Petang ini panas. Saya sudah berpeluh2 walaupun duduk diam di bawah kipas. Ada rasa kurang senang petang ini. ABC yang saya minum tadi pun tidak sedap rasanya. Tak sedap tak sedap. "EH Lely cuba selitkan rasa kesyukuran. Buka semua orang boleh minum ABC ketika cuaca panas sebegini,". Aaaaagh! Itu Kaki, saya ini hampir tidak boleh mengeluh. Setiap yang dikeluh ada saja yang mahu dibalas Kaki. Kadang-kadang keluhan itu bukan untuk menunjukkan rasa tidak syukur, tetapi untuk mengurangkan rasa ketidakpuasan dalam hati. Hehe. Saya letak balik ABC dalam peti ais. Mungkin adik saya boleh menghabiskan setelah dia pulang dari sekolah. Saya kembali ke ruang tamu. Tempat biasa saya, atas sofa, bawah kipas. Saya mahu pejam mata buat seminit dua. "Lely! Bangun! Ada orang ketuk pintu,". Sayup-sayup saya dengar suara Kaki. Mungkin saya hanya bermimpi. " Lely! Bukan mimpi. Ada orang di pintu! Bangun sekarang! ". Haih. Kaki ni memang tak akan bagi saya tidur dengan tenan...