Satu senja yang buat saya berfikir.
Satu senja, Boboy datang lambat untuk berbuka. Saat dia muncul di pintu, kakak saya terus menanyakan soalan "Eh, tak puasa ke Boy? Kenapa datang lambat?". Itu soalan lazim untuk Boboy jika dia terlewat sampai untuk berbuka puasa di rumah kakak saya. Senja itu, Boboy diam sahaja. Tidak seperti senja-senja lain di mana dia akan membalas pertanyaan kakak saya dengan gelak ketawa senyum simpulnya. Disebabkan tiada balasan dari Boboy, kami semua meneruskan aktiviti berbuka seperti biasa. Sedang saya enak menggigit kuih keria dari gerai depan Dmart, Boboy bertempik "Bodohla!! Siapa entah curi helmet aku,". Baru kami paham, Boboy lambat sebab helmet kena curi, dah perlu meminjam helmet rakan untuk pulang ke rumah tanpa disaman encik polis. Saya telan kuih keria cepat-cepat. Ada yang perlu saya katakan pada Boboy. "Boy, takpela kalau dia nak curi. Kau tak payah susah-susah cari. Dekat akhirat nanti, pencuri tu akan datang cari kau sambil junjung helmet kau tu,". S...