Bilik gelap dan camera filem.

Salam.

Hari ini hari ahad. Lagi 4 jam, sudah masuk hari Isnin. Nampaknya, hari ini sangat tidak produktif, tetapi saya masih mahu merekodkan dalam entri ini (bukan yang produktif saja ye).
Saya malas. Saya malas dan saya malas. Bukan di sini sahaja, malah saya turut memberitahu kawan saya, yang saya malas pada hari ini.
Bagi saya, memberi alasan 'saya malas' dan terus berkelakuan malas adalah sama seperti memasuki bilik gelap.
Whoaaaaaa.
Saya masuk ke dalam bilik gelap, dan terus mengunci diri dalam bilik gelap. Gembira sekali, kerana saya selesa dalam bilik gelap. Berada dalam bilik gelap, membolehkan saya lupa pada tanggungjawab, assignments, lab reports dan lain-lain lagi. Dalam bilik gelap, hanya ada saya dan gelap. Disebabkan gelap, ada alasan lain untuk tidak membuat kerja. Yela, macam mana nak buat kerja dalam bilik yang gelap. Sekurang2nya kena la ada lampu belajar kan. Dan dalam bilik gelap juga, tiada stationery untuk membolehkan saya menyiapkan kerja2 dan assignments tertangguh. Wah! Banyak kan alasan untuk tidak membuat kerja bila sudah masuk bilik gelap.
Disebabkan itu saya suka bilik gelap. Makin banyak alasan yang munasabah untuk tidak menyelesaikan tanggungjawab.

Jadi, jika anda malas, masuk sahaja bilik gelap. Mungkin selepas bosan berada dalam gelap, anda akan keluar dan tak ingin lagi masuk ke dalam bilik gelap, lantas menjadi orang yg super-rajin.

Amaran : Jika anda takut gelap, jangan masuk. Sangat berbahaya. Bilik gelap hanya sesuai untuk yang berani mengambil risiko.

Cukup cerita pasal bilik gelap saya.



Gambar di atas ini terhasil dari camera filem saya. Saya ada 4 gambar yang serupa begini (except wording tu). Sebab camera filem saya banyak kerenah yang boleh membuatkan saya sakit hati. Incident pertama, ketika di Elephant rocks, punyala beriya-iya mengambil gambar, at last, satu roll filem tu x exposed lansung. Jadi, tak dapat apa-apa. Gambar di atas, kerana saya berprasangka buruk pada camera filem saya, pada frame yg ke-24, camera saya masih tidak berbunyi (kalo bunyi tu maksudnya, satu roll dah abis la). Saya pun beranggapan yg kejadian filem tidak di exposed kan itu berlaku sekali lagi. Jadi saya tekan shutter banyak2 kali tanpa hala tuju. Bila sudah puas, saya check kat belakang camera, ternampak plak film details, ada no 36. Hehe. Pemilik camera filem ini sudah malu kerana roll ini ada 36 exposure, bukan 24. Bengong kan? Jadi, jangan salahkan camera, salahkan diri sendiri.

OK.Banyak sangat bebel. Saya mahu keluar dari bilik gelap sekarang.
Oh yaa.Bilik gelap saya ada laptop dengan broadband connection, cuma tidak boleh access website uni.


Wassalam

Comments

^^, said…
haaa....patut la..
MALAS itu memang ALASAN.
neway, bilik gelap ntah2 ade makhluk asing yg mutant yg suke aksi ngeri tu.baik ko kuar cepat.
tadi tu time lepak2 tadi tu sebenarnya dlm blik gelap lagi ke dah kuar???
Laily Abdullah said…
haha.
masa lepak2 tadi, aku dalam bilik gelap la tu.tp suke je..belajar bahasa arab.jumjumatun = ayam betina.

mutant tu dah mati.aku dah cucuk steroid.diorang mati sebab overdose steroid.
hahahaha
Anonymous said…
makhluk asing yg mutant dalam bilik gelap? erk.. nampak ke? :p

belila filem 36 banyak2.. buat stok.. nnt x der r tertukar.. 36 ke 24...
kalau igt 24 sekali 12 macam mana? lalalalala

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya