'cause I'm thinking of a brand new hope.

Saya mahu jalan terus.
Ye, saya mahu terus ke depan.
Sudah banyak kali saya menoleh-noleh ke belakang.
Saya jatuh banyak kali sebab menoleh belakang.
Tapi kali ini, langkah saya terhenti.
Kaki saya degil.
Kaki saya diam dan kaku.
Saya paksa juga kaki berjalan.
Apa-apa pun, "I'm the boss".
Kaki ini tetap degil.
Jadi, saya mengesot sedikit demi sedikit.
Seluar saya koyak.
Berdarah pula kaki saya.
Saya cuba untuk sabar, tapi saya bukanla penyabar sangat.
"Eh kaki! Kan kau boleh berjalan, kenapa sampai aku kena heret kau?
Tengok apa kau buat. Kau berdarah.Kan sakit tu.Dah2, jalan elok2,"
Jawab kaki, "Biarkan luka berdarah.Biar berparut".
Kaki ni bengong la.
Dah la degil, tak nak dengar cakap, keras hati, kepala batu.
Saya bengang dengan kaki sendiri.
Kenapa kaki tak nak dengar cakap?
"Kaki! I'm the bosss la,"
Kaki bersuara, "Kau sendiri mampu utk gerakkan aku.Jangan meletakkan kesalahan pada aku,"
Alamak! Kaki sudah serius.
Saya diam.Jangan dilayan sangat kata-kata kaki.
Kaki berkata lagi,
"Tidak mengapa, sekarang kau mengesot.Esok, lusa mungkin kau sudah boleh berlari terus. Yang penting kita sampai ke destinasi yang seterusnya. Kalau kau masih tidak boleh berjalan lagi, mengesot la sedikit demi sedikit asalkan kita sampai.Jangan risau luka, sbb luka pasti sembuh. Kita perlu sampai, sebab di belakang itu bukan tempat kita lagi,"
Saya terharu.
Tapi kaki, "Aku nak naik basikal la.Boleh?"

Comments

ainishamsi said…
comelnye!!! naik la kete terus! tak pun bas! wahahahaha!!
beb, aku pon nak jalan jugak..
bersame-same!
Laily Abdullah said…
comel? hahaha.
erm.naik kete? Aku x reti drive.
Kalo ade orang tolong drive kan,boleh la.
Naik bas? Erm.bas tu pegi ke tmpt yg aku nk gi? haha.
Terima kasih kerana ingin jalan bersama2.Sweeeet la ko ni.
x hensem lansung.
amir said…
best.... apsal aku tak penah tau ko ade blog!!!! layan2 blog terbaik...hahaha

Popular posts from this blog

Eh hello! I'm back kekekekeke

Hikmahnya