Posts

Happy Ramadhan!

Image
Salam semuanya! Bulan puasa datang lagi. Yeahhhhhhh! Dan saya, tiba-tiba ada mood nak update blog walaupun progress report slide presentation tak siap lagi. Sebenarnya saya tak ada mood dah nk siapkan slide. Macam otak tepu. Oh, disebabkan ketepuan otak, otak saya berfikir bermacam-macam cara untuk mengurangkan ketepuan otak. Saya sudah berkaraoke sendirian dengan lagu Ungu --> "Dan izinkan akuuuuuu, memeluk dirimu kali ini sajaaaaaaaaaaaaaa, ku ucapkan selamat tinggal untuk selamanyaaaaa Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimuuuuuuuu" Dah semestinya itu lagu Cinta Dalam Hati. So sweet. Btw, saya baru check saya punya statcounter untuk blog ni. Dah bertahun tak check, tapi ada entry yang menangkap mata saya. Entry dari UPM campus network. Everyweek check blog saya? Are u a fan/pan? (ala-ala artis korea pronounce fan) Malangnya saya tak update blog tiap-tiap minggu ye. Ada la sedikit2 kawan kat UPM tu. Ko ke Asie? Ko ke Shira? Kalau saudari bukan kawan saya, sila la...

Saya seekor kucing.

Lewat petang saya berjalan pulang dari fakulti. Perjalanan saya itu memerlukan saya berjalan di hadapan sederet kedai-kedai yang terdiri daripada kedai perabot, kedai dobi, kedai cetak dan juga hotel murahan. Selalunya tika jalan di deretan kedai itu, saya hanya pandang ke hadapan sahaja. Kata kawan saya, abang-abang di kedai perabot itu suka mengusik. Yang pasti sejak saya menggunakan laluan itu, hampir tiap hari, tidak ada yang mengusik. Al maklum saja lah, saya tak secomel kawan itu. Tapi, hari ini, ketika melewati kedai perabot, saya ternampak seekor kucing di celah-celah pasu. Kelihatan kucing itu seperti sedang menguis-nguis. Saya fikir, kucing mahu melepaskan hajat. Ternyata tidak, kucing seterusnya merebahkan badan seperti senang-senang aja mahu berehat. Itu kucing. Saya jadi cemburu dengan kucing. Walaupun saya boleh saja merebahkan badan dan berehat-rehat gaya kucing itu, namun rasanya fikiran saya tidak boleh berehat. Adakah kucing itu fikirannya kosong? Adakah kucing tak fi...

Purse & K-drama

Image
Hari sabtu lepas, saya pergi ke pasar Kuala untuk membeli ikan. Hari tu tak banyak sangat ikan, tapi boleh la, dari tak ada lansung ikan kan. Jadinya beli ikan gelama dengan ikan cencaru. Bila nak bayar kat nyonya tu, saya keluar kan purse. Purse ni asalnya jenama Guess, kaler hitam putih. Masa baru beli memang cantik tak hengat la kan. Masa nak keluarkan syiling dari compartment syiling baru saya perasan, zip untuk compartment tu pun dah karat-karat. Bila saya telek purse tu, besi kat bahagian depan pun dah karat. Bila telek lagi, purse tu dah jadi kaler kuning + hitam. Buruk dah la purse ni. Dalam kereta, saya belek lagi purse tu. Tak sangka sampai begitu sekali jadinya. Saya jadi teringat drama korea Secret Garden. Dalam episode 3, Kim Jo Won(KJW) bengang dengan Gil Ra Im (GRI) sebab beg Gil Ra Im ni buruk sangat. Sampai KJW kata, beg plastik lagi elok dari beg GRI. Beg buruk GRI, siap ada safety pins & muka bengang KJW Dan dalam drama tu ada cakap, standard seorang perempuan n...

Saya sedih.

Satu petang. Saya hanya duduk saja atas pangkin sambil memerhati ombak laut. Saya rasa rindu dengan Kaki. Entah berapa lama saya tidak berbicara dengan Kaki. Saya rindu Kaki. "Aku fikir kau tak perlukan aku Lely,". Itu suara Kaki. Saya senyum sahaja. Untuk berkata-kata, hati saya terasa berat. "Kau sihat Lely?". Ada bunyi-bunyi risau di hujung suara Kaki. "Sihat. Kalau tak sihat, mesti aku di hospital kan,". Saya dengar Kaki ketawa. Lama. "Tak sangka kau pandai berseloroh lagi. Hati sihat? Otak sihat?". Itu rupanya maksud Kaki. Malang sekali, hati dan otak saya tidak begitu sihat. "Aku sedih Kaki. Kadang-kadang rasa macam putus harapan,". Saya dengar Kaki mendengus. Mungkin Kaki tidak suka dengan apa yang saya baru katakan. Jujurnya itu yang saya rasa. Jika tidak lama dahulu, saya sering merasakan hidup saya indah dan saya memang tidak punya banyak masalah, cuma masalah kecil-kecilan yang boleh saya persetankan sahaja. Kini, jika hi...

Lompong I

Cuaca sekarang tak menentu. Kadang-kadang panas dan kadang-kadang sejuk. Kadang-kadang bila angin menyapa badan, sejuk. Kadang-kadang bukan sahaja badan berasa sejuk, hati juga. Sejuk dan ngilu seoalah-olah hati ada lompong. "Lompong itu apa Lely?". Kaki di sini rupanya. Rindu juga kadang-kadang dengan Kaki. Cuma sejak akhir-akhir ini saya sibuk dengan pelbagai urusan. Saya sudah kurang masa untuk diri sendiri. "Ye.Semua orang sibuk. Lompong itu maksudnya apa?" . Kaki mengeluh. Saya sebenarnya kurang pasti maksud lompong.Cuma lompong itu saya rasakan sesuai untuk menggambarkan hati saya. "Lompong tu rasanya seperti lubang kosong, atau tempat kosong.Betul ke?". Saya dengar Kaki ketawa. "Bagi contoh yang boleh aku gambarkan,". Saya fikir rasa ngilu lompong.Rasa ngilu itu familiar. Oh ya! "Ha macam ini. Rasa ngilu kalau kita ada gigi yang berlubang. Bilu kita minum atau makan minuman atau makanan yang sejuk, kan rasa ngilu. Macam tu la! Hehe,...

Why? II

Image
Assalamualaikum wbt. Lama juga tak update. Update no 1, Koma dah pun kahwin. Yeayyyyy! Update no 2; Entri sebelum ini adalah soalan. Soalan di masa saya konfius dan tidak tahu apa yang real atau apa yang saya patut rasa. Kemudiannya, di waktu saya banyak masa lapang, saya menonton movie dari Korea, tajuknya 'More than Blue' . Cerita itu saya tengok kerana review mengatakan itu cerita air mata. Jadi, di kala saya mahu mengeluarkan air mata, secara sengaja memang saya cerita sedih-sedih. Ok cerita itu mengenai, hero dan heroin yang suka sama suka tapi malangnya hero menghidap penyakit kanser. Disebabkan penyakit itu, hero tidak memberitahu perasaan sebenar kepada heroin. Malah, cuba mencari pasangan yang sesuai utk heroin, supaya bila dia sudah meninggal dunia, heroin akan mempunyai tempat untuk bergantung. Dalam satu scene, hero terlalu frust dan menangis. Seorang jurugambar wanita mempersoalkan tindakan si hero yang masih memendam perasaan cinta itu. Hero itu menangis la. Pas...

Why?

the only realest thing is pain. What i have become