Beri saya erti gembira atau bahagia.

Assalamualaikum wbt.

Hari sabtu yang bahagia dan menyenangkan. Saya di rumah berhujung minggu, dan gembira2 sahaja di sini. Ada orang mungkin pelik kenapa saya gembira saja di rumah, bukan di tempat2 luar dari rumah ie sopping mall, panggung wayang atau taman bunga. Sama juga dengan lelaki pertengahan umur yang saya jumpa di kedai makan dekat dengan dmart. Ketika saya menunggu char kuew teaw siap, dia memulakan bicara; "Tak ke bandar melaka malam ini?". Saya agak terpinga2 mendengar soalan lelaki itu, saya jangka soalan itu utk orang lain, memandangkan saya sahaja di situ saya jawab dengan pertanyaan semula.
"Ada apa di Melaka?". Saya nampak lelaki itu menggelengkan kepala.
"Kan malam ini ada sambutan hari merdeka,". Saat itu baru sy tersedar kenapa saya cuti panjang.hehe.Tapi jawapan saya pada lelaki itu pendek aja.
"Oo..,".
"Masjid Tanah ni mana ada apa2. Tak ada hiburan. Tak boleh gembira2. Sana ada bunga api. Betul tak ke sana?". Ada nada sinis dan kurang percaya pada suara lelaki itu yang memualkan.
"Ya. Saya tak kisah dengan semua itu,". Saya senyum. Lelaki itu diam sahaja tanpa balasan. Sejurus kemudian char kuew teaw siap, dan saya terus berlalu meninggalkan kedai makan dan lelaki itu.

Beri saya erti gembira atau bahagia.

Bagi lelaki tadi, salah satu sumber kegembiraannya adalah menyambut hari merdeka dengan menonton bunga api. Rasanya malam itu mungkin dia tidak gembira kerana hanya duduk keseorangan di meja makan. hehe. Pusat kegembiraan dan kebahagiaan untuk saya sekarang adalah keluarga. Jika keluarga saya itu bahagia dan gembira, saya turut sama rasa kebahagiaan itu. Kegembiraan dan kebahagiaan saya sudah jadi mobile, kerana hanya mendengar suara atau berita berunsur kegembiraan/kebahagiaan dari keluarga sudah cukup membahagiakan. Lebih lagi jika berada bersama mereka.

Ibu.

Melihat senyuman pada wajah ibu, priceless. Melihat ibu tertawa riang, ada efek kupu-kupu berterbangan dalam perut. Jika dulu saya pernah rindu untuk mendampingi seseorang, tidak lagi. Jika boleh, setiap masa dan detik saya ingin dampingi ibu. Impian terulung, ingin membahagiakan ibu. Jika ibu bahagia, saya lah orang paling bahagia dalam dunia. Betul.

"Mak nak tengok kamu berkahwin. Lega rasanya nanti,". Saya gelak sahaja, kerana bagi saya itu kanser yang bercakap.
" Perlu ke?".
" Iya la. Kalau sorang-sorang nanti macam mana,". Saya gelak lagi.
" Kan mak ada. Saya tak sorang pun,".
" Kalau umur mak panjang,". Saya tak mampu untuk gelak. Saya menangis pula.

Waktu terus berputar.

Takdir hidup mesti dijalani. Brace yourself.


p/s : I know who you are. Insecurity kills.

Comments

ita athirah said…
ko sempat lagi buat ucapan panas kat bawah tu..kakaka!

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke