada Makcik C, dan dia juga begitu kepada saya. Makcik C tak pernah lekang dengan senyuman, dan sangat peramah. Sesiapa sahaja yang bertembung dengan dia, dia akan tegur, walaupun dengan 'Selamat pagi', 'Dah minum" masa pagi, dan 'Dah makan?' masa tengahari. Saya sering terjumpa Makcik C dalam tandas ketika hendak mengambil wudu' untuk solat Zuhur. Makcik C akan terus bercerita mengenai apa sahaja, politik ke, kekeluargaan ke, agama ke, semua ada dalam poket Makcik C. Saya ok aja dengan cerita-cerita Makcik C. Saya hanya perlu dengar tanpa membalas yang berjela. Tapi ada di antara kawan-kawan yang tidak senang dengan keramahan Makcik C. Their choice la kan.
Hari yang tidak menyenangkan saya bermula bila saya terdengar pintu tandas terhempas dengan kuat beberapa kali. Rupa-rupanya Makcik C yang mengamuk. Ha itu kali pertama saya tengok dia mengamuk. Bila saya datang dekat, tak ada senyuman, tak ada teguran dari Makcik C. Tak pernah terfikir Makcik C akan jadi marah macam ini, atas sebab yang saya sendiri tak tau. Saya fikir, mungkin esok-esok, Makcik C akan tenang dan kembali kepada perangai yang biasa.
Haha. Makcik C, terus memasamkan muka sehingga berminggu-minggu. Dalam tempoh itu, saya cuba untuk bertegur sapa dengan Makcik C. Dari jauh, saya sudah melemparkan senyuman saya paling manis. Effort itu memang hampas. Makcik C terus toleh tempat lain. Dari seorang yang peramah, Makcik C terus bertukar menjadi pembengis. Tapi saya tak rasa personality changes itu permanent, temporary mungkin.
I was right. Satu pagi, dari jauh saya nampak Makcik C tersenyum2, dan bertanya 'Dah minum?'. Dengan semangat, saya menunjukkan bungkusan nescafe ais saya. Dan selepas itu, Makcik C bertukar kembali menjadi makcik yang super peramah. Dan saya suka. Saya lebih suka Makcik C yang peramah dari pembengis.
Tidak semua orang boleh dijangkakan. Tidak semua orang mudah untuk didalami. Saya cuba untuk fikir, bagaimana rasanya menjadi Makcik C. Bekerja sebagai cleaner, berbual dengan semua orang, yang kadang-kala orang-orang itu membuat muka yang terang-terang tidak mahu berbual dengan nya. Saya pernah jadi cleaner, tapi saya tak pernah jadi cleaner yang cuba bercakap-cakap dengan orang yang kerjanya secara realiti lagi bagus dari cleaner. Dan saya ini jiwanya kecil. Saya tidak seperti Makcik C yang senang untuk berbual-bual dengan sesiapa sahaja. Mungkin ada yang berkata, Makcik C tak segan dan tak paham bahasa. Tak segan dan tak paham bahasa, tak beerti orang seperti Makcik C tak punya hati dan perasaan sampai kita boleh buat sesuka hati atau cakap apa saja kepada dia. Saya tak tahu apa yang terjadi kepada Makcik C dahulu, tapi harapnya Makcik C sudah fully recover. Kerana saya perlukan senyuman seperti Makcik C sebagai dose kegembiraan setengah hari.
Jadi kesimpulannya di sini, jiwa Makcik C lebih besar dari jiwa saya.
Itu cerita Makcik C. Banyak lagi cerita mengenai Makcik A to Z, Pakcik A to Z, Makcik 1 to 9987878, paham kan? .
Saya cuba untuk fikirkan segala kesan-kesan yang berlaku atas tindakan saya. Senang untuk tidak merasa apa-apa yang salah, kerana kita sendiri akan memberi justifikasi untuk diri sendiri. Yang perlu ialah, cuba fikir jika kita di tempat orang tersebut. Dia suka? Dia tak suka? Atau dia benci? Dia sedih? Jika kita dapat berfikir dengan adil, makanya kita tidak akan berbuat sesuatu yang akan mendatangkan kesan buruk pada orang tertentu.
Untuk berfikir dengan adil, itu susah. Tapi saya cuba. Haha. I'm starting to like you. Yes, you. I'll make sure your path to happiness will be a lot easier. Savvy?
p/s : Aiya. Tak boleh keluar lagi. Ok, Happy Diwali to those who celebrate it :D
Enjoy this video. Favourite lagu saya, dari fav artist; Daughters - John Mayer . I love u John!
Loves,
Laily (with no Bubuk & Esahbeli.sobs.)
Comments