Hari-hari pun boleh makan sambal.

Ha serbuk cili babas ni serbuk cili ajaib. Keajaiban nya baru saya sedari 2 minggu yang lepas. Rupa-rupanya serbuk cili ni kalau dibancuh dengan air, jadila ia seperti cili mesin (cili yang dah diblend dgn blender). Adoiii mak aii! Punya la slow aku ni sampai aku baru tau kegunaan serbuk cili babas (aduhh memang slow gila).
Sebelum ni, pernah juga tgk kawan2 guna serbuk cili babas ni, tapi diorang main tuang je dalam kari ke rendang. Masa tu saya fikir, serbuk cili hanya untuk bagi rasa pedas (mmg tu pun kegunaan dia).
Yang pentingnya, sekarang dah tak ada masalah untuk saya makan sambal tiap2 hari. Sungguh mudah, bubuh serbuk cili dalam mangkuk, pastu bubuh sedikit air. Kacau-kacau sedikit, taraaaaaaaaa jadilah seperti cili mesin dan sedia untuk dimasak.
Menggunakan serbuk cili babas juga amat memudahkan dan menjimatkan waktu saya utk memasak sambal atau asam pedas. Sebab, kalau guna cili kering, proses2 nya adalah seperti (mengikut urutan)
1. gunting cili untuk buang biji
2.rebus cili
3.basuh cili yang direbus (ni yang bagi pijar tangan ni. tapi kena basuh, cuba perhatikan air rebusan, sungguh hitam. hitam sbb habuk, dan cili ni dok kena pijak dgn org sebelum dipaketkan..haa sila basuh cili ye kawan2).
4.blend cili rebus
5.basuh blender
Proses di atas menyebabkan saya malas masak sambal atau asam pedas sebelum ni. haa banyak sangat benda kena buat dan memakan masa. Sekarang asyik buat sambal je (hihihi).
Senang dan memudahkan serbuk cili babas ni kan kan kan? Selain dari itu, serbuk cili babas tidak la sepedas cili2 yang terdapat di sesetengah kedai cina yang berdekatan (tak pedas lansung pun serbuk cili ni).Kawan-kawan juga jangan terpengaruh dengan saiz cili ye, kadang2 cili yang bersaiz sederhana juga mampu meletupkan perut kita semua. Tidak mengapa, sekarang dengan adanya serbuk cili babas kita semua boleh menikmati sambal tumis tanpa perlu mengalirkan air mata.
Excited dengan serbuk cili babas, saya pun telefon Pn Siti Hawa untuk beritahu keajaiban serbuk cili babas. Selamba je Pn Siti Hawa reply "la.tak tau ke serbuk cili tu bila bancuh dengan air boleh substitute cili mesin?". Sabar je la.
Ok saya sajikan anda semua dengan gambar sambal tumis petai. Oh ye. Saya sertakan resipi sambal tumis sekali supaya kawan-kawan boleh cuba di rumah ye.Hehe.
Bahan-bahan
Bawang besar 2 biji
Serbuk cili babas 4 sudu (bancuh dengan air, jgn sampai cair plak)
Semangkuk air asam jawa (ikut citarasa, kalau nk masam, guna asam jawa banyak)
Garam
4 sudu besar minyak
Cara-cara
1. 1 biji bawang besar diblend atau dipotong halus. 1 biji lagi dipotong bulat dn nipis.
2. Tumis bawang yang sudah diblend atau dipotong halus sampai naik bau.
3.Masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh. Goreng sehingga garing.
p/s : kalau tak garing, x sedap, boleh buat orang sakit perut. Untuk cili menjadi garing, mungkin ambil masa dalam 10-15 minit. Jadi, bersabar la.
4. Setelah cili betul2 garing, masukkan air asam jawa. Kalau ada udang atau sotong, masukkan sekali.
5. Garam secukup rasa.
6. Apabila sambal sudah hendak kering, masukkan bawang yang telah dipotong bulat dan nipis2 tadi.
7. Tutup api, dan jangan lupa bersihkan dapur selepas memasak.
Sekian untuk kali ini.
Salam sayang,
Laily, Bubuk, Esahbeli & Bulat.
Comments
sjak bila br ko discover kehebatan serbuk cili nih..?
hehehe...
E gelak la.....x kisah punnnnn
eli, sape bulat?
nanti satu hari yg aman dan damai kita makan sambal dgn nasi lemak eh.kali ni yg x pedas punya.haha