Cik Kekesalan.
Petang ini panas. Saya sudah berpeluh2 walaupun duduk diam di bawah kipas. Ada rasa kurang senang petang ini. ABC yang saya minum tadi pun tidak sedap rasanya. Tak sedap tak sedap.
"EH Lely cuba selitkan rasa kesyukuran. Buka semua orang boleh minum ABC ketika cuaca panas sebegini,".
Aaaaagh! Itu Kaki, saya ini hampir tidak boleh mengeluh. Setiap yang dikeluh ada saja yang mahu dibalas Kaki. Kadang-kadang keluhan itu bukan untuk menunjukkan rasa tidak syukur, tetapi untuk mengurangkan rasa ketidakpuasan dalam hati. Hehe.
Saya letak balik ABC dalam peti ais. Mungkin adik saya boleh menghabiskan setelah dia pulang dari sekolah. Saya kembali ke ruang tamu. Tempat biasa saya, atas sofa, bawah kipas. Saya mahu pejam mata buat seminit dua.
"Lely! Bangun! Ada orang ketuk pintu,". Sayup-sayup saya dengar suara Kaki. Mungkin saya hanya bermimpi.
"Lely! Bukan mimpi. Ada orang di pintu! Bangun sekarang! ". Haih. Kaki ni memang tak akan bagi saya tidur dengan tenang. Saya kesat-kesat mata supaya nanti tidak ada tahi mata yang bertakhta di situ.
"Ye Kaki, aku bangun sekarang! Siapa tu?". Saya belum mahu membuka pintu selagi orang di sana tidak bersuara. Dia masih diam.
"Siapa?". Saya tunggu untuk 10 saat. Dia masih diam. Mungkin kah orang itu telah pergi?
"Mungkin juga dia penjual karpet Lely. Boleh la kau sambung tidur,".
Saya hampir tergelak mendengar kata2 Kaki. Tak sangka Kaki membenarkan saya tidur lagi. Hehe. Saat saya ingin menghampiri sofa kegemaran saya, saya terdengar suara di balik pintu.
"Lely. Ini aku,". Suara itu agak asing bagi saya.
"Kaki, siapa tu?". Kaki diam tidak menjawab. Mungkin Kaki juga sedang cuba mengingati suara itu.
"Siapa? Kau tak ada nama?". Saya melekatkan telinga di pintu. Suaranya sangat halus. Dan saya pekak sedikit.
"Aku ialah kekesalan. Dulu kau campak aku. Sekarang aku tahu kau perlukan aku,".
Ha?
"Kaki, kau jemput Cik kekesalan ke mari kah?". Tak pernah terfikir plak Kekesalan itu boleh menjelma seperti orang. Kaki diam tidak menjawab. Mungkin ini kerja Kaki.
"Kaki! Kau kenal cik kekesalan?". Kaki diam. Saya bingung. Apa rupa Cik Kekesalan ini. Cantik kah? Ramping kah?
"Lely, aku yang jemput Kekesalan kemari. Kau perlukan dia. Separuh dari badan Kekesalan ada di sini. Kau tak buang Kekesalan betul2 dulu,".
Saya tambah bingung. Cik Kekesalan? Siapa dia? Kekesalan yang mana satu ni? Arghhhhhhh!
"Ly, bangun. Jom balik kampung,". Eh itu suara mak saya. Mungkin emak saya kenal siapa Cik Kekesalan.
"Mak, siapa Cik Kekesalan?". Kaki sudah mendiam kan diri sejak tadi. Mungkin dia segan dengan emak saya.
"Ha? Kekesalan? Siapa plak tu? Bangun bangun. Nanti kita lambat. Ni la akibat tidur lepas asar. Mamai lebih,".
Saya tidur? Adakah saya bermimpi tadi? Perlahan-lahan saya buka mata. Oh saya masih di atas sofa. Bukan bersandar di pintu semasa cuba berkenal-kenal dengan Cik Kekesalan.
"Astagfirullah. Mimpi rupanya,".
Saya dengar Kaki tergelak-gelak perlahan. Sedikit sebanyak saya lega.
"Cik Kekesalan?! hahahaha. Lain kali jgn tidur lepas asar ye Lely,".
Saya senyum. Cik kekesalan...
Comments