Babai Cik Kekesalan.

Kadang-kadang, sebelum melelapkan mata di malam hari, saya terkenang pada Cik Kekesalan. Saya tidak pernah jumpa Cik Kekesalan. Tapi, Cik Kekesalan kata separuh dari dirinya ada pada saya. Macam bercinta pula dengan Cik Kekesalan, konon-konon, hati atau jantung Cik Kekesalan itu ada pada saya.
Jika Cik Kekesalan boleh dengar suara hati saya, dengar ya saya mahu nyanyi. Kalau Cik Kekesalan sudah dengar, datanglah pada saya kerana saya tidak tahu di mana Cik Kekesalan berada. Dengar ya Cik Kekesalan.Dengar ya.


Selama aku masih bisa bernafas,
masih sanggup berjalan,
ku kan selalu memujamu,
meski ku tak tahu lagi..engkau ada di mana,
dengarkan aku..ku merindumukan mu!!!!!!!!!!!!

Saat aku mencuba merubah segalanya,
Saat aku menangisi kekalahanku,
Aku ingin engkau selalu ada......

"Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! Suara tak sedap macam tu, kalau aku jadi Cik Kekesalan, meremang bulu roma tau tak!".
Tersipu-sipu saya. Sekurang-kurangnya, suara yang tidak sedap ini ada efek pada bulu roma Cik Kekesalan. Hihihi.
"Lely, sakit telinga aku dengar kau nyanyi. Lagu sedap2 terus jadi tak sedap,".Kaki merengus. Saya senyum sahaja. Eh, Kaki ada telinga ke?
"Sudah-sudah jangan persoalkan pasal telinga aku ada atau tidak. Kau rindu pada Cik Kekesalan?". Rindu?
"Kaki, apa itu rindu?".
Saya masih mencari-cari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan seterusnya. Sekali-sekala menyanyi untuk santapan telinga orang lain sangat menyeronokkan.
"Sudah la tu. Dengar sini, Cik Kekesalan tak akan kemari lagi,".
Saya berhenti mencari lagu yang sesuai. Saya bingung. Sekarang.Sekejap tadi saya ok sahaja.
"Kenapa? Kenapa tak akan datang? Cik Kekesalan kata sebahagian dirinya ada pada aku kan?". Kaki diam. Ada rasa sendu tiba2 datang menusuk kalbu saya. Sakit ya.
"Kaki?". Kaki tarik nafas panjang. Lama baru dilepaskan.
"Saat mula-mula kau buang Cik Kekesalan, separuh darinya masih kau simpan. Mungkin kau tidak sedar, saat kau mula ketawa, mula bernyanyi, yang separuh itu pun sudah kau buang. Atau mungkin separuh Cik Kekesalan itu luput dimamah waktu. Pendek kata, separuh dari Cik Kekesalan itu sudah tidak ada pada kau.Jadi, untuk apa lagi Cik Kekesalan ke sini lagi,".

Ada bunyi rintik hujan di luar. Sememangnya saya tidak sedar bila waktunya separuh Cik Kekesalan itu sudah hilang dari dalam diri saya. Saya juga memang tidak pernah sedar ia ada di dalam saya selepas saya yakin saya sudah buang Cik Kekesalan jauh-jauh.

"Buktinya, hidup kau terkebelakang. Kau statik di situ. Ironinya, keadaan kau menyedihkan tapi kau terasa selesa dengan kepedihan itu. Seolah-olah kau selesa menyakiti diri sendiri,".
Fikiran saya tenggelam dalam bunyi rintik hujan. Saya mahu menangis. Tuduhan Kaki sangat berat. Saya bukan orang zalim yang saja-saja mahu sakitkan diri sendiri.
"Ye. Sebab kita sentiasa diberi pilihan. Kau ada pilihan untuk membuang terus Cik Kekesalan, atau menyimpan separuh, suku atau 1/3 Cik Kekesalan. Di mata kasar, kau buang terus Cik Kekesalan, diam-diam kau simpan separuh Cik Kekesalan,".
Saya telan kata-kata Kaki satu demi satu.Kaki fikir saya sengaja simpan separuh Cik Kekesalan itu.
"Kaki, aku bukan superwoman yang betul2 kuat untuk buang Cik Kekesalan dengan sekali cuba. Walaupun aku yakin aku sudah buang, Cik Kekesalan masih meninggalkan sebahagian dirinya. Tapi kita ada waktu bukan? Dengan waktu, akhirnya Cik Kekesalan pergi jua.Betul kan?!".
Saya campak batu ke bumbung rumah jiran. Saya marah, sedih, dan segala macam yang negatif ada dalam diri. Kaki diam sahaja. Kenapa diam pula sekarang? Kaki berdehem dehem. Lagaknya seperti sakit tekak pula.
"Benar dengan waktu, Cik Kekesalan itu pergi jua. Tapi, sepanjang waktu itu, kau tak fikir perasaan orang sekeliling? Mereka mungkin turut bersedih,".
Yang ini mahu buat saya tergelak besar. Apa saya ini badut? Adakah saya ini hidup untuk membuat orang sekeliling saya rasa senang dan tertawa riang?
Saya dengar Kaki ketawa sipu-sipu.
"Oi!".
"Lely, aku terlupa.Kau memang badut!".
Kaki ketawa lagi. Dan saya rasa saya mahu ketawa juga. Jika saya seorang badut, muka saya dicat dengan senyuman mana mungkin orang tahu jika saya berasa sedih.
"Tapi Kaki, aku tak mahu jadi badut lagi. Aku mahu mereka tahu yang emosi aku bukan yang macam badut itu sahaja. Aku mahu mereka tahu yang aku tahu sedih, marah, gembira, dan segala macam emosi yang ada. Bolehkah mereka menerima aku yang bukan badut?".
Bila cakap pasal badut, saya hampir lupa pada Cik Kekesalan. Terima kasih Cik Kekesalan kerana mahu pergi menghilangkan diri. Cik Kekesalan jangan pulang mencari saya lagi ya. Saya tak mahu ada sebarang kekesalan bersarang dalam diri saya lagi. Cik Kekesalan boleh la pergi bermain jauh-jauh.
"Eh Lely, aku rasa tak semua orang boleh terima emosi kita yang macam-macam itu. Tapi aku tau siapa yang boleh terima semuaaaaaaaaaaaaa emosi kau tu? ".
Wah.Kalau bukan semua, sudah cukup bagus kalau ada seorang yang boleh menerima pakej emosi saya itu. Siapa?
"Kaki, siapa?".
Kaki berdehem-dehem. Lagaknya ini seperti anak tekak mahu terhambur keluar.
"Sang Pencinta,".
Sang Pencinta pulak dah. Siapa Sang Pencinta?
"Sang Pencinta la. Sudah-sudah. Jangan fikir banyak. Sang Pencinta ialah Sang Pencinta,".
"Baiklah,".
Kepada Sang Pencinta, saya mahu nyanyi lagu ya. Harapan saya, supaya Sang Pencinta boleh dengar lagu ini. Minta maaf, masih lagu yang sama seperti saya nyanyikan untuk Cik Kekesalan, tapi yang ini, khas buat Sang Pencinta. Ehemmmm.


Selama aku masih bisa bernafas,
masih sanggup berjalan,
ku kan selalu memujamu,
meski ku tak tahu lagi..engkau ada di mana,
dengarkan aku..ku merindumukan mu!!!!!!!!!!!!

Saat aku mencuba merubah segalanya,
Saat aku menangisi kekalahanku,
Aku ingin engkau selalu ada.....
Aku ingin engkau aku kenang.

Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya