'Biasa-biasa' aja.

Rumah baru saya,
baru dicat suku dari saiz sebenar.
Itu pun di luar rumah sahaja.
Dalam nya memang belum disentuh cat.
Apatah lagi dengan hiasan-hiasan.
Tidak mengapa.
Saya kurang gemar dengan hiasan yang berlebih-lebihan.
Saya suka kan yang 'biasa-biasa' sahaja.
"Ala...kau memang macam tu.
Sikit-sikit, 'biasa-biasa' je.
Kalau boleh, semuanya kau describe 'biasa-biasa' je,".
Itu dia Kaki.
Banyak yang bercanggah dengan saya.
Ada yang tak puas hati lagi la tu.
"Awat?
jangan jadi macam penembak curi".
Saya dengar Kaki tarik nafas yang panjang.
Seketika, dia diam lagi.
Saya tunggu.Sabar.
"Kau patut hidup dengan lebih meriah lagi.
Jangan terbiasa dengan 'biasa-biasa'.
Jadi la yang sedikit luar biasa. Boleh?".
Kaki kedengaran seperti mengeluh.
Saya rasa lucu.
Kaki ini berlagak seperti mak saudara pula.
ha ha ha.
"Dan aku begini orang nya,
senang berasa gembira
jika aku berjaya menguntumkan senyuman di bibir manusia lain.
Meriah nya hidup,
bergantung pada kemeriahan hidup manusia di sekeliling aku.
'Biasa-biasa' atau luar biasa, terpulang pada mata yang memandang,
dan hati yang cuba memahami.Kan kan kan?".
Lega.
Saya memang dan sangat suka pada senyuman.
"Ehem.Ehem. Ke mana si tukang cat ni?".
Hahaha.
Kaki sudah berputus asa.
Mungkin niatnya bukan mahu berbalah.
Maaf Kaki. Aku buruk sangka tadi.
Si tukang cat?
"Erm.Tak tahu.
Mungkin dia mahu berhenti mengecat rumah kita,".

Mungkin la..

Comments

^^, said…
oo...si kaki dan kamu rindu pada tukang cat ya??

hehe...aku dah leh kasi komen..yeay!
Laily Abdullah said…
aaaaaa...
KAKI yang rindu.bukan aku.
Anas said…
suke part penembak curi tu..hahaha
Laily Abdullah said…
hahaha.
penembak curi.

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya