"Jalan cerita kita berbeza"
Sekarang saya rasa tertekan. Tertekan kerana saya tidak ada pilihan lain melainkan perlu menyiapkan lab report untuk di hantar esok hari. Beberapa hari yang lepas, saya ada pilihan 1.siapkan report 2. tidak perlu berusaha untuk report kerana ada beberapa hari lagi sebelum Rabu. Pada hari ini, iaitu hari Selasa, saya memang sudah tidak ada pilihan no 2 melainkan saya ingin mempunyai pilihan seperti 1.tidak mahu menghantar report 2. hantar report lambat. Saya tak mahu 2-2 pilihan tersebut. Mak saya kata saya perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh supaya saya boleh berjaya dengan lebih cemerlang semester ini. "Oi!". Damn! Itu suara Kaki. " Apa kau buat kat blog ni? Kata perlu berusaha, kenapa tak teruskan membuat report?". Saya diam. Saya mempunyai pilihan untuk tidak menjawab soalan Kaki. Betul tak? Hihi. Saya dengar Kaki mengeluh. "Yela-yela. Aku sekadar bertanya, bukan sengaja untuk menghentam kau Lely,". Ok. "Aku di sini untuk melepaskan t...