Satu senja yang buat saya berfikir.
Satu senja, Boboy datang lambat untuk berbuka. Saat dia muncul di pintu, kakak saya terus menanyakan soalan "Eh, tak puasa ke Boy? Kenapa datang lambat?". Itu soalan lazim untuk Boboy jika dia terlewat sampai untuk berbuka puasa di rumah kakak saya. Senja itu, Boboy diam sahaja. Tidak seperti senja-senja lain di mana dia akan membalas pertanyaan kakak saya dengan gelak ketawa senyum simpulnya. Disebabkan tiada balasan dari Boboy, kami semua meneruskan aktiviti berbuka seperti biasa. Sedang saya enak menggigit kuih keria dari gerai depan Dmart, Boboy bertempik "Bodohla!! Siapa entah curi helmet aku,". Baru kami paham, Boboy lambat sebab helmet kena curi, dah perlu meminjam helmet rakan untuk pulang ke rumah tanpa disaman encik polis. Saya telan kuih keria cepat-cepat. Ada yang perlu saya katakan pada Boboy.
"Boy, takpela kalau dia nak curi. Kau tak payah susah-susah cari. Dekat akhirat nanti, pencuri tu akan datang cari kau sambil junjung helmet kau tu,". Saya gelak sorang-sorang. Boboy angkat kening. Ahli-ahli berbuka puasa yang lain berhenti makan.
"Yeke Ely?".
"Haah la. Boja yang cakap,". Saya rasa perbuatan menjunjung helmet itu sudah kelakar. Tapi bukan niat saya untuk mentertawakan urusan akhirat. Saya mahu Boboy relaks, supaya dia boleh makan dengan tenang. Haha.
Ada lagi satu, kalau pun orang tidak mahu membayar hutang kita setelah jenuh meminta, tak usah peduli kan lagi. Nak-nak lagi jika orang yang tidak mahu membayar hutang itu hidup dalam keadaan senang lenang, manakala kita terpaksa hidup susah payah dek kerana hutang yang tak terbayar. Jika keadaan sebaliknya, halalkan je la. Boja pun pernah berkata "Tak mengapa kalau orang tak nak bayar hutang kita sampai kita ni jadi susah, kat akhirat nanti dia datang la cari kita sambil junjung duit tu". Saya hanya ketawa ketika itu. Saja suka-suka. Apa-apa pun, terpulang kepada kita sendiri. Saya masih ingat dahulu, ketika masih di tingkatan satu ada orang yang memakan biskut chipsmore saya sampai habis. Sudah tentu saya bengang, tapi ketika itu ayah Amalina Sahar menasihati saya bahawa jika kita halalkan apa yang dicuri atau hilang, insyaAllah Tuhan akan memberi kan rezeki yang lebih banyak kepada kita :). Itu cara ayah Amalina Sahar menenangkan saya, tidak sama dengan cara Boja.
Saya tidak tahu kesahihan bab junjung-junjung helmet atau duit ini,tetapi saya rasa dulu saya pernah belajar bahawa, jika kesalahan kita sesama manusia, kita perlu memohon maaf pada manusia itu walaupun kita sudah bertaubat pada Tuhan. Jika kita mencuri, kita perlu mengembalikan barang curi itu pada tuan punya nya semula. Konsep itu ada.Betul tak?
Mungkin pada mata kasar, mencuri ataupun tidak membayar hutang adalah kesalahan sesama manusia yang jelas. Saya rasa saya tidak pernah mencuri, dan tidak berhutang dengan sesiapa (jika ada sila bagitau). Saya selalu lupa kesalahan sesama manusia yang tidak begitu jelas yang selalu saya atau sesiapa lakukan ialah mengumpat dan menfitnah. Mengumpat, memperkatakan keburukan orang lain, menfitnah pula mengada-adakan keburukan yang sebenarnya tidak ada. Saya mengaku, saya banyak mengumpat. Kadang-kadang secara tidak sengaja terumpat orang. Kadang-kadang secara sengaja sebab keadaan yang sentiasa panas dan orang seolah-olah sengaja menimbulkan kemarahan saya. Atau keadaan di mana saya sedang hyperaktif, sehingga mulut saya yang tak berapa laser ni, terlaser orang plak.
Bulan Ramadhan tahun ini banyak menyedarkan saya betapa banyaknya hati-hati yang telah saya sakiti secara sengaja atau tidak sengaja. Ramadhan kali ini juga menyedarkan saya bahawa saya sememangnya hamba Allah yang lemah, yang tidak lepas dari dosa-dosa kecil maupun dosa besar.Saya dengan ini, ingin memohon maaf dengan semuaaaaaaaaaaaa orang atas semua kesalahan saya ke atas kalian. Dan saya juga secara rasminya memaafkan semua kesalahan2 yang kalian pernah buat kepada saya, samaada saya sedar atau tidak. Saya serius ok. Let's let bygones be bygones. Kalau betul-betul ada perkara yang x puas hati, sila berdepan dengan saya, supaya cik/encik rasa tenang sentiasa. Semoga apa yang keruh selama ini, boleh dijernihkan semula. Semoga yang jauh boleh didekatkan, semoga yang sengaja menjauhkan diri, datang merapatkan diri. Harapan aidilfitri la ni. Hehe.
p/s: Boboy tak berusaha untuk mencari helmet yang hilang. Tapi saya harap, dia halalkan saja helmet yag dicuri itu.
SELAMAT HARI RAYA!
Salam sayang dan seribu kemaafan,
Lely, Bubuk, Esahbeli & Bulat.
Comments
maaf salah dan silap mana yang ada