Masih tentang langit biru.

Kadang-kadangkan, saya rasa masa berlalu dengan lambat. Oh bukan kadang-kadang, sejak kebelakangan ini. Jadi saya rasa rimas. Rimas dengan kehidupan sendiri. Rimas dengan diri sendiri. Rimas dengan fkiran saya yang tak henti-henti cuba mencari logik kenapa saya berasa masa berlalu dengan lambat.

"Tak pernah aku dengar orang rimas dengan diri sendiri,".
Ha saya rimas juga dengan Kaki. Tak habis-habis mempersoalkan apa saja yang saya buat.
"Terkejut juga kalau kau tak rimas dengan aku Lely,".
Saya senyum saja. Dengan Kaki saya hanya 'rimas-rimas kucing. Ada ke? Langit tidak biru bila saya dongak ke langit. Kelabu. Terasa lama saya tidak lihat langit biru. Kalaupun langit itu biru, seakan-akan saya tidak dapat melihat langit luas yang biru itu biru.
"Kau rabun warna mungkin?".
Haha. Geli hati. Rabun warna bukan hijau-merah atau biru-kuning?
Saya dengar Kaki mengeluh.
"Ye la. Kes kau ni, kalau biru kau nampak kelabu. Ada disorder juga tu kan. Ala-ala rabun warna juga,".
Saya diam.
"Kaki, aku rasa macam aku terperangkap dalam kotak gelap yang sempit,".
Mungkin rasa terperangkap dalam kotak gelap-sempit itu yang membuatkan saya jadi rimas. Rimas dalam persekitaran yang sempit. Tiba-tiba saya dengar Kaki ketawa.
"Oi.Dah la tu. Apa yang kelakar?".
Kaki ketawa lagi dan saya sendiri pun makin hilang sabar. Setengah minit berlalu Kaki masih tidak berhenti ketawa, saya bangun dan terus berjalan. Baru berjalan 5 meter, seperti ada batu-batu kecil terlempar di badan saya. Atau mungkin batu-batu kecil yang sengaja dilemparkan pada saya.
"Lely. Aku dah berhenti gelak. Meh la sini".
Padan muka Kaki. Saya diam sahaja di situ.
"Lely, aku dah tau kenapa langit biru kau nampak kelabu. Meh la sini,".
Saya menoleh ke belakang. Kaki sengih.
"Kenapa?".
"Sebab kau pandang langit itu dari kotak yang sempit. Pandangan kau terbatas. Misalnya, kau hanya dapat melihat dari lubang kecil dari kotak sempit, tapi langit itu luas. Yang kau dapat lihat itu sebahagian kecil saja dari seluruh pemandangan langit. Dan kau juga tahu yang pemandangan langit biru itu tak kesemuanya biru. Ada juga awan putih, awan kelabu,".
Saya kembali duduk di tempat asal. Ada benar juga kata-kata Kaki.
"Jadi, aku bukanlah rabun warna kan? Mungkin setiap kali aku cuba melihat langit biru dari lubang kecil pada kotak sempit, lubang kecil hanya mampu memberikan aku awan kelabu.Mungkin jika aku cuba lihat pada waktu lain, pemandangan menjadi biru, ". Hehehe. Kaki ketawa.
"Ye. Tepat sekali! Nasib baik kau tak rabun Lely. Rabun kes berat. Sangat berat,".
Hihihi. Saya tahu seseorang yang rabun warna dalam kes sebegini.
"Ha gelak-gelak kan orang. Bila nak membebaskan diri dari kotak gelap-sempit kau tu?".
Oh. Saya pun lupa pasal kotak gelap-sempit. Saya belum tahu cara untuk keluar dari situ. Yang penting saya tahu, langit biru kesukaan saya sentiasa ada walaupun saya jarang-jarang dapat melihat biru langit itu. Saya yakin, kotak gelap-sempit akan pupus, hilang dari dalam diri saya juga pada satu hari nanti. Saya tidak akan selama-lamanya berada dalam kotak gelap-sempit.
"Oi! Jangan nak emo boleh tak?".
Masa. Takdir. Biar masa & takdir menentukan. Biar masa merobohkan kotak gelap-sempit. Biar takdir menentukan langkah saya yang seterusnya.
"Aku sangat rimas bila kau emo Lely,".
Haha! Kaki rimas. Puas hati. Langkah seterusnya, cabut lari!
"Ala! Lely tunggu aku! Siapa yang kau kata rabun tadi?!!!!".
Sayup-sayup saya dengar suara Kaki yang minat untuk bergosip.
"Not telling u Kaki! Pergi cari sendiri!". :P



Comments

mamawana said…
Salam..

Fikir2...monolog diri..
IEKA said…
hai..nice blog,click me at http://skelertor2nd.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya