Hati kecil bukan alasan.

"Kaki,".
Diam.
10 minit tanpa sebarang sahutan.
"Oi Kaki!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!".
Saya perlu jerit.
Supaya yg terbeku boleh dicairkan.
"Aku ke yang beku tu?".
Haih. Kaki masih ada.
Di saat-saat ini Kaki masih boleh bergurau.
"Haih. Apa yang aku gurau kan?".
Yang tercair tadi, beku kembali.
Saya bukan dalam mood untuk bergurau.
"Aku hanya boleh katakan,
muhasabah diri kau. Tak perlu benda lain,".
Muhasabah.
Saya tertanya-tanya.
Adakah saya sendiri betul2 paham maksud muhasabah.
"Aku putus asa,".
Benar, saya sudah putus asa.
"Karut! Muhasabah dirimu,".
"Aku sudah putus asa untuk bermuhasabah,".
Saya sendiri tidak sangka, begitu mudah saya berputus asa.
"Kerna kau manusia. Punya hati kecil.
Mana mungkin hati kecil kau mampu memuatkan segala bebanan duniawi,".
Saya angguk kepala.
Saya setuju benar.
Tidak pernah saya berjiwa besar.
Hati itu cukup2 saja untuk saya.
"Dan kerana itu kau masih perlu muhasabah diri,".
Ha?
"Tapi, tadi kau kata hati aku kecil,".
"Ya. Muhasabah diri kau,".
Tak paham?
Saya ingat saya boleh guna alasan hati kecil untuk berputus asa.
"Muhasabah diri kau,".
Erm.erm.ermmm?
"Muhasabah diri kau,".

Comments

Anonymous said…
selamat bermuhasabah..
jangan cuba mengelat :D

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya