Checklist.
Hoooorayyyyyy!!
"KOMA TUNANG ESOK" (Satu kampung kecoh kot)
Koma. Orang lain panggil Kema. Dia kawan baik saya sejak kecil, nenek dia dulu selalu datang rumah nenek saya, dan sementara itu kami sering bermain sama-sama. Antara yang saya ingat ialah, bermain doktor-pesakit.Sekarang Koma bekerja sebagai jururawat. That was close! Saya pula tidak bekerja sebagai doktor, tetapi selalu menjadi pesakit kepada doktor-doktor di luar sana :P (Close jugak kannnn?).
Sekolah rendah. Kami pergi dan balik sekolah bersama-sama tiap2 hari dengan menaiki basikal. Koma ni kira racer la. Dia bawa basikal lagi power dari budak lelaki. Ada sekali perhimpunan pagi, Koma dan Anwar kena panggil ke depan oleh Guru Besar. Guru Besar nampak budak 2 orang ni berlumba, dan kata Guru Besar, Koma bawa basikal lagi laju dari Anuar. Saya sebenarnya ada di tempat kejadian, tapi tak dapat nk sound Koma dan Anuar sebab diorang dah jauh ke depan. Haha. Saya seperti biasa bawa basikal dengan bersopan-santun (hahahaha).
Sekolah menengah. Kami jarang berjumpa. Sekali sekala kalau saya balik rumah untuk cuti sekolah. Koma main bola jaring untuk sekolah. Saya seperti biasa, tak bersukan. Masuk pancaragam sahaja. Koma ramai kawan-kawan. Saya pun banyak kawan-kawan juga.Koma ada boyfriend, saya tak ada.
Kehidupan seterusnya. Koma dapat diploma kejururawatan dan berkhidmat di HUKM. Saya pula ada BSc dan meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya. Ruang-ruang sebelum itu dipenuhi dengan macam-macam cerita. Koma's ex-bf married another girl. Pastu Koma single for some period of time. Saya pula, ermmm sibuk bercinta, putus, bercinta, putus, bercinta, putus, bercinta, putus, bercinta, putus, putus,putus,putus.Sekarang macam flat aja.
Saya merepek sebenarnya ini. Yang sebetulnya, saya terkejut Koma tiba-tiba nak bertunang. Saya jadi macam jauh ketinggalan di belakang. Ramai je kawan-kawan lain yang dah berkahwin, dan ada yang nak beranak dah.Hehe. Tapi ini Koma. Koma yang saya kenal dari kecil. Paham tak? (Mesti korang tak paham). Saya fikir saya jauh ketinggalan, sebab saya rasa kita mesti ada Life's checklist. Checklist kan macam ada task, pastu box kat tepi, sama ada tanda right atau blank. Tanda right bila dah selesaikan satu task. Sama juga dengan life, ada checklist.
Untuk saya, antara task/stage dalam checkflist ; bachelor degree, master degree, kereta kecil, kahwin, rumah, ada anak, kereta besar, dapur yang comel.
Ada satu tick sahaja dalam checklist saya. Kalau Koma, ada satu tick dan kalo ada pertunangan task, dah ada dua tick. Bila ada tick, macam ada progress dalam hidup kan. Macam nampak jalan untuk bergerak dn berusaha untuk menyempurnakan task seterusnya. Adakah hidup saya sekarang tak ada progress? Master degree in progress. Yang lain-lain tak ada progress.
Buku- Aku terima nikahnya by Ustaz Hasrizal. Saya baca beberapa mukasurat di dalam buku itu sementara menunggu Esah habis bermain bola jaring. Saya mula-mula macam x nak layan buku macam ni, tapi saya baca sedikit dan kemudian membaca mukasurat belakang. Kata Ustaz, tujuan dia menulis buku ini, menceritakan kisah bagaimana dia dan isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang hangat bercinta dan mahu bernikah tanpa memikirkan tanggungjawab yang harus digalas selepas kahwin. Ini bukan ayat sebenar, saya paraphrase sahaja. Lebih kurang macam ni la maksudnya. Katanya lagi, kalau tak bersedia lagi, jangan bercinta sekaligus menjauhi zina. Nak cari calon pun bukan senang. Cari la yang kuat ilmu agama dan tahu hukum-hakam, nanti senang nak didik anak-anak --> Petikan dari Esah. Esah dengar ceramah ustaz mana ntah.
Oh ye. Jikalau saya berjumpa adik berumur 22 tahun yang duduk di sebelah saya dalam bas tempoh hari, mungkin saya akan bacakan keseluruhan perenggan di atas sebagai justifikasi mengapa saya belum berkahwin pada umur 24 tahun ni. Alasan sebelum ini 'Saya muda lagi baru 24 tahun'.
Entri ni meleret-leret. Idea bercampur-campur. Haih. Sebenarnya saya nak cakap, saya jeles dengan orang yang dah banyak tick/completed task dalam checklist dia. Nak-nak lagi dengan orang yang rapat dengan saya kan. Erm tapi memikirkan keadaan diri sekarang adalah wajar saya tak ada 'tick' terlalu banyak kat tepi-tepi task dalam checklist.
Buat Koma, semoga kamu mendapat kebahagiaan yang berterusan ye. Sebab nanti saya boleh buat task baru dalam checklist, 'bahagia melihat kawan-kawan bahagia'. Hehehe.
P/s: Saya masih boleh bertahan selagi Esah tak ada 'tick' kat task berkahwin dalam checklist dia. Still saya mengharapkan, Esah bahagia sentiasaaaaa (next week kita gi amik laundry ehh?)
Salam sayang,
Laily (patut ke bawa Esahbeli, Bulat, Bubuk dan Keanu duduk di KL dengan saya?)
Comments
jgn risau, kalau kau risau pasal Koma, ada ramai lagi risau bila kau dah tick checklist kau yg seterusnya.
:P
hehe
Untuk berjaya perlu nyer ade task list yang begitu.
24, perjalanan masih jauh, pengalaman masih belum mendewasakan.
Pupuk lah kerjaya disamping mencari pasangan yang ideal..