Syukur itu...

Syukur.

Bersyukur pada Allah swt bukan hanya ketika dapat A+ dlm subjek kegemaran, bukan hanya ketika mendapat duit scholarship tiap2 bulan di kala tengah pokai. Bukan juga hanya ketika mendapat makanan free.
Bersyukur lah dengan apa yang kita ada dan disekeliling kita.
Bersyukur kerana ada tempat untuk kita tidur malam ni, tidur atas tilam pula tu.
Bersyukur kerana ada selimut untuk menahan sejuk.
Syukur juga kalau-kalau ada heater untuk memanas kan badan sedikit, walaupun heater tu heater radiant aja.
Syukur juga kerana tadi dapat mandi. Kalau tak mandi, busuk.
Syukur lagi kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu.
Bersyukur la juga kerana diberi nikmat berjalan.
Bersyukur juga kerana diberi nikmat penglihatan, walaupun ada yang rabun (masih boleh pakai cermin mata).
Bersyukur juga ada baju untuk menutupi badan.
Bersyukur juga ada kasut untuk melindungi kasut.
Bersyukur juga lah kita kerana ada meja study dalam bilik.
Bersyukur juga kerana rumah kita ada tingkap (kalau kurang tingkap, kurang mendapat cahaya matahari, bleh kena ricket plak kan).
Cahaya matahari pun perlu disyukuri.
Apatah lagi oksigen untuk bernafas.
Begitu juga dengan angin, yang kadang kala menyejukkan, kadang kala menyamankan.


Terlalu banyak untuk disenaraikan nikmat2 yang Allah swt beri untuk memudahkan hidup manusia-manusia. Saya tanyakan pada diri saya sendiri, untuk semua-semua nikmat yang perlu saya syukuri ini, sudah cukupkan saya memanjatkan rasa kesyukuran pada Allah swt?
Terus terang saya katakan, tidak cukup lagi.
Rasa syukur itu perlu sentiasa ada. Tidak boleh tidak syukur walaupun untuk sejenak.

Saya gagal ujian plant physiology ketika rakan-rakan lain berjaya dengan warna-warna yang berterbangan. Saya fikir-fikir kan kembali, memang salah saya. Saya tak mengguna kan masa dengan baik, lantas tidak sempat study subjek itu lansung.Lansung-lansung tidak study.
Saya sudah sedia untuk gagal dari awal2 lagi. Heh. Saya pujuk diri dengan mengatakan 20% itu tak banyak mana. Final exam jauh lebih penting, 45% boleh menaikkan dan menurunkan grade sekaligus.
Saya fikir lebih jauh lagi, saya rasa hidup di dunia ini seperti ujian mid-sem, dan hidup di akhirat yang kekal abadi itu sama seperti melepasi final exam untuk berjaya.
Mana lagi penting? Mid-test atau final exam? Selalunya, final exam lebih berat percentage nya kan dan lagi payah untuk pass dgn excellent.
Kalau nak diikutkan, apalah sangat percentage dunia jika mahu dibandingkan dengan percentage untuk akhirat. Usaha patut lebih diutamakan ke final exam akhirat daripada mid-test dunia. Mungkin percentage dunia x sampai 10% pn daripada overall percentage kita nanti.Ada orang kata perlu seimbang dunia dan akhirat, itu betul. Adakah 50% dunia - 50% akhirat sudah membuatkan kita seimbang? Boleh jadi juga 10% dunia- 90% akhirat itu seimbang untuk manusia seperti kita. Saya tidak tahu. dan siapa saya untuk kata itu, itu, yang ini, ini seimbang. Untuk perkara lain, seimbang itu perlu jadi prinsip hidup manusia, jangan lebih2 an nanti menjadi toxic kepada diri sendiri (makan, tidur).hehe.
Dan ini dunia. Nafsu itu sentiasa berlegar-legar mahu memenuhi kehendak manusia sehingga manusia pun boleh sesak nafas sendiri. Manusia lain jangan malas bagi peringatan pada manusia lain. Kita ini manusia, senang hanyut kalau tidak kuat.

p/s : saya mahu cakap yang kita ini mudah lupa akan nikmat-nikmat yang Tuhan beri. Dan saya juga takut kalau kita terlupa bahawa kita akan dihitung setiap perbuatan di Akhirat nanti. Saya juga takut kalau saya ada tersalah cakap dalam perenggan2 di atas. Maafkan saya. Ayat saya terabur, saya tidak susun ayat saya. Erm, lagi. Ada yang lagi penting dari kehidupan dunia, iaitu kehidupan di Akhirat. Kadang-kadang kita memandang ini dunia seakan2 kita akan hidup selama-lamanya dalam dunia ini. Haih. Asyik nya dunia ini. Macam ferris wheel.



Comments

ainishamsi said…
laily,
tenkiu! anda seorg reminder yg berjaya!

ya yaaa
saye mahu bersyukur juga!
ada banyak lagi yg boleh saye syukuri. kan??!!
Anonymous said…
syukran jazilan...
cry4freedom. said…
Salams.

Syukurlah, prihatin kita kat apa yang berlaku kat sekeliling tu satu nikmat juga. Prihatin kita bila kita gagal mencapai sesuatu misi (failed test) tu pun satu nikmat, supaya lepas ni takde la lalai lagi. Dunia ni melalaikan semua orang tau, tapi ramai yang tak amik peduli.

Selalu gaduh dengan mak bila debat psl kehidupan dunia dan akhirat. Kita hidup kat dunia semata bekalan utk kita kekal kat akhirat. Kalau elok pucuk pangkal insyaAllah bahagia la nanti. Tapi tak pulak kita disuruh utk tinggalkan kehidupan dunia langsung untuk akhirat. Rasulullah tak suruh pun gitu. Kena juga belajar, bekerja dll.

Ferris Wheel tu asyik ke? Ada je kat Titiwangsa tp x pernah bother nak naik. Mahal sangat katanya. Heh heh heh.

Eh dah mcm entri. Ini tapak kaki pertama. Salams.

Azwan.
Laily Abdullah said…
aini : lawak la bile ko 'ya yaaa'.
jgn x bersyukur. syukur la dgn keadaan ko skrg.hehehe

aalim : syukran tu sy tau maksud die. jazilan apa plak?

azwan : wah <--- (taipan pertama untuk azwan.hehe) saya setuju aja dengan kamu.
tp jgn la gaduh dgn mak kan, debat je laa..
ferris wheel sangat mengasyikkan. tgk pun cukup la.kalo naik, pening kepala plak.
terima kasih kerana komen panjang2.hehe

Popular posts from this blog

Kasihmu seharum kasturi serta Kisah dongeng Pari-pari Aufa dan Sang Laily!