Hari minggu yang produktif - 30/03/08
Salam. Woaaaaah! Hari ini Isnin, semalam Ahad. Jadi, semalam la hari minggu yang produktif bagi saya. Patut direkodkan dalam journal, kerana jarang-jarang hari minggu saya menjadi produktif. Kenapa produktif? Kerana saya menghasilkan produk la. Produk apa? Bagi contoh, produk kecantikan ke, produk kuruskan badan ke? Produk menambahkan berat badan. Oh.Menarik produk itu. Ye. Produk itu namanya Kuih Bakar dan Roti Jala. Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini? Saya memang teringin nak makan kuih bakar. Dan hari ini ada International Food Festival kat university, jadi, saya tolong Hazirah (gf presiden MUSA), buat roti jala untuk dijual masa festival tu (roti jala bukan produk saya, saya hanya tolong menjalakan roti jala atas kuali.hehe) roti jala yang dah siap. Resipi dan difficulty level pembuatan kuih bakar? Oh.Ok2. saya bagi resipi dulu. Difficulty level = extremely eaaaaaaaasy! Bahan-bahan 1 cup gula 1 cup air pandan (air + pandan essence) 2 cups tepung gandum 3 biji ...