I'm not that cool la.

Kau ni nampak cam cool. Kewl~~ (sambil bersiul.haha)
Jawapan : I am not that cool la.

Sebab?
Jawapan : Sebab, aku ni kawan kau. Aku terdiam dengan apa yang kau buat selama ni. Aku sedih la. Kawan aku sendiri buat kesilapan. Kalau kesilapan besar hati nyamuk, tak pa. Mata aku rabun. Guna mikroskop, baru boleh nampak. Ni kesilapan macam besarnya bangkai gajah. Macam mana ni?
Stop kan la kesilapan tu. Aku sedih. Serius. Aku sedih melihat kau melakukan kesilapan berulang-ulang kali. Kau mungkin tidak ada rasa malu pada aku. Tapi, pada Tuhan?? Bagaimana?

Ala.Kau tak berada di tempat aku. Kau mana tahu. Atau, kau belum berkesempatan untuk merasa lagi. Semua orang buat gitu. Cool la sket.
Jawapan : Kau ni tak ada akal ke? Jangan sampai tahap kau rasa perbuatan mungkar itu tak membuahkan dosa. Na'uzubillah. Sama-sama manusia. Kita kawan. Kau buat aku rasa serba salah. Aku mahu menegur, tapi takut ada yang tertarik muka masam. Atau mungkin, cara aku menegur, tidak begitu berhikmah lagi. Jadi, perlu tunggu aku asah skill menegur baru boleh tegur ke? ha ha ha.


Ala.Kau ni loghat sangat.Silap-silap haribulan, kau pun jadi macam aku nanti.
Jawapan : Kalau aku begitu, kau nasihati aku pula. Kita memang kena saling nasihat menasihati, ingat mengingat sesama sendiri.


Erm.Dah dah.Senyap.Aku rasa kau annoying.
Jawapan : Sobs.sobs.sedihnya aku. Aku ni kawan, mungkin juga sahabat kepada kau. Aku tak rasa salah kerana memberi peringatan. Ini akhir zaman, peringatan datang dalam bermacam2 bentuk.Itu pun kalau kita bertuah mendapat peringatan. Cuba kau fikir, zaman-zaman Nabi sebelum Nabi Muhammad saw, peringatan datang secara direct dari Allah swt. Sekali Allah swt beri peringatan, tak boleh lari lansung. Terseksa la kaum-kaum dahulu sebab ingkar dengan perintah Allah swt. Sekarang kau boleh lari kot.


Erm....
Jawapan : Aku sayang sama kau. Sebab sayang, aku mahu menegur. Aku tegur sebab sayang! Mana mungkin aku biarkan kawan sendiri melakukan kesilapan di depan mata sendiri.Aku sayang sama kau. Aku takut kalau-kalau, kau terlepas jauh dari batas yang perlu kita jauhi. Dan aku tak mahu, dosa kau jadi kian menggunung. Sbb kita manusia biasa, tak maksum, kita tak lepas dari dosa-dosa sepanjang hari. Jadi, kalau boleh elakkan dosa yang terang-terangan tu, kita elakkan sama-sama. Aku pohon. Aku rayu. Kita sama-sama mohon keampunan dari Tuhan. Kita belum terlambat lagi.

Kau ni kan, perasan bagusla. Kau ni dah rasa cukup baik ke?
Jawapan : Dari tadi aku cakap, kita ni sama-sama manusia biasa. Tak cukup sempurna lagi. Semua orang kat dunia ni pun manusia biasa je. Takkan ada manusia yang sempurna. Nak tunggu manusia sempurna je bagi nasihat, memang tak terbagi la kan. Sementara aku masih boleh bezakan buruk dan baik, baik aku nasihatkan kau kan.Tak mahu tunggu-tunggu.


Eh kau ni. Kau nak kata aku ni tak pandai bezakan baik dengan buruk ke?
Jawapan : Itulah kebenarannya. Kalau kau boleh bezakan perbuatan baik dan buruk, kau tak buat perkara mungkar. Betul kan? Atau dalam bahasa elok, kau ni dibutakan oleh keasyikan dunia. har har har.

Aku pilih untuk jadi buta.
Jawapan : Sudah-sudah. Kita jangan cakap banyak lagi. Kau tahu apa yang kau buat tu salah. Ke, tak sedar-sedar lagi? Kawan, mari la tinggalkan perkara mungkar, kita buat amal pula ye. Aku tak pandai bercakap, mungkin apa yang aku cakap, boleh bikin kamu kamu kamu dan kamu sakit hati. Maaf. Aku buat ini kerana aku sayang sama kamu semua. Aku juga mahu disayangi, jadi tegurla segala perbuatan aku yang nampak canggung di mata kalian. Kawan, tinggalkan yang salah itu. Aku yakin. Aku yakin benarrrrrrrrrrr kamu tak akan rugi. Serius ni. Kamu tak akan rugi. Jangan takut. Takut lah pada Allah swt.
Dah.Aku tak nak cakap lagi dah.

Kau ni tak cool la Laily.
Jawapan : Aku memang tak pernah berangan nak jadi cool mahupun kewl. Aku allergik.

p/s : selamat berbuka dengan hati yang gembira. Makan berpada-pada.

Wassalam

Comments

Anonymous said…
owh.. selamat berbuka..
ainishamsi said…
laily, anda cool! :)
Laily Abdullah said…
har har har.
ada juga yang nak cakap aku cool eh.
cry4freedom. said…
Laily cool sebab tulis entri gini. Peringatan pedas. Tusuk hati sembilu bisa siapa makan cili dia rasa pedas.

Kena beduk dalam kubur nnt tgk la cool ke tidak. Dedi kul.

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya