Jatuh tersungkur.
Saya berlari-larian.
Wah.Seronok.
"Kaki, seronok kan berlari?".
Kaki diam.
"Dulu kau kata, bila aku berlari,
orang-orang yang mentertawakan aku kalah. Dan aku menang,".
Kaki tak menyahut.
Kaki diam sahaja.
Saya berlari lagi.
Seketika kemudian, saya tersadung batu yang besar.
Saya jatuh.
Siku saya berdarah.
Pedih yang saya rasa.
Keseronokan berlari terus hilang.
"Sekarang, masih rasa seronok berlari?"
Ha? Sinis betul Kaki ni.
"Siku berdarah, rasa pedih, tak ada rasa seronok lagi,".
Itu jawab saya.
Saya imbas kembali.
Saya berlari terlalu banyak.
Saya terlalu mengejar keseronokan berlari.
Seronok kerana saya fikir saya menang, dan yang lain-lain kalah.
Eh.riak betul.
"Kita silap Lely. Kita sama-sama silap.
Kita riak,".
Saya fikir begitu juga.
Saya terlalu inginkan rasa kemenangan itu,
sehingga saya lupa yang saya boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja.
Saya leka.
Saya lupa.
Saya jatuh lagi kali ini.
Luka itu biarkan berparut.
Parut, biar menjadi peringatan buat masa depan.
Jatuh kali ini membuatkan saya terdiam.
Jatuh yang bikin saya sedar,
tidak selama-lamanya kita akan menang.
Jatuh yang sedarkan saya,
bahawa jangan terlalu mudah untuk riak.
Ampunkan dosa-dosaku Tuhan.
"Lely, nak bangun tak?".
"Mesti bangun.
Bangun kali ini untuk diri sendiri,".
Saya bangun.
Saya berjalan sahaja.
Siku saya pedih.
Pedih yang terasa sampai ke hati.
"Masih belum terlambat untuk memulakan yang baru.
Jika diberikan kesempatan untuk berlari,
perlu lebih berhati-hati,".
Saya angguk.
Tak mampu untuk bersuara.
Saya menangis.
-hati pecah-
selingan : Buat seorang kakak, semoga anda tabah dan kuat sentiasa menghadapi segalan dugaan. "Ujian tanda Allah sayang". Kita sama-sama doakan supaya kesihatan ayahanda kakak saya (kakak kat sini), baik-baik sahaja. Sama-sama doakan ye. Terima kasih.
wassalam

Comments
kot iyer pn nk berlari, sapulah ubat dulu kt luka tu..
ish2..
kenapa nih?
Ehem.
Laily, kenapa nih?
bila boleh bangun, mahu lari-larian.
kemudian jatuh balik.
jatuh yang kiranya boleh memusnahkan diri sendiri.
tapi, padan muka sendiri la kan.
itu saja.
aalim : mungkin saya patut pakai protection pads kat siku dgn lutut, silap2 pakai helmet sekali.baru selamat sket kalo nk lari-lari pun. persediaan itu kurang.haih