Takziah.

Salam.

Dia form 4 baru.
Dia suka senyum.
Seingat saya, jarang2 sekali untuk dia tidak senyum.
Dia senyum manis.
Dan orangnya pun manis.
Di balik senyuman nya itu,
dia menanggung kesakitan.
Sebelum tamat tingkatan 5,
dia keluar dari sekolah.
Katanya, lagi mudah untuk buat treatment.
Bila sudah keluar,
kita jarang bertemu.
Mungkin juga, tak pernah bertemu lansung.
Erm, tapi saya tau,
dan kita semua tahu,
dia ok sahaja.
Semalam,
kita tahu, dia sudah tiada lagi.
Tuhan lebih sayangkan dia.
Takziah kepada keluarga, dan rakan-rakan beliau.
Doa kan lah semoga Roh beliau dicucuri rahmat.

Al-fatihah.

Shafriza Azhar (1986-2008)
Nurul Farhani Othman (1986-2004)
Nur Najmi Salleh (1986-2000)

Semoga mereka aman di sana.

p/s : Kepada yang bertanya, berita ini saya dapat dari Myto. Kawan myto jiran kepada arwah Shaf, katanya, arwah meninggal pada Ahad pagi.

Wassalam

Comments

Anonymous said…
pembetulan:

nur najmi ahya kalau tak salah yang meninggal dunia tahun 2000.

thank u

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya