Hari minggu yang produktif - 30/03/08
Salam.
Woaaaaah!
Hari ini Isnin, semalam Ahad. Jadi, semalam la hari minggu yang produktif bagi saya. Patut direkodkan dalam journal, kerana jarang-jarang hari minggu saya menjadi produktif.
Kenapa produktif?
Kerana saya menghasilkan produk la.
Produk apa? Bagi contoh, produk kecantikan ke, produk kuruskan badan ke?
Produk menambahkan berat badan.
Oh.Menarik produk itu.
Ye. Produk itu namanya Kuih Bakar dan Roti Jala.
Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini?
Saya memang teringin nak makan kuih bakar. Dan hari ini ada International Food Festival kat university, jadi, saya tolong Hazirah (gf presiden MUSA), buat roti jala untuk dijual masa festival tu (roti jala bukan produk saya, saya hanya tolong menjalakan roti jala atas kuali.hehe)

Resipi dan difficulty level pembuatan kuih bakar?
Oh.Ok2. saya bagi resipi dulu. Difficulty level = extremely eaaaaaaaasy!
Bahan-bahan
1 cup gula
1 cup air pandan (air + pandan essence)
2 cups tepung gandum
3 biji telur
450ml santan
2 tbs butter
garam secukup rasa
2tbs minyak masak
perwarna (warna apa-apa pun boleh)
bijan
Cara-cara.
1. Sapukan minyak masak pada loyang.
2. Campur bahan-bahan lain (kecuali bijan) , blend guna blender.
3. Panaskan loyang dalam oven pada suhu 180 degree.
4. Bila loyang sudah panas, masukkan mixture dalam loyang, dan tabur bijan.
5. Bakar sampai bahagian atas perang atau kecoklatan.
6. Bila sudah masak, sejukkan dulu. Jangan terus ngap!
Resipi dari MyResipi.
Ada nasihat atau komen lain?
Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
1. Kalau nak buat kuih, mesti la guna tepung.Nama dia pun kuih kan.
2. Jangan underestimate kuih-kuih yang difficulty level easy ni.
Oh. Apa maksud jangan underestimate kuih?
Maksudnya, sila salin resipi dengan betul, dan sentiasa berfikiran logik. Semalam saya membakar 'kuih bakar' tanpa letak tepung dalam mixture tu. Haih.
Mungkin jika diadukan pada nenek saya, dia akan berkata 'Well, I am not surprised'.
Sebabnya, saya pernah menggoreng 'cekodok pisang' tanpa meletakkan tepung pada mixture cekodok tu.
oh.
Ok.Kakak saya berpesan semalam, 'nama pun kuih, memang la kena letak tepung'.
Itu saja?
Erm. saya ada perkara lain untuk dicakapkan, tapi, lain kali la.
Lain?
Selamat membuat kuih bakar. Jangan lupa letak tepung dalam adunan.

Wassalam

roti jala yang dah siap.

hasil dari menambah tepung directly ke dalam adunan yang dah 20 minit terbakar dalam oven, blend balik guna blender.lembik sikit, tp pagi tadi dah ok je.
Wassalam
Comments
pastu kuih2 laily pun comel.
entry pun comel.
pendek kate la, laily ni mmg comel la.tp laily tak pendek. comel je..
gagagaga~
neway, sedap kuih ko.comel lagi.ko masak roti jala pun comel...
Syabas! teruskan membuat kueh, nampak professional (sehebat makcik jual kuih sebenar!).