Malam 7 likur.

Malam ini telah bermulanya countdown 10 malam terakhir di bulanRamadhan. Ya Allah! Terlalu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, tinggal 10 hari lagi untuk berpuasa. Bulan puasa kali ini banyak perkara yang baru yang saya lihat. Dan banyak juga masa yang dibazirkan. =(

"Lihat sahaja? Yang baru untuk kau?".

Seperti biasa, soalan Kaki bisa buat saya terdiam.
kadang-kadang Kaki buat saya berfikir sejenak.

"Sejenak? Aku sangat berharap kau boleh berfikir dengan dalam tentang sesuatu perkara,".

Haih. Saya geleng kepala sahaja.
Kalau la saya boleh tutup mulut Kaki, sudah lama mulutnya ditampal dengan pita pelekat.

"Banyak perkara baru Kaki. Aku tidak mahu cakap, takut kau tidak boleh handle,".

Ops! Saya rasa saya sudah tersilap cakap.
Kaki berdehem. Mungkin dia akan memulakan ceramah.

"Kau tahu, ada orang cakap begini
'The human heart is vast enough to contain all the world'".

Saya tahu itu. Saya tahu sangat.
"Kau, jiwa kecil atau hati kecil kerana kau malas.
Malas untuk menggunakan ruang hati yang besar itu,".

Saya angguk sahaja. Pasrah terasa di dalam dada.
"Erm, kau tahu Kaki,
bermulanya malam 7 likur, orang akan pasang pelita kat luar rumah,".

Masa kecil, saya dan adik-beradik berebut-rebut untuk menyalakan pelita selepas berbuka.
Balik dari solat terawih, kami berebut-rebut juga untuk mematikan lampu pelita sambil menyanyikan lagu 'Happy Birthday'.
Itu kenangan manis.
Saya pernah bertanya kepada Nenek, 'kenapa pasang pelita?'.
Nenek jawab, 'Supaya roh-roh senang nak cari rumah mereka semula. Kalau gelap, mungkin mereka tak nampak. Dah nak raya, mereka mungkin mahu menjenguk keluarga yang ditinggalkan. Mereka rindu'.

"Apa kau fikir sekarang Lely?".

"Erm, aku kurang arif Kaki. Part of it mungkin betul. Erm.".

Saya pandang langit. Penuh dengan bintang-bintang.
Subhanallah. memang cantik. Langit cerah.

"Kau tahu Kaki, aku sangat berharap yang sahabat, sahabat, sahabat aku punyai hati yang ada pelita-pelita seperti di malam 7 likur. Mereka mungkin perlukan lebih cahaya untuk membimbing mereka menerokai hati mereka yang luas itu,".

Saya mengharapkan balasan dari Kaki.
Apa benar perumpaan tadi?

"Tapi kenapa?".

Tapi kenapa?

"Kerana, aku yakin sahabat, sahabat, sahabat ini mampu menanggung segala-galanya jika mereka tahu yang hati mereka besar. Mereka mungkin perlu cahaya terang seperti pelita2 malam 7 likur,".

Kami diam.10 saat, 45 saat, 85 saat.
Saat ke 130 saat;

"Kau berdoalah pada Tuhan supaya sahabat, sahabat, sahabat kau diberi cahaya yang terang dalam hati,".

Saya angguk.
Saya pejam mata.
Saya tadah tangan di bawah langit yang luas.
Saya berdoa.

p/s: sahabat, sahabat, sahabat, jangan takut untuk memulakan sesuatu yang baru, segala kerisauan, ketakutan, kesedihan, kepayahan mampu ditangani oleh hatimu. Jika kau kecundang juga, ingatlah bahawa aku sedia menjadi tulang belakangmu (walaupun tulang belakang aku rapuh sebenarnya.hihi).

Comments

^^, said…
Baca entry yg ni, sambil mendengar dendangan lagu raya yang sayu ni, buat aku sedih je...

Sobs sobs...

Mungkin hati aku yg besar dah shrink sikit demi sikit...

Mebe aku kena makan byk nak kasi hati besar..hehe

Aku nak kire diri sendri sbgi part of ur sahabat ek, so aku nak ucap trime kaseh kat ko sbb doakan...muakkksssss!
Laily Abdullah said…
betul la, kalo makan byk2 badan membesar secara x lansung hati membesar jugak.
hahahaha
teori mana la aku pakai ni kan.
hehe

Popular posts from this blog

Kasihmu seharum kasturi serta Kisah dongeng Pari-pari Aufa dan Sang Laily!