Saya rasa, kehidupan ini cantik.

Salam.

Tiada apa untuk dibuat di petang sabtu ini. Saya hanya merenung kosong skrin laptop saya.
Eh, bukan renung kosong, tapi saya ada berfikir tentang sesuatu.
Saya dengar satu lagu, satu baris liriknya berbunyi begini 'Jangan pernah dustai takdirmu'.
Saya pelik.
Boleh ke kita nak dusta-dusta atau bohong-bohong atau tak menerima takdir ke atas diri kita?
Saya fikir, meskipun kita tak boleh menerima apa yang terjadi, itu hanya berlaku dalam fikiran kita sahaja. Realitinya, kita sudah pun menerima takdir itu, sama ada mahu atau tidak, secara paksa atau tidak. Kita tak boleh kembali ke masa lepas dan tahan takdir itu dari berlaku kan?

Saya fikir, part inilah yang menjadi kehidupan itu cantik dan mengagumkan.
Sangat cantik, dan juga penuh dengan suspense. Kita tak perlu kagum dengan cerita2 yang penuh suspense atau cerita yang plot nya menarik, kerana jika dikaji semula, jalan cerita kehidupan kita sendiri sudah cukup menarik.

Contoh : Macam 10 tahun dahulu, saya tak pernah tahu atau terfikir yang saya mempunyai kawan lebih dari seratus orang. Saya juga tak pernah menyangka yang saya akan suka pada blueberry cheesecake. Saya tak tahu pun yang saya kan menaip entri ini. Saya tak penah terfikir yang saya akan mempunyai basikal. Dan selepas mempunyai basikal, saya tak menyangka yang basikal itu akan hilang.

Begitu la. Kita mungkin pernah memasang impian itu ini atau merancang untuk masa depan. Tapi, itu hanya perancangan. Perancangan yang bertujuan untuk membuatkan diri kita rasa stabil (saya rasa begitu) atau untuk mengelak kan diri kita dari rasa 'hopeless'. Sebetulnya, kita tak pernah pasti sama-ada impian atau perancangan kita itu akan terjadi kepada kita atau tidak.
Kita benar-benar tidak tahu. Jadi, perlu ke kita berimpian? Mungkin perlu untuk mencapai 'goal', tapi, 'mencapai goal' itu sendiri adalah impian.

Dan saya di sini, tak tahu apa yang akan terjadi lagi untuk hari ini. Mungkin akan ada suspense dalam kehidupan saya untuk hari ini, seperti Esah muncul di muka pintu. Mungkin tidak ada lagi suspense untuk saya pada hari ini. Terlalu banyak suspense, boleh melemahkan jantung anda.
Hehehe.
Jadi, selepas menulis entri ini, saya rasa bersemangat untuk menjalani baki kehidupan saya. Saya pun tak tahu berapa baki yang tinggal. Cuma saya harap/berimpian yang baki kehidupan ini membawa kebaikan pada saya dan orang-orang sekeliling saya.

Jalani lah kehidupan anda dengan semangat yang banyak dan ceria. Terima sahaja apa yang telah berlaku, sedih gembira blur itu adalah sebahagian dari kehidupan. Pandang ke depan, kerana di hadapan kita, banyak lagi perkara yang tidak selesai. (Sebelum tu, selesai kan yang berlakang2 tu.)

P/s : Ada point ke entri ni?



Comments

^^, said…
ade ade ade.ade point.
ko patut letak la link blog kat ym sbb ade nama aku..hehe

eh, klu aku muncul tetibe tu ko tekejut ke?kire mcm surprise la ni?ee...sweetnyeee..

gagagaga~

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya