Posts

Showing posts from June, 2007

Ini kisah saya.

Kaki, "Lely, kau ok?" . Mahu tergelak saya mendengar pertanyaan Kaki. Kaki, Kaki.Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu, bertanya pula. "Aku akan ok. Dalam proses untuk jadi ok.Ok?" Kaki diam. Erm.Ada yang tak puas hati la tu si Kaki ni. "Kaki, aku ni jatuh bukan sekali. Aku ni disakiti bukan sekali.Berkali-kali,". Sungguh. Hati saya sakit. Sakit yang bukan sekadar ilusi untuk menggambarkan kesedihan. Sakit ini sakit dalam keadaan sedar. Semua yang berlaku membuatkan saya rasa sakit, pedih, dan semua rasa yang tak indah. "Lely, jangan biarkan orang sakiti kau lagi. Aku rasa jugak rasa sakit kau itu. Kau, kembalilah seperti dulu. Aku rindu kau yang dulu.Kau sekarang aku tengok makin teruk.Yang terjadi, biar saja terjadi.Biarkan,". Kasihan Kaki jika dia terpaksa merasa kesakitan yang saya tanggung. Saya rindu diri saya yang dulu. Di mana perginya Laily yang dulu? Mengapa sampai begini jadinya diri saya? Setahu saya, Laily yang dulu...

Diam.

Membelok ke satu simpang. Tak tahu nama jalan ini. Jalan terus 200m ke hadapan. Saya terasa letih. Sungguh.Saya penat. "Lely, aku penat.Jom la berehat dulu,". Kaki penat? Hahaha. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Memang ini yang saya harapkan. "ye.ye.Kita duduk dulu tepi jalan ni,". Saya duduk. Pandang langit. Pandang kanan, Oh.ada laut di sebelah kanan. Rasa damai dengan laut. Tidak tahu berapa lama saya ingin berehat. Mungkin bukan sekadar melepaskan lelah. Saya mahu berdiam di sini. Jika mahu cari saya, cari la saya di sini.

Ini saat aku pergi.

Berjalan-jalan dengan teman sejati, Kaki. Masih lagi di Jalan Hampa. Bosan. "Laily...kau dengar tak apa yang aku dengar?" Apa yang kaki dengar? Saya tak dengar apa2 pun. "Apa yang kau dengar kaki? Yo yo on je.Aku belum pekak lagi," "ish tak mengaku pekak pula.Kan telinga kanan kau rosak sket.Buat-buat lupa eh? Aku dengar orang panggil nama kau.Dia jerit, "Laily!!!! Laily!!"," Erm.saya memang pekak sedikit. Telinga kanan sudah kurang fungsi nya. Tapi, siapa yang memanggil? "Siapa yang panggil aku Kaki? Pelik," Kaki diam tidak menjawab. Saya berhentikan kaki, dan diam di situ. Oh..saya dengar suara itu. Suara itu saya kenal. Sekarang saya dengar dengan jelas apa katanya. "Laily, jalan terus.Jangan pernah berharap lagi.Jangan ke sini lagi," Saya kaku.Kaki kaku juga. Air mata saya tidak kaku.Air mata jatuh ke Bumi yang nyata. Eh eh.Saya tidak perlu menangis. Jedi pernah bagi satu english proverb yang dah di translate ke bahasa mel...

Aku tak mudah mengaku ku cinta.

Oh Tuhan ku cinta dia. Berikanlah aku hidup. Tak kan ku sakiti dia. Hukum aku bila ia terjadi. (Sampai menutup mata, Acha.)

Badai Pasti Berlalu.

Salam. Ini lagu Ari Lasso, soundtrack dari filem Badai Pasti Berlalu (sy tgh download..kepada siapa2 yang berminat, saya akan bg copy hanya selepas 30hb June, iaitu selepas saya tamat menjawab paper Evolution pada hari tersebut.hehehe) Anyways, lagu ini bagi saya seronok untuk di dengar.Saya gembira selepas mendengar lagu ini. Kegembiraan yang sudah beberapa minggu tidak saya rasai. Yang ni gembira betul punye.hehe, walaupun esok ade paper BIOL209 dan sabtu pula paper BCHM 205. Semoga kegembiraan ini membawa manfaat kepada saya. Badai Pasti Berlalu Artist : Ari Lasso awan hitam di hati yang sedang gelisah daun-daun berguguran satu satu jatuh ke pangkuan kutenggelam sudah ke dalam dekapan semusim yang lalu sebelum ku mencapai langkahku yang jauh kini semua bukan milikku musim itu telah berlalu matahari segera berganti gelisah kumenanti tetes embun pagi tak kuasa ku memandang dikau matahari kini semua bukan milikku musim itu telah berlalu matahari segera berganti badai pasti berlalu bad...

Jalanku hampa.

Berjalan-jalan bersama kaki. Tidak laju. Saya seperti budak yang baru belajar berjalan. Macam bertatih la. Saya tak ada arah tuju lagi. Saya langkah satu persatu. Banyak cabang jalan. Tak berminat dengan jalan lain. Jalan yang ini macam best. Di hujung jalan, saya nampak nama jalan yang sedang sy langkahi ini. hahaha. Jalan Hampa rupanya. "Kaki, kau nak terus ikut jalan ni ke? Nama jalan ni Hampa la.Down aku dengan nama jalan ni,". Kaki diam. Saya tahu.Kaki nak jalan kat Jalan Hampa jugak. Kurang asam punya kaki.

'cause I'm thinking of a brand new hope.

Saya mahu jalan terus. Ye, saya mahu terus ke depan. Sudah banyak kali saya menoleh-noleh ke belakang. Saya jatuh banyak kali sebab menoleh belakang. Tapi kali ini, langkah saya terhenti. Kaki saya degil. Kaki saya diam dan kaku. Saya paksa juga kaki berjalan. Apa-apa pun, "I'm the boss" . Kaki ini tetap degil. Jadi, saya mengesot sedikit demi sedikit. Seluar saya koyak. Berdarah pula kaki saya. Saya cuba untuk sabar, tapi saya bukanla penyabar sangat. "Eh kaki! Kan kau boleh berjalan, kenapa sampai aku kena heret kau? Tengok apa kau buat. Kau berdarah.Kan sakit tu.Dah2, jalan elok2," Jawab kaki, "Biarkan luka berdarah.Biar berparut". Kaki ni bengong la. Dah la degil, tak nak dengar cakap, keras hati, kepala batu. Saya bengang dengan kaki sendiri. Kenapa kaki tak nak dengar cakap? "Kaki! I'm the bosss la," Kaki bersuara, "Kau sendiri mampu utk gerakkan aku.Jangan meletakkan kesalahan pada aku," Alamak! Kaki sudah serius. Saya d...

Hujan renyai-renyai dan Saya.

Salam to all. Hujan renyai-renyai sekarang.Mungkin ye.Mungkin tidak.Kerana saya hanya berpandukan weather forecast kat Yahoo msgr. Hujan atau tidak, tak penting la.Sebab saya sudah merasai perasaan ketika hujan renyai2 itu. Saya mungkin pernah menulis di blog pasal hujan renyai-renyaiTapela.Nak tulis lagi. Sedari kecil, saya suka hujan renyai-renyai. Hujan renyai-renyai memberi satu perasaan yang sangat mendamaikan dalam jiwa saya.Seingat saya, masa saya berumur 5 tahun, saya sudah menghargai hujan renyai2 ni. bila hujan renyai-renyai, saya akan duduk di tepi tangga rumah nenek sambil memegang bantal busuk. Ketika itu, saya budak perempuan yang sangat tembam, rambut macam meggi sbb x suka sikat rambut, gigi saya rongak. Kalo saya senyum, semua orang lari.haha.Senyuman saya dulu masih sama seperti senyuman hari ini.Mungkin nilai senyuman itu sudah lain. Saya juga suka memakai seluar tidur berwarna biru yg sudah koyak di bahagian lutut.Jatuh kat laman rumah kot masa main kejar-kejar. Nam...

Happy Birthday JEDI.

Image
8 Jun 2007. Tarikh keramat Jedi Aishah.Sbb hari ni birthday dia. Jedi, Selamat hari lahir. Semoga sihat-sihat sentiasa dan semoga hidup ko sentiasa dirahmati Allah. Aku sedih gak, sbb skrg umur kita dah x sama.......baru beberapa hari lepas aku rasa gembira sbb seumur dgn ko.hehe. Semoga ko sentiasa tabah menghadapi liku-liku hidup (kalo berliku2 la..kalo straight je alhamdulillah.) Dan berbangga la menjadi diri sendiri.Ingat sket, ko tu orang yang best, jadi jgn sia-sia kan ke'best' an ko tu. Aku sebagai kawan pun akan menggunakn ke'best'an ko tu smp abis.Hehe..rugi la kalo biar kan je best tu. Gembira2 la hari ni.Bila gembira ingat juga kepada kesedihan yang bakal menimpa.Sebab dlm setiap kegembiraan mesti ada terselit kedukaan juga. Jedi dan teman sepermainan. HAPPY BIRTHDAY AISHAH AZIZ!