Pasti tumbuh kembali.

seperti biasa.gambar ihsan dari flickr


Saya mahu tanam bunga.
Bunga ros.
Boleh?
"Mestilah boleh. Kau suka ros.Aku tau.
Kedengaran gelak gedik si Kaki.
Bingung.
Di luar rumah saya,
ada 3 pasu bunga ros yang masih anak.
3 warna.
Kuning, merah dan putih.
Saya paling suka ros yang warnanya putih.
Suatu ketika dulu, saya sukakan ros kuning.
Ahhh~
Pilihan berubah2 mengikut peredaran masa.
PLANGGGGG!
Bunyi itu datang nya dari luar rumah.
Oh.Si Tukang cat jatuh tangga.
Kasihan.
Dia sudah bangun.
Tetapi, ada yang lagi kasihan.
Anak bunga ros putih telah rosak.
Tunas nya mungkin patah
Pasu itu sudah lari dari paksi terdahulu.
Tanah dari pasu tertumpah ke lantai.
Saya sedikit kecewa.
"Lely! Bunga ros putih kesukaan kau dah tergolek kejam!".
Tergolek kejam?
Siapa kejam? Siapa yang kejam di sini?
Seseorang perlu kejam.
"Tukang cat!!!!!!! Kamu kejam!".
Saya nampak si tukang cat terkejut.
Muka nya berkerut.
Tukang cat letak pasu bunga ros putih ke tempat asal.
"Kamu kata saya kejam kerana bunga ros putih kesukaan kamu rosak sedikit?".
Dia tersenyum.
"Ya!". "Ya!".
Mantap jawapan saya dan Kaki.
Dia senyum lagi.
" Saya boleh ganti dengan sepasu bunga ros putih yang baru. Tapi, tunas yang patah itu, boleh tumbuh kembali. Dan saya tahu kamu lebih suka menanti ia tumbuh kembali dari menggantikannya terus. Betul?".
Dia senyum lagi.
Dan senyum lagi.
"Betul,".
Kaki menjawab perlahan.
Lambat.
Tukang cat senyum lagi.
" Jangan risau. Kalau pun pasu itu hilang, masih boleh digantikan. Yang patah itu pasti akan tumbuh kembali. Saya yakin. Saya juga suka menantikan yang telah patah itu untuk tumbuh kembali,".
Tukang cat senyum dan pergi.
Dia pergi.
Tugasnya sudah selesai.
"Adakah tukang cat akan kembali? Ruangan dalam belum bercat lagi,".
"Tidak tahu,".
Tugas yang itu mungkin sangat sukar baginya.
Saya tahu benar.
Dan saya telah menipu Kaki.
Saya tahu.
Saya tahu.

Comments

Anonymous said…
laily dan kaki?..
jgn risau la, tukang cat dtg balek nanti cat bilik..nak kale ape?pink cam bilik kitorang?
Laily Abdullah said…
erm....
kalau tukang cat sudi datang balik.
nampak gaya nya, putih je la bilik itu.pink ni terang sgt.x sesuai utk tido yang lena.
hahaha.

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya