Laily dan seorang kenalan.

Salam.

Kadang-kadang, saya tidak ngerti, kenapa kita tertawa. Lucu benar kah untuk ditertawakan?
Saya, lebih banyak ketawa dan kurang bercakap. Walaupun saya consider diri saya sebagai orang yang tidak banyak cakap, tapi saya sebenarnya banyak cakap.haha.mungkin saya hanya bercita2 untuk menjadi pendiam. (cita-cita besar untuk menjadi pendiam)
Tanya pada kawan-kawan saya,
tak akan ada yang akan mengatakan saya pendiam.
Namun begitu, saya menjadi diam pada masa-masa tertentu. Hari ini saya diam. Saya tidak tahu mengapa. Bila orang tanya kepada saya mengapa saya diam, saya mencari-cari jawapan yang sesuai. Lalu, saya katakan, 'sebab hari ini hari sabtu'. Dan mereka pun, 'ohhh, hari sabtu'.
Bila saya fikir kan kembali, saya tertawa sendirian. saya ketawa begini 'hihi'.
Sejak bila agaknya saya menjadi kan hari sabtu sebagai hari saya menjadi pendiam.
Pelik-pelik aja.
Ada seorang kenalan rapat saya berkata, 'manusia memang pelik, manusia memang 'macam-macam', kalau satu macam sahaja bukan manusia.
Kata dia lagi, haiwan sahaja yang selalu nya 'satu macam'. Saya sangkal kata dia.
Saya katakan pada dia, haiwan pun mempunyai pelbagai tabiat. Saya siap menerangkan konsep-konsep animal behaviour yang ada tersimpan dalam kotak memori saya. Setelah penat saya bercakap, dan dia lansung tidak mencelah, rupanya2 dia hanya ingin mengatakan bahawa rutin haiwan itu selalu nya sama. Predictable katanya. Manakala manusia, unpredictable. Katanya lagi, manusia lain susah untuk mengetahui isi hati manusia lain. Saya kata 'ya.betul juga. Kan ada orang cakap begini 'hah.dia tu unpredictable la'.'. Kami tertawa. Sebab apa? Sebab saya memberi pendapat dari perspektif sains, kata dia, dia memberi pendapat dari pemerhatian tentang manusia sehari-hari. Berbeda.

Sempat juga saya menerangkan theory evolusi Charles Darwin kepada dia. Kata dia, Charles Darwin mendapat idea untuk mengeluarkan theory evolusi setelah membaca buku Ibnu Sinar atau Ibnu Khaldum. Dia pun sudah lupa. Saya katakan 'Ohh.Charles Darwin tak bagi credit pun pada buku yang dibaca. Yang diwarwarkan hanyalah, Charles Darwin naik kapal ikut orang belayar'. Charles Darwin, orang barat yang saya tak berapa nak suka. Kata dia, saintis barat menolak kewujudan Tuhan. Mereka hanya mahu yang rational, logik dan yang boleh diterima akal. Saya setuju. Saya kata lagi, orang-orang barat nilai moralnya rendah sebab tak ada pegangan agama.Dia jawab, betul dan orang barat menganggap agama itu sebagai budaya. Agama itu macam ancient, boleh digunapakai kalau mahu kelihatan seperti orang-orang kuno, dan boleh juga diubah2 kalau mahu nampak modern sedikit. Saya setuju lagi dengan kata-kata dia. Ini pun bukan boleh diadaptasikan kepada orang-orang barat sahaja, orang-orang Tanah Melayu pun ada juga yang begitu.

Tanah Melayu? Malaysia la. Malaysia yang terchenta, yang banyak orang2 berbangsa Melayu. Orang-orang melayu pun kalau tidak berpegang pada agama, hanyut.Jadi sama macam orang barat la. Itu yang masuk club joget2, minum2 air tak halal. Padahal, orang Melayu tak boleh buat begitu. Orang melayu Tanah Melayu kan beragama Islam. Islam tak bagi penganut nya minum air tak halal atau berbuat perkara yang tidak halal.
Hoho. Kemudian, kami (saya dan kenalan) sambung perbualan pada bab politik. Politik. Saya dan dia tak familiar dengan politik Malaysia. Saya komen pemimpin Melayu, pemimpin Melayu sendiri yang kutuk bangsa sendiri. Lepas kutuk, x buat apa2 pun. Ade ke pernah, pemimpin Melayu mengajak orang-orang Melayu ni balik kepada agama Islam. Tak pernah seingat saya. Mereka adakalanya sampai menangis, kerana sedih dah tak tau nk buat macam nak majukan kaum Melayu. Kenalan saya keluarkan pendapat dia, kata dia, pemimpin2 Melayu pernah ajak orang2 Melayu ni balik pada agama. Cuma, teks2 begitu hanya kedengaran dalam majlis2 agama yang mereka hadiri. Kata dia lagi, untuk memperelokkan satu2 kaum itu, kena baiki dari akar. Baiki moral, baiki akhlak. Bagi saya, betul juga kata dia. Tapi sayang, Malaysia negara sekular (bukan negara Islam ke?). Kalau nak ditutup club2 malam, atau club dangdut (contohnya la), takut ada pula yang merusuh. Yelakan..bukan orang-orang Melayu saja yang pergi club malam. Hehehe.

Tak sangka banyak yang saya bualkan dengan kenalan saya itu. Daripada manusia, animal behaviour, Charles Darwin, evolution ( sampai bagi contoh monyet ada gene pandai bawa motor. yang ini kami tertawa juga), pemimpin Melayu, dan Malaysia yang sekular.
Ala..Kami terlepas pandang topic angkasawan pertama Malaysia. Tapi petang tadi, berkesempatan juga berbual dengan kawan2 lain pasal angkasawan Malaysia. Oh ye. Angkasawan pertama itu kalau tak silap asal dari Negeri Sembilan, jadi mungkin ramai lagi orang-orang Negeri Sembilan yang handsome macam angkasawan. Haha.mengarut.

Saya sedar sekarang, saya memang orang yang banyak cakap. Ada masa saya perlu diam, saya diam. ok. Ini tulisan hasil dari 'setengah hari yang saya diam', saya tidak ada mood untuk bercakap-cakap dengan manusia, lalu saya luahkan cakap-cakap dari hati dan kepala saya di sini.

Wah. panjang nya yang saya taip untuk kali ini. maafin saya jika ada salah dan silap.

oh yee.Kepada cik Aini adakah anda akan cair dengan kenalan saya di atas?

wassalam



Comments

ainishamsi said…
=)) <-- gelak guling2.
laily, sini sudah jam 1.34 pagi. anda telah membuatkan saye ketawa tak dengan kuat sekali pada jam begini. adeh adeh adeh.

ye cik laily, sampaikan salam saye kepada kenalan awak tuh. berminat untuk dibawa berborak. :)

mari meluaskan jalur lebar persahabatan! hihihi

sengal!! selamba tanye aku akan cair? ciskek!
ainishamsi said…
pembetulan: ketawa tak henti henti dengan kuat sekali
Laily Abdullah said…
hehe.harap2 katilmu x roboh lepas gelak guling2.

hehe.aku gurau.
nanti aku lebarkan jalur-jalur sahabat. :D
PeNdEkA said…
angkasawan negara ensem..bapak die pon ensem wa ckp lu..haha..al fatihah buat adik angkasawan~

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya