Why? II

Assalamualaikum wbt.

Lama juga tak update.

Update no 1, Koma dah pun kahwin. Yeayyyyy!
Update no 2;
Entri sebelum ini adalah soalan. Soalan di masa saya konfius dan tidak tahu apa yang real atau apa yang saya patut rasa. Kemudiannya, di waktu saya banyak masa lapang, saya menonton movie dari Korea, tajuknya 'More than Blue' . Cerita itu saya tengok kerana review mengatakan itu cerita air mata. Jadi, di kala saya mahu mengeluarkan air mata, secara sengaja memang saya cerita sedih-sedih. Ok cerita itu mengenai, hero dan heroin yang suka sama suka tapi malangnya hero menghidap penyakit kanser. Disebabkan penyakit itu, hero tidak memberitahu perasaan sebenar kepada heroin. Malah, cuba mencari pasangan yang sesuai utk heroin, supaya bila dia sudah meninggal dunia, heroin akan mempunyai tempat untuk bergantung. Dalam satu scene, hero terlalu frust dan menangis. Seorang jurugambar wanita mempersoalkan tindakan si hero yang masih memendam perasaan cinta itu. Hero itu menangis la. Pastu dia jawab, 'I dont know what is real'. Pastu jurugambar wanita tergelak, dan menjawab 'Whenever you hungry, you eat. Whenever you sad, you cry your heart out. That is real. Not holding all inside, and pretending you are alright'. Hehe. I agree dgn apa yang jurugambar tu cakap. Sebab tu saya gemuk sekarang, sebab setiap kali lapar, saya makan dengan jayanya. Sebab itu juga setiap kail tgk cerita sedih, saya menangis sekuat hati. No point to look strong in front of others or for the sake of others. Sangat normal untuk menangis bila sedih. Siapa yang tak nangis bila sedih, itu tak normal.

p/s : Ini ada satu tip percintaan. If you don't want to loose somebody, tell them so. Letting them go so easily, is one way of saying that 'you don't really need them' and 'you'll be ok without them'. Just say something ok?

Pergi kenduri Balqis Ali dengan Najlaa, Aini & Alia di Ipoh last week. Ni la akibatnya. Boleh imagine suasana dalam kereta x? haha.

Comments

ita athirah said…
long time no see cik kak!..hihuu~

aku stuju dgn point ko dlm entry nih..iskkk~..bagus2

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya