Tenanglah dirimu.
Langit itu warnanya biru.Saya suka langit biru. Langit itu kadang-kadang kelabu kerana ada awan kelabu yang melitupi warna biru langit. Seseorang pernah mengajar perkara itu pada saya.
"Hari ni langit kelabu Lely,".
Itu suara Kaki. Kaki masih menemani saya di sini tanpa jemu. Saya dongak ke langit, memang betul langit kelabu hari ini.
"Kau tahu Kaki? Kalau dahulu, aku akan bersedih bila melihat langit kelabu,".
Langit kelabu membawa mood gloomy pada saya.
"Ah kau memang senang dipengaruhi dengan cuaca. Mengapa mesti rasa sedih atau gloomy, dah cuaca ditakdirkan jadi begitu,".
Saya hampir tergelak mendengar kata-kata Kaki.
"Haha.Ye, aku mengaku dulu aku mmg begitu,".
Langit kelabu tadi sudah menjadi hitam.Mungkin hujan akan turun tak lagi nanti.
"Sekarang sudah tidak begitu Lely?".
Saya senyum.
"Tidak,".
Untuk seketika Kaki diam juga, sampai satu saat saya ingin tersenyum lagi.
"Kau tahu kenapa aku tidak begitu lagi?".
"Tak. Kau tak pernah bercerita lagi pasal langit kelabu. Selalu cerita pasal berlari, pasal bintang, pasal bunga, pasal laut, dan benda2 lain selain langit kelabu.Haih,".
Saya tak tahu kenapa Kaki perlu mengeluh. Saya sememangnya punya hak untuk bercerita pasal apa sahaja yang saya mahu ceritakan. Dan saya fikir Kaki pendengar yang setia.
"Iya-iya aku pendengar setia kau. Sekarang kenapa dengan langit kelabu?".
Saya dengar Kaki mengeluh lagi.Hehe.Mahu tak mahu, Kaki memang terpaksa jadi pendengar setia.
"Dulu bila aku tengok langit kelabu, aku terus kecewa kerana tidak ada biru pada langit itu. Kau tahu kan aku suka lihat langit biru? Langit biru bawa ketenangan,".
Saya tarik nafas. Kaki juga diam sahaja. Saya hembus nafas.
"Bila fikir-fikir balik Kaki, langit biru itu sentiasa ada di sebalik awan kelabu. Langit biru tetap di situ. Ketenangan untuk aku sentiasa ada situ,".
Saya tarik nafas lagi. Sedikit lelah bila berbicara dengan satu nafas sahaja.
"Lagi?".
"Jadi, kenapa perlu bersedih? Sedangkan kita tahu yang langit biru itu sentiasa ada untuk beri ketenangan. Sama saja dengan kehidupan kita Kaki,".
Ye, sama saja. Kadang-kadang, ada peristiwa yang membuat kita bersedih. Kadang-kadang kita bersedih terlalu lama untuk peristiwa itu. Episode sedih itu sama seperti awan kelabu. Yang terkadang kita terlupa, untuk melihat episode gembira di sebalik episode sedih itu.
"Kaki, kita mungkin tidak punya kuasa untuk menggerakkan awan kelabu ke tepi untuk melihat langit biru. Tapi, kita boleh tukar episode sedih kepada episode gembira bukan?".
Kaki masih diam. Mungkin Kaki masih berfikir jawapan. Seketika saya terdengar Kaki tergelak kecil.
"Kaki?".
"Ehem..Sekarang aku paham. Tak susah untuk menukar episode sedih ke episode gembira. Dan tak susah untuk menukar awan kelabu ke langit biru. Ia seperti menanggalkan cermin mata hitam dari pandangan mata asal kau,".
Cermin mata hitam?
"A PRADA maybe?".
Kaki gelak lagi. Awan kelabu sudah mula menurunkan hujan. Moga-moga, selepas hujan ini, saya dapat melihat langit biru. =)
p/s : Semoga senyum sentiasa hadir di dirimu.
Comments
aku terase post ko ini mmg bermakna bg org yg mudah down kalo terjadi bende2 buruk pada mereka..
aku paling suka ayat "langit biru sentiasa ada di balik awan kelabu.." lebey kurang lah..sggh bermakne huhuhu
aku terase post ko ini mmg bermakna bg org yg mudah down kalo terjadi bende2 buruk pada mereka..
aku paling suka ayat "langit biru sentiasa ada di balik awan kelabu.." lebey kurang lah..sggh bermakne huhuhu
p/s: aku bukan wartawan alam sekitar, jgn la pnggil 'lely karam walia'.haha
jgn marah ye cik leLY..gurau2 se chch
rindu nye kebiruan langit chch. rindu gak nak gi baring kat ilam field tgk langit, wpun baru buat 2-3 kali je haha.
apa yg kita suka, belum tentu baik utk kita...
awan kelabu mmg kadang2 cantik.terpulang pada individu..haaa aku dah baring 2 kali lebih dr ko kat ilam field, kena baring at least 20 kali ni baru bleh nk ckp rindu nanti =P (Esah, jgn la marah aku....)
sAyA ---->
kelabu pun favourite color saya juga. saya cuma boleh berharap & berdoa apa yang saya suka, adalah yg terbaik utk saya. =) terima kasih utk peringatan.
lamenye ko nk update blog ni. cari ilham ke ape? huhu
nnt hapdet2 selalu ye;)