Langit - mendung- awan- kelabu- tak-suka.

Ahad - 11.00 pagi.

Saya meninjau di balik langsir.
"Wahhh.Cerah - langit - biru - cantik -suka,".
Saya senyum lebar.
"Kalau ye pun suka,
tak payah la dramatik sangat. ok?".
Hehe. Saya tau..
Kaki jeles.
"Ok!Kau tau Kaki, semalam dan kelmarin hari mendung.
Mendung-mendung ni buat aku mendung gak,".
Kaki tertawa kecil.
"Sekarang mendung lagi?".
"Tak laaa..".
Kami diam. Saya tengok lagi langit biru.
Langit biru kembali memberi ketenangan pada saya.
"Kau tau Lely, tak selamanya langit itu mendung,
penuh dengan awan kelabu.

Walaupun, hampir setiap hari mendung,
pasti langit akan cerah kembali. Pasti!".
Saya tau itu.
Akan ada angin yang kuat untuk menolak awan kelabu ke tempat lain.
Sebab itu kita perlu sabar dengan angin yang sejuk. Kan kan kan?
Tapi kadang-kadang,
dalam menantikan langit cerah kembali,
kita boleh jadi orang yang berputus asa.
"Putus asa pada siapa Lely?!".
O.o.o.saya silap cakap kah?
"Pada siapa? Tade siapa.Hehe,".
Kaki mendengus.
Kaki marah ke?
"Jangan jadi tidak matang.
Putus asa boleh membawa maksud putus asa pada Tuhan.
Langit mendung, awan kelabu, awan hitam, anggap itu ujian dari Tuhan.
Sentiasa ingat, selepas kesusahan, pasti ada kesenangan,".
Betul. Jangan jadi tidak matang.
Putus asa itu tindakan yang tidak matang.
"Kaki, aku matang kan?".
Saya dengar Kaki tertawa kecil.
"in your dream la Lely,".
Cesss.

This entry is dedicated to my dear friend, one of the bestest friends.
Nanti kita boleh tengok langit biru cerah sama-sama mcm yang saya nampak kat luar tingkap ni ha. ok?

Comments

Anonymous said…
ala.. post la gambar langit tu skali.. :D

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya