Sepetang Jumaat.

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam lama pula meninggalkan blog ni tanpa update. Ni semua gara-gara assignment dan presentation yang tak putus2 sejak 2 minggu lepas.
Alhamdulillah. Masa itu sudah berlalu, dan saya berjaya juga menghadapi masa-masa kesibukan melampau.
Hehehe.

Exam mulanya minggu depan. Persediaan, ala2 kadar lagi. Otak masih ada sedikit beku gara-gara snow minggu lepas. Di celah2 kesibukan persediaan untuk exams, saya masih sempat menghabiskan novel Dunia Ini Sederhana Kecil, tulisan Bahruddin Bekri. Oh, pagi tadi baru abis baca.
Hehe.Itupun selepas berminggu2 menunggu novel itu datang dari Malaysia, nasib baik ada org sudi tolong poskan. (Terima kasihhhhhhh).

"Dunia Ini Sederhana Kecil", agak panjang tajuk novel ni. Sebab tu la Syukri selalu salah sebut, "Bumi Ini Sederhana Kecil", "Dunia ini Sederhana Kecil Sahaja" dan macam2 la tajuk yang dia bagi. haha. Tajuk ni menarik, dah last page, baru tau kenapa saiznya sederhana kecil.Hehe.
Overall, saya suka novel ni. Banyak buat saya gelak, sebab lawak2 dalam novel ni spontan, tak terjangka. Dah lama saya x membaca buku begini, last time, siri novel laksamana Sunan, tulisan Ramlee Awang Murshid. Dan jugaaaaa..banyak falsafah2 menarik dalam novel ini. Salah satu sebab utama saya membaca novel ini. One of my favs, dari lelaki yang bertubuh gempal, hehe, kalau nak tau baca sendiri.

" Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa".



"Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita".



Kata lelaki muka berminyak (hahaha.boleh bayangkan betapa minyaknya muka mamat ni), "Pelangi, warnanya bukan hitam dan putih. Begitu juga dengan hidup".

Dipetik dari kulit belakang novel Dunia Ini Sederhana Kecil.


Jadi, jika anda di Malaysia, sila beli novel ini yang original, boleh cari di BookCafe.
Mana la tau, dapat tandatangan penulis sekali.Hehe.
Dan kepada yang di sini, jika berminat, boleh pinjam dari saya.

Sekian.
Selamat belajar dan jaga kesihatan yaaa.

Salam sayang,
Laily, Bubuk & Esahbeli.

Comments

Anonymous said…
baca buku teks la plak eh :D
Laily Abdullah said…
aaaaaaaaaaaaaaaaaa...
saya tak de satu buku teks pun.
hihihi
^^, said…
nak pinjam.jam..jam....jaamm.. (mcm mase ckp blik ko, ade echo)
oit, akhirnya jumpa

:-)

hahaha

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya