I'm Miss Abdullah, and he is Mr J !!

Yaaaaa.. Ini dia Mr J. Sejak akhir2 ni saya panggil dia Mr J. J stands for jambang. Hehe.
Tak sangka di kala umur 21 ini, saya berkawan dengan orang yg mempunyai jambang.
Mr J ini kawan saya. Namanya bukan Johari atau Johan ataupun Jinggo.
Nama sebenar Mr J ialah Aliff Umar bin Hamdan. Nama kemain sedap lagi. Panggil la dia Aliff.
Erm, apa lagi ye..
Mr J suka melukis. Mr J suka juga membuat sticker. Saya ada stickers yang Mr J buat. Mr J bagi kat airport 2 tahun yang sudah. Rasanya nama stickers Mr J 'ebliss'.
Mr J juga suka menampal2 stickers yg sudah siap kat tiang2 elektrik. Bukan setakat tiang letrik, ade lagi.tp sy tatau kotak2 kat pencawang elektrik tu namanya apa. Rasanya kat Kota Melaka tu dah abih dah sume tiang letrik yang kena tampal dgn sticker Mr J.
haaaa.Mr J menetap kat Pernu. Dah dekat dah dengan tempat yang famous dengan ikan bakar tu. Jadi, kalau terasa nak pegi makan ikan bakar, boleh la contact Mr J, dia boleh belanja. (Saya ada no talipon Mr J kalo sapa2 nak...hehe). Dan dia ni, boleh je jadi tourist guide kepada sape2 yang nak melancong kat Melaka.hehe.
Lagi ape ye Mr J?
Mr J ade sebuah kereta yang gagah perkasa. Mungkin nama kereta itu 'Gagak Hitam', 'Batman', saya pun dah lupa la..(sory Mr J kalau aku silap.hehe.)

Begini lah. Macam2 orang yang saya berkawan dengan, dan Mr J pn one of the kinds. Dan saya yakin, setiap orang yg hadir dalam hidup kita ni ada signifikannya. Macam ada hikmah nya la setiap pertemuan itu atau persahabatan itu.Contohnya, saya sangat tak pandai melukis, tetapi saya berkawan dengan orang yang pandai melukis seperti Mr J dan Hazirah, sekurang2 nya mereka ini boleh menjadi pendorong saya untuk melukis cel-cel tumbuhan dengan lebih baik lagi. Lagi, saya mempunyai kawan2 yang sangat organize dan skema, mereka la yang mengingatkan saya supaya tidak cuai dan meletakkan barang2 penting dan berharga di tempat yang sesuai. Saya juga berkawan dengan mereka2 yang sangat prihatin, jadi, saya boleh mengada2 berpura2 menjadi seperti adik kepada mereka. Hihihihi.
Erm.Banyak lagi la yang tak tersenarai di sini. Dan saya harap, kehadiran saya dalam hidup sesiapa membawa kebaikan.Hehe.Kalau tak membawa kebaikan, harapnya, tak menyusahkan la.Kalau biasa2 pun tak pe.
Kalau la, saya menyusahkan hidup anda, jauhi saya.Kalau saya datang juga, marahi saya.Sobss..sobss..

Erm, sampai di sini sahaja.Sila jaga kesihatan anda baik2.Sekarang musim demam, kalau dah terasa nak demam, cepat2 makan panadol.Panadol tu makan 2 biji, sebiji x jalan.
Kepada yang masih sakit, 'get well soon'.

Kepada Mr J, jangan buat muka masam kat matahari.Shave la jambang ko tu kalo boleh, supaya matahari boleh senyum kat ko.hehehe.

Mr J, sticker, dan tiang letrik.hahaha.

Wassalam.
Sehingga berjumpa lagi.

Comments

ainishamsi said…
apekah sticker? mari ke melaka dan mencari sticker mr.j.wehuuu
^^, said…
aku nak satu gambar mcm mr j pliss...bukan gambar mr j, gambar aku yg diedit mcm mr j.ok?

alhamdulillah, ko dah tak demam kan.alhamdulillah gak aku tak demam, klu tak kene mkn 2 panadol, uuhh...satu pun aku pk 800 kali nk mkn.

okeh makcik, see u when i see u.
Anonymous said…
waahh terharunye aku menjadi pendorong ko utk lukis cells dgn mantapnye..haha..oklaa ko pun jadi pendorong aku utk masak dgn mantapnye..hoho

okeh makcik, see u when u see me.
see me when u see me.
when i see u, u see me.
i see me when u see u.
sengaL.
Anonymous said…
haz mmg sengal.... kahkahkah...
Anonymous said…
kenapa mr. j ade entry special? doink.

milo

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya